Adsense

Khamis, 3 Mei 2012

Celebrity News

Celebrity News


Berita Sedih : Husni Mohd Rawi Atau Bob Kuman Meninggal Dunia

Posted: 03 May 2012 06:47 AM PDT

Marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-FATIHAH untuk arwah Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman

AL-FATIHAH

Gambar Arwah Sebelum ini yang berjuang menentang penyakit beliau

Dan berikut berita yang ZOoM baca dan kongsi bersama anda di ZOoMartis @ Facebook :

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.

Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.
"Saya bergegas ke rumah selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, sebelum itu Bob kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu baring serta beberapa kali rebah.

Difahamkan Bob sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal kerana sakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair serta mengalami masalah obesiti.

Sementara itu, salah seorang rakan niaga arwah Jumie Mohamad, 37, berkata, kali terakhir bertemu arwah kelmarin.
"Saya bawakan Bob kentang untuk bersarapan dan sebaik selesai makan dia berasa penat dan mahu tidur, sebelum itu dia minta saya tolong angkatkan kakinya," katanya.

Menurutnya, dia dapat melihat keadaan arwah amat keletihan dan dia sendiri tidak dapat berbual panjang seperti kebiasaan.
"Saya senang berurusan kerja dengan arwah kerana dia mudah bertolak ansur serta boleh dibawa berbincang dengan mudah dan kehilangannya amat dirasai," katanya.

Seorang lagi rakan arwah, Emri Shamriza Chi Embi,33, memberitahu arwah ada menghubunginya jam 4.30 pagi tadi.
"Biasanya dia akan berbual tetapi perbualan cukup singkat tidak sangka hari ini dia sudah tiada," katanya.

Tambahnya lagi, sahabat baiknya itu disifatkan senang bergaul dan dia sendiri banyak menimba pengalaman bermain alatan muzik dari Allahyarham.

Isteri Allahyarham Normah Ahmad, 33, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih.

Tahap kesihatan Bob mula merosot selepas dia terjatuh ketika pengambaran selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas dan bengkak kaki.

Bob mengemparkan industri hiburan negara selepas berita palsu mengatakan dirinya sudah meninggal dunia tersebar melalui laman sosial 21 April lalu.

Jenazah Bob dimandi dan dikafan di Masjid Kota Damansara sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Negeri Sembilan.

Turut hadir melawat Allahyarham Bob ialah pelakon yang juga Presiden Seniman Harun Salim Bachik.

Terdahulu, berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Sumber : Sinar Online


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Bola : Ajax Amsterdam Muncul Juara Liga Belanda

Posted: 02 May 2012 08:30 PM PDT

THE HAGUE: Ajax Amsterdam muncul juara Liga Belanda musim ini dan yang ke-31 bagi kelab itu selepas menumpaskan VVV-Venlo 2-0, awal pagi tadi.

Ia adalah kejuaraan berturut-turut kedua selepas menang tiga tahun berturut-turut pada 1994 hingga 1996.
Kemenangan itu menyaksikan pesaing terdekatnya, Feyenoord tertinggal enam mata untuk di tempat kedua.

Ia juga menyaksikan kehebatan pengurusanya, Frank de Boer yang bangkit dan melonjakkan prestasi kelab itu yang sebelum ini tercicir lapan mata daripada pendahulu liga PSV Eindhoven dan AZ Alkmaar pada pertengahan Februari lalu. - AFP 

Sumber : Bharian

Harap-harap MU pun macam ni :)...Glory...Glory... !! Jangan MArah





Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Semasa : Nayati Moodliar Ditemui Selamat

Posted: 02 May 2012 07:56 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar, 12, yang dipercayai hilang dan dilarikan dua lelaki tidak dikenali 28 April lalu, ditemui selamat pagi ini dan kini berada di pangkuan keluarganya.


Laporan itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah pagi ini tetapi enggan mengulas lanjut berhubung penemuan itu.
Ku berkata polis akan mengadakan sidang akhbar mengenai penemuan kanak-kanak itu dalam masa terdekat.


Kali terakhir Nayati dilihat di hadapan sekolahnnya di Sekolah Antarabangsa Mout Kiara, dekat sini sebelum dipercayai dilarikan dua lelaki tidak dikenali yang menaiki kereta
Proton Gen2 berwarna hitam.

ZoOM : Nasib baik tidak ada perkara buruk berlaku, motif dan berita ini ZoOM jumpa dilaman internet, dan kesahihan kita tunggu malam ini atau esok di surat khabar yer :) 


Note : Semoga ia menjadi pengajara kepada ibu dan bapa diluar sana.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hollywood : Gambar Jessica Memakai Baju Menampakkan Payudara

Posted: 02 May 2012 07:31 PM PDT

Dengan hanya memakai pakaian yang agak terdedah, setiap langkah Jessica-Jane Clement pastinya menjadi perhatian paparazzi pada malam FHM 100 Sexiest Women di World Party.

Dan penantian paparazzi memang berbaloi ketika waktu pulang dari majlis tersebut, pakaian Jessica telah sedikit terselak di bahagian dada hingga menampakkan sedikit daerah payudaranya!

Beliau kemudiannya tersedar pakaiannya sedikit terselak dan kemudiannya tergesa-gesa membetulkan ia kembali.

Dan memang rekaan baju yang dipakainya hanya sekadar untuk menutup puting payudaranya tetapi tidak keseluruhan.

Akhirnya, Lee Stafford yang juga tunannya datang menyelamatkan beliau dari terus menayang aset dadanya itu dari terus terdedah.

Pada pagi itu, beli telah twitkan kemaafan kepada pengikutnya seperti berikut: 'Showed more side boob than I thought last night!! All the grandmas and granddads out there, avert your eyes!! Hehehe xx'

ZoOM : Dekat sana dah biasa dah...pakai baju terlondeh sana terlondeh sini, jangan baju ini dipakai oleh gadis-gadis dan ibu-ibu di Malaysia Sudahlah...

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Panas : Linda Nawuwil Berkahwin Dengan Menteri di Sabah !?

Posted: 02 May 2012 07:23 PM PDT

KL, 30 APRIL 2012: Sementara Murai Batu menantikan pengumuman rasmi daripada Ketua Wanita PKR iaitu Zuraida Kamarudin yang mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap skandal pelakon Zahida Rafik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Murai Batu didatangi pula seorang individu dari Borneo untuk menyampaikan cerita terbaru tentang seorang lagi tokoh politik.

Cerita kali ini, masih lagi berkaitan hubungan cinta antara pemimpin negara dan seorang artis tempatan. Selebriti yang dimaksudkan itu adalah naib johan Akademi Fantasia 2 (AF2), Linda Nawuwil.

Khabarnya, Linda yang masih lagi aktif menyanyi di negeri kelahirannya itu sudah berubah status dari seorang anak dara kepada seorang wanita yang bergelar isteri.

Sungguhpun berita gembira ini tidak dikhabarkan kepada peminat melalui media tempatan, Murai Batu mendapat tahu, Linda sudah bahagia menjadi isteri kepada seorang Menteri di Borneo.

Bagaimanapun, siapakah gerangan Menteri berkenaan itu tidak pula diketahui kerana segalanya masih lagi rahsia.


Lebih hangat lagi, Linda didakwa telah menjadi isteri kedua kepada tokoh politik itu.

Apapun, jika benar Linda sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua menteri berkenaan, diharap Linda boleh tampil ke depan memperjelaskan mengenai statusnya ini.

Yelah, sedikit sebanyak pun, peminat boleh melepas rindu dan ketahui penampilan terbaru Linda yang popular dengan lagu Jika Kau Kekasih.

Kata orang, kalau hendak berumahtangga biarlah satu dunia ketahuinya agar hubungan yang dijalinkan itu tidak disalah tafsir mata yang memandang.

Janganlah pula menjadi seorang artis yang suka sorok ikatan halal tetapi canang satu dunia selepas hubungan itu berkecai di landa badai.

Sumber : Murai

ZoOM : Betul ke gossip panas ni? Dah lama tak dengar berita Linda, beliau merupakan salah seorang artis keluaran AF yang suam-suam kuku dalam persada seni hiburan di Malaysia khasnya. Dan kini beliau kembalil tetapi kembali dengan gossip panas yang mengaitkan beliau dengan seorang Menteri.

Apa komen dan pendapat ANDA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Hiburan : Era FM Kini Menjadi Radio Nombor Satu Malaysia

Posted: 02 May 2012 07:16 PM PDT

Ini berita baik untuk semua peminat hiburan yang suka mendengar radio ketika pergi kerja, sangkut dalam kesesakan lalu lintas atau sekadar membuang masa kerana talian internet terputus, Era FM kembali merampas takhta sebagai radio nombor satu Malaysia.

Keputusan yang baru sahaja di'keluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen untuk fasa pertama tahun 2012 menunjukkan yang lima daripada lapan stesen radio kelolaan AMP menduduki carta 10 radio paling popular di'Malaysia.

Dan, senarai di'dahului oleh Era FM dengan mencatatkan jumlah pendengar seramai 4.8 juta secara keseluruhan dan di'ikuti rapat oleh Sinar FM yang mencatat 4.7 juta pendengar & di'ikuti THR (Raaga & Gegar) dengan 1.73 juta pendengar yang majoriti berada di Pantai
Timur.

Sebuah lagi stesen radio kelolaan AMP, Hitz FM terus menguatkan penguasaan sebagai stesen radio berbahasa Inggeris nombor satu Malaysia dengan jumlah pendengar 2.0 juta orang — tertinggi pernah di'catatkan oleh mana mana stesen radio seumpamanya.

Tahniah buat AMP atas kejayaan menempatkan stesen stesen radio kelolaan mereka untuk menjadi yang terbaik dalam industri ini terutamanya peningkatan drastik ERA fm yang kembali menjadi kegemaran pendengar radio di'Malaysia.

Sumber : Rotikaya

ZoOM : Mana perginya Mat Salleh...dah hilang Aura ke I Follow....Apa-apa pun ZoOM tatap Follow u Mat Salleh...or Mak Ning... :P



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Artis Malaysia : Zizan Ditahan di Hospital Pantai Bangsar Kerana Keradangan Otot

Posted: 02 May 2012 07:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2012: Selepas pulih dari demam, batuk dan selesema, pelawak dan pengacara TV, Zizan Razak dilaporkan diserang sakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya.

Oleh kerana itu, Zizan kini terpaksa ditahan di wad hospital Pantai Bangsar untuk menerima rawatan yang lama.

Menurut pengurus peribadinya, Marina Juki menjelaskan doktor menasihatkan agar Zizan mengambil cuti rehat yang panjang supaya derita keletihan otot ini boleh beransur pulih dengan cepat.

"Syukur Alhamdulillah, keadaan Zizan tidak terlalu kritikal. Namun, dia masih perlu berehat sepenuhnya dan terpaksa membatalkan segala penggambaran termasuklah penglibatannya untuk program Melodi dan Super Spontan.

"Zizan telah dikejarkan ke hospital malam tadi kira-kira jam 1.30 pagi selepas dia mengadu sakit teruk dibahagian belakang badannya. Waktu itu, dia sebenarnya dalam perjalanan ke Ipoh untuk menjayakan siaran live Melodi di Jom Heboh di Ipoh, Perak..

"Setelah sampai di hospital, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. Hasil ujian darah itu, doktor sahkan Zizan mengalami keradangan otot. Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikan tenaga dan pulih sepenuhnya. Jadi, doktor telah menahannya di wad bagi menerima rawatan selain berehat dengan rapi tanpa gangguan selama lebih kurang dua minggu.

"Doktor memberitahu, punca Zizan alami sakit ini disebabkan dia terlalu banyak bekerja dan kurang berehat. Malah, Zizan juga terlalu banyak menjalankan aktiviti lasak yang mana Zizan perlu melakonkan beberapa aksi ganas dalam filem terbarunya. Ia juga berpunca dari tekanan kerja dan masalah yang terlalu banyak," katanya.

Dalam pada itu, Marina memberitahu setakat ini, pihak pengurusan terpaksa membatalkan sementara waktu segala aktiviti Zizan.Bagaimanapun, status Zizan menerusi program Super Spontan masih lagi tergantung. Seandainya Zizan cepat pulih, dia akan menyertai program ini pada minggu ke enam nanti.

"Zizan amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di twitter dan Facebook. ZIzan sendiri tidak menyangka di tahan di wad untuk beberapa hari. Dia akan kembali aktif selepas pulih sepenuhnya.

"Sebenarnya, ZIzan sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan. Pun begitu, dia terpaksa berehat dan menghabiskan baki babak yang tinggal lebih kurang tujuh atau lapan hari lagi setelah sembuh nanti. Mengenai keputusan menyertai Super Spontan, ia tertakluk kepada keputusan sepenuhnya dari pihak doktor esok.," jelas Marina.

Sumber : Murai

ZoOM : Semoga Zizan sihat walafiat dan kembali bertugas seperti biasa.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas : Gambar Seksi Nora Danish Di Majalah GLAM

Posted: 02 May 2012 06:53 PM PDT

Seperti bait perkataan penulis artikel untuk ruangan Wanita Idaman ini, Nora Danish telah meletakkan dirinya daripada seorang yang sekadar bergelar model iklan yang tidak di'kenali kepada yeah — she's a smoking hot mama!

GLAM Lelaki edisi Mei/Jun 2012 yang kini sudah pun berada di'pasaran menampilkan Nora Danish sebagai figura pilihan mereka untuk di'letakkan dalam ruangan Wanita Idaman dan ya, mereka tidak salah sama sekali.

Di'tanya manakah yang lebih penting ketika ini buat Nora Danish, pelakon wanita yang semakin menempa nama ini berkata beliau lebih mengutamakan keluarga walaupun kedua dua'nya sama penting buat masa ini.

Melihatkan kepada gaya Nora Danish dalam hasil fotografi bersama GLAM ini, tidak
ketinggalan mereka bertanyakan sama ada Nora Danish pernah merasakan diri'nya seksi atau tidak. Jawapan'nya, "Anda rasa?"

Dan, Nora Danish tidak ketinggalan memberikan nama tiga lelaki yang menjadi pilihan beliau. Mahu tahu lebih lanjut apa bicara terbaru Nora Danish, dapatkan naskah GLAM Lelaki di'pasaran sekarang.


Sumber :Rotikaya

ZoOM : Apa dah jadi dengan Nora Danish !!? Lepas geram atau tengah geram sebab Jejai Dan Fasha Sandha Dah Kahwin, kalau ia pun jagalah apa yang anda pernah jaga sebelum ini. Sedih tengok tetapi ini yang telah terjadi dengan artis yang kini menjadi perhatian kerana aksi berani dan seksi beliau dalam majalan Glam. Lepas ini kita tunggu jawapan beliau.

APA KOMEN ANDA ?




Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!