Adsense

Isnin, 16 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Zizan Dilayan Seperti Anak Sultan?

Posted: 16 Apr 2012 07:24 AM PDT

Zizan Dilayan Seperti Anak Sultan?

"Pihak Grand Brilliance telah menjaga saya di set dengan sangat baik, macam layanan anak Sultan", ujar pelawak dan hos popular Zizan Razak semasa sidang media filem KL Zombie yang diadakan baru-baru ini di Nilai pada hari terakhir penggambaran filem tersebut. Zizan turut meluahkan rasa berbesar hatinya dengan tawaran memegang watak sebagai Nipis bagi filem KL Zombie yang diadaptasi dari novel Bukufixi bertajuk Zombijaya, hasil nukilan Adib Zaini.

Zizan yang dilamar kira-kira sebulan yang lalu bagi filem KL Zombie oleh pihak Grand Brilliance dipilih untuk watak tersebut kerana personalitinya yang bersahaja merupakan ciri yang diperlukan bagi memegang watak Nipis. "Watak Nipis memerlukan seorang pelakon yang mampu mempelbagaikan karakter disamping mengekalkan personaliti yang menggeli hati, dan Zizan sememangnya memenuhi keperluan itu. Watak-watak lain merupakan penyokong yang kuat kepada watak Nipis tanpa perlu membariskan lebih dari satu pelawak dalam satu filem", ujar pengarah Woo Ming Jin (MJ) ketika ditemubual di sidang media yang sama.

"Pengalaman di set KL Zombie sangat berbeza dari filem-filem sebelum ini. Wataknya pun sangat unik dan tak pernah dilihat dalam filem negara kita sebelum ini", ujar Zizan apabila ditanya akan kenangan beliau di set. "Bekerja dengan krew dan para pelakon lain yang sangat 'happening' dan rajin melayan perangai saya jadi motivasi buat saya untuk turun ke set setiap hari," sambung Zizan lagi.

"Saya harap peminat saya akan menyokong filem ini, info dan gambar di balik tabir boleh didapati di laman facebook rasmi filem ini, jadi jangan lupa LIKE", ujar Zizan sebagai pengakhir ucapannya.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, pengurus besar Grand Brilliance pula mengulas bahawa pihak penerbitan dan promosi Grand Brilliance akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi jangkaan dan harapan tinggi yang diletakkan oleh peminat novel Zombijaya yang memberi sokongan padu buat filem ini dari peringkat awal pembikinannya. "Kami telah meletakkan standard yang tinggi buat filem ini, dan itu yang akan kami cuba berikan", ujar Tengku Iesta.

Sebulan dalam penggambaran, KL Zombie dijangka menemui penonton pada tahun 2013. Segala maklumat dan gambar di belakang tabir boleh didapati di www.facebook.com/KLZombie.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Gambar Perkahwinan Puteri Sultan Brunei
  • Sinopsis Teater Bangsawan Siti Zulaikha
  • Zizan Nin Akan Kahwin Sebelum Mei 2010
  • Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Brunei Bercerai
  • Zizan Nin Akan Kahwin Fazilah Hani Harun 19 Mac Ini
  • Sinopsis Teater Bangsawan Siti Zulaikha
  • Zizan Nin Pelakon Puaka Kain Kapan Drama Keliwon TV3
  • Video Zizan Raja Lawak Jamming Dengan Ustaz Azhar Idrus
  • Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil