Adsense

Rabu, 11 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Taraf Pemastautin Tetap Malaysia Aaron Aziz Masih Belum Diluluskan

Posted: 11 Apr 2012 08:02 PM PDT

Bersumberkan Berita Harian ini mengatakan taraf pemastautin tetap (PR) Malaysia masih belum diluluskan dan menafikan khabar angin bahawa beliau akan mengambil kad MyPR dalam waktu terdekat seperti mana yang digembar-gemburkan.

Permohonan Bintang Paling Popular masih diproses

BINTANG Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, AaronAziz menafikan permohonan untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) negara ini sudah diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Aaron atau nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata permohonannya sebenarnya kini sedang diproses oleh pihak berkuasa terbabit.

"Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat.

"Saya sendiri tidak tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur, " katanya dihubungi Berita Harian, semalam.

Laporan media sosial sejak semalam mendakwa Aaron akan mengambil pengenalan pemastautin tetap (MyPR) dalam masa terdekat.

Aaron pelakon kelahiran Singapura yang popular menerusi filem Ombak Rindu kesal apabila kenyataannya disalah anggap sekali gus dikhuatiri boleh menyebabkan permohonannya tertangguh.

Sehubungan itu, Aaron yang kini menjalani penggambaran drama 20 episod berjudul Adam dan Hawa enggan mengulas lanjutmengenai perkara itu. Bapa kepada tiga cahaya mata itu memulakan kerjaya seninya di negara ini sejak 2004 menerusi drama terbitan RTM, Haryati musim kedua.

Oh ya Budiey lupa untuk menyiarkan gambar Aaron Aziz bersama isterinya, Diyana Halik masa pasangan ini melintasi karpet merah ABPBH, nah, ini untuk Aaronators ya:

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Aaron Aziz Berjaya Dapat Taraf Penduduk Tetap di Malaysia
  • Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7
  • Gambar Party Kejutan Hari Jadi Aaron Aziz
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Aaron Aziz Menggayakan Pakaian Karpet Merah di ABPBH
  • Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2
  • Aaron Aziz, Johan & Zizan Kini Artis Naungan Astro
  • Gambar Aaron Aziz di Sidang Media ABP
  • Filem Kerat 14 Lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha
  • Sekitar Bowling Aaronators Kelab Peminat Aaron Aziz
  • Cerekarama TV3 Musim Cinta Di Bulan April

    Posted: 11 Apr 2012 06:28 PM PDT

    Musim Cinta Di Bulan April

    Cinta ibarat anak kunci hati yang tidak akan mengizinkan semua ketukan lain kecuali cinta itu sendiri datang dari sang kekasih hati. Slot Cerekarama yang ke udara setiap hari Sabtu, jam 10 malam bakal menghiburkan para penonton dengan menyajikan drama menarik sepanjang bulan April ini. Selepas drama "Nurin Najwa" yang ditayangkan pada 7 April lalu, nantikan pula giliran "Landasan Cinta", "Menara Cinta" dan "Mencintaimu" yang akan menemui penonton pada 14, 21 & 28 April. Pastinya adegan romantik yang memenuhi slot Cerekarama sepanjang bulan April ini akan membuat semua penonton setia TV3 tersenyum.

    Penggambaran drama yang dijalankan di Perth, Australia ini bakal menyaksikan kehebatan lakonan Shahrizal Jaszle di dalam Landasan Cinta membawakan watak seorang juruterbang yang tampan manakala heroin yang semakin meningkat naik, Tasha Shilla pula memegang peranan sebagai Nisha. Drama terbitan Zeel Production yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin turut menampilkan pelakon Shah Iskandar, Fiza Elite, Lydiawati dan ramai lagi.

    Minggu berikutnya, pengarah berbakat Zulhuzaimy dan terbitan Temenggung Pictures mengajak para penonton menyelami bersama kisah percintaan di kota Paris menerusi drama Menara Cinta yang menampilkan lakonan mantap Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda dan Rosnah Johari.

    Menutup bulan April, drama Mencintaimu meneruskan kehangatan slot Cerekarama menerusi sentuhan sutradara Haris Kadir, yang menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat seperti Eman Manan, Sharifah Amani, Aida Khalida, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Dzarin Kamaruddin, dan Fazlina Ahmad Daud.

    Jangan lupa janji temu anda bersama TV3 menerusi slot Cerekarama April ini!

    Landasan Cinta (2)

    CEREKARAMA – SABTU 10.00MLM
    LANDASAN CINTA, 14 April 2012.
    Sinopsis: Umar yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang tampan dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong. Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang riang namun seringkali gagal dalam percintaan.

    Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin baru iaitu Shiela dan Hisham. Shiela merupakan seorang yang suka bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana tidak perlu bertemu Shiela lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik apabila Shiela juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering bertembung.

    Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Shiela telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Apakah akan berlaku seterusnya?

    Pelakon: Shahrizal Jaszle, Tasha Shila, Shah Iskandar, Fiza Elite, Lydiawati, Kismah Johar, Fendi Seman, Farid Najib, Wan Shades, Liea Banks, Sharifah Sakinah, Balkisyh Semundur Khan

    Menara Cinta (3)

    MENARA CINTA, 21 April 2012
    Sinopsis: Atas hasutan mertua, rumahtangga Rizwan dan Sofia berakhir dengan penceraian. Sofia kemudiannya mengikuti kekasih barunya Danial pulang ke England dan bernikah di sana. Sementara itu, hubungan rapat di antara Rizwan dan peguam sarienya, Nur akhirnya berakhir dengan ikatan pertunangan.

    Namun ketika hampir dengan majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di Paris. Takdir Allah SWT, ketika di Paris Rizwan terserempak dengan Sofea. Hakikatnya, hati Rizwan tidak pernah melupakan Sofea kerana wanita itu adalah cinta pertamanya dan mereka bercerai tanpa pergaduhan besar. Tambahan pula, kota Paris merupakan lokasi mereka berbulan madu. Apakah suratan yang tertulis buat mereka berdua?

    Pelakon: Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda, Rosnah Johari.

    MENYINTAIMU, 28 April 2012
    Sinopsis: Juliana tidak mempercayai kaum lelaki setelah ditinggalkan oleh dua lelaki tanpa sebarang alasan. Tindakan Juliana amat membimbangkan kedua orang tuanya, Osman dan Zainun. Zainun beranggapan Juliana tidak pandai dalam bercinta dan menjaga perasaan lelaki.

    Bagaimanapun pertemuan tanpa sengaja dengan Khairul Izwan telah merubah segalanya. Sikap prihatin dan kematangan Izwan telah membuka pintu hati Juliana untuk bercinta semula, Namun dia bimbang hubungan tersebut tidak direstui oleh Osman dan Zainun memandangkan usianya dengan Izwan jauh berbeza. Adakah ibu bapa Zainun merestui hubungan anaknya dengan lelaki yang jauh lebih berusia? Dan berjayakah Zainun menemui cinta sejatinya?

    Pelakon: Eman Manan, Sharifah Amani, Aida Khalida, Ahmad Tarmimi, Dzarin Kamaruddin, Fazlina Ahmad Daud.

    Landasan cinta (1)

    Mencintaimu (4)

    Mencintaimu (1)

    Menara Cinta (4)

    Menara Cinta (3)

    Menara Cinta (3)

    Menara Cinta (3)

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Casa Impian Musim Baru di TV3
  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • Pementasan Patung Kertas Musim ke 2
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Sesi Memperkenalkan Protege Mentor Musim Terbaru
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Drama Merah Itu Cinta Dalam Slot Cerekarama Sabtu Ini
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • Drama Intan Sayang Lakonan Rusdi Ramli, Jue Aziz, Shaheizy Sam
  • Idola Kecil Musim Kedua