Rita Rudaini Terima SMS Cerai Daripada Aidil Zafuan Posted: 11 Apr 2012 02:13 AM PDT Berita yang kurang enak kita dengar hari ini, Rita Rudaini dikatakan telah menerima sms daripada suaminya, Aidil Zafuan memberitahu yang dia sudah menfailkan penceraian mereka berdua dan peguam Aidil akan memaklumkan lebih lanjut perkara itu kepada Rita Rudaini… Namun Rita Rudaini tidak berasa kecewa atau sedih dengan keputusan suaminya itu.. ini kerana Aidil dikatakan sudah 4 bulan menghilangkan diri meninggalkan Rita dan anak mereka berdua..
"Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak." (sms Aidil)
Tambah Rita Rudaini lagi, pada 10 januari yang lalu, Rita dan anaknya yang baru pulang dari kangar terkejut apabila mendapati Aidil Zafuan meninggalkan rumah selepas menghantar sms tanpa memberitahu alasannya.. Namun beberapa hari selepas itu, pembantu rumah rita memberitahu yang Zaquan Adha dan Ayu Raudhah telah membantu untuk membawa lari Aidil daripada rumahnya.. Walaubagaimanapun Rita Rudaini redha dengan apa yang menimpa dirinya… "Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya,"
|
Aaron Aziz Sanggup Kongsi Trofi Dengan Zed Zaidi Posted: 10 Apr 2012 09:57 PM PDT Gara-gara Zed Zaidi meluahkan rasa ketidak puasan hatinya di account twitternya sebelum ini, pihak Aaron Aziz sanggup berkongsi trofi yang dimenanginya dengan Zed Zaidi.. Baik betul hati abang Aaron Aziz kita ni kan.. Bagi Aaron Aziz mempertikaikan kemenanganya kerana faktor kegenegaraaan adalah satu pemikiran yang tidak matang, lagi-lagi datangnya dari seorang Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).. Tapi bagaimanapun kata Aaron Aziz setiap orang berhak memberikan komen sebegitu..
"Saya tak ada masalah dengan komen macam itu. Bagi saya, orang yang angkut sampah pun berhak komen sebegitu. Benda ini hanya buang masa dan memeningkan kepala saya saja. Saya tak rasa kecewa kerana saya hanya kecewa jika anak saya tak makan. Saya juga tak merajuk atau lari menangis di tepi kerana isu ini tak menjatuhkan saya langsung. "Lainlah kalau saya ditangkap sebab merompak dan sebagainya, itu baru menjatuhkan karier saya. Bagi saya, pendapat dia tak menjejaskan saya dalam apa aspek sekali pun. Saya tak rasa terjejas sebab memang dah lumrah dunia, tak semua akan suka kita," "Apa-apapun, saya dah menjangkakan isu ini akan berlaku. Tapi, kenapa tahun lepas saya menang Anugerah Skrin, tak timbul pun isu ini. Saya bukannya datang sebagai pendatang haram. Saya datang dari Singapura pun bukan semalam. Malah, saya ambil masa lama untuk berada di tahap sekarang. Jika saya tak menang pun, saya akan sentiasa terus menyokong industri tempatan. Saya tidak akan pernah putus asa dan akan terus berusaha keras untuk mendapatkan persaingan yang sihat." "Kita makin lama makin pandai bukan makin bodoh. Bukan senang nak mempengaruhi minda orang Melayu sebab orang Malaysia sekarang dah pandai berfikir. Saya tak ada masalah untuk berlakon dengan dia selepas ini. Saya faham dia masih muda dan tak matang lagi. Namun, kalau terus berperangai macam budak kecil, lebih baik main kat taman permainan atau tepi pantai. Malah, jika dia nak sangat trofi ini, saya tak kisah. Saya ada dua, jadi boleh kongsi," (Gua)
MyGosip rasa, sudah tiba masanya Presiden Seniman, Harun Salim Bachik memainkan peranan disini.. Lagi-lagi kes ni ditimbulkan oleh timbalanya sendiri.. duduk la disatu meja bagi menyelesaikan isu ini secara baik dan buat la satu sidang media bagi menjernihkan kembali keadaan.. Apa-apa pun Zed Zaidi dah boleh mula pilih nak trofi yang mana satu, yang trofi bintang paling popular ataupun trofi pelakon filem lelaki popular kan… |