Adsense

Rabu, 11 April 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Rita Rudaini bercerai dengan Aidil Zafuan?

Posted: 11 Apr 2012 04:54 AM PDT

Terpapar kisah bergolakan rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan dimuka hadapan Utusan Malaysia pagi ini. Aidil Zafuan telah kemukakan fasa untuk bercerai dengan Isterinya Rita Rudaini. Permintaan ini bersama hari ulangtahun kelahiran Rita yang ke 36 semalam.

Pergolakkan ini bermula dengan Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Bergaduh Di Twitter ,Aisil Zaquan pula dikatakan telah keluar meninggalkan Rita Rudaini dan anak mereka, menurut cerita Rita,Aidil menurut kata telunjuk adik kembar dan isterinya untuk keluar rumah sehingga ke hari ini.


Namun itulah takdir masing-masing. Kalau boleh dibawa berbincang baik berbincang. Rasanya kes Rita Rudaini ni dah lama dan banyak kontroversi. Nak bercerita lebih pun rasanya tak sesuai sebab ini adalah hak peribadi masing-masing. Apa yang diharapkan agar Rita Rudaini tabah dan harap Aidil Zafuan Abdul Razak dapat memberi perhatian kepada anak-anak mereka walaupun dah bercerai.

Video Gempar Bumi 11 April 2012 Acheh rasai di Malaysia

Posted: 11 Apr 2012 04:36 AM PDT


Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia Melanda Malaysia pada 11 April 2012. Menurut sumber, satu gempa bumi 8.9 Scala Richter telah berlaku di wilayah Aceh Indonesia pada 11 April 2012. Sehubungan itu, Amaran Tsunami Di Georgetown & Port Dickson bakal merasi impak gegaran daripada fenomena tersebut.

Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi. Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang – Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung – Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

UPDATE SEMASA:



Di KANGAR, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.

Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.

Bekalan elektrik dilaporkan sudah terputus di seluruh Bandar Aceh. Bandar Aceh dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar.

Aaron Aziz balas kritikan Zed Zaidi Isu Warganegara

Posted: 10 Apr 2012 07:23 AM PDT


Minggu lalu selepas kemenangan mutlak Aaron Aziz di ABH, timbul bau bau banchang tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Zed Zaidi - Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia telah mempersoalkan kemenangan Aaron Aziz atas dasar kenegaraan. Zed Zaidi juga telah menyindir rakyat malaysia kerana mengundi Aaron Aziz yang asalnya bukan warganegara malaysia.


Komen Zed Zaidi di Twitter tentang kemenangan Aaron Azizi


Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.


Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu "periuk nasi" Zed Zaidi selama ini.

"Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia," sindir Aaron.

Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon.

"Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak," katanya.



Aaron Aziz balas kritikan Zed Zaidi

Petikan yang diambil dari mStar online,

Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.

"Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.
So apa pandangan anda semua?