Adsense

Khamis, 29 Mac 2012

Zon Artis

Zon Artis


Fouziah Gous Mengaku Berkasih Dengan Datuk Seri

Posted: 29 Mar 2012 04:53 AM PDT

Fouziah Gous, pelakon yang pernah digosipkan bercinta dengan Iqram Dinzly yang juga merupakan seorang pelakon. Rasanya anda semua tahu itu. Dulu, gosip itu mungkin boleh diterima tapi sekarang tidak lagi kerana Fouziah Gous sendiri telah mengesahkan yang dia sedang berkasih dengan seorang lelaki yang berpangkat Datuk Seri. Ya, Datuk Seri.

FOUZIAH GOUS

Menurut Fouziah Gous yang kami petik daripada mStar Online:-

"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.

"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.

"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini,"

Baguslah jika benar bagai dikata. Semoga semuanya baik-baik saja dalam fasa mengenal hati budi ni dan satu minta kami, jangan lama sangat. Kalau dah serasi bersama, cecepatlah naik pelamin sebab umur Fouziah Gous pun dah masuk 3 series orang cakap. Takkan tunggu masuk 4 series baru nak bergelar isteri? Huhu~

Oh ya, berbalik kepada kekasih Fouziah Gous yang bergelar Datuk Seri tu. Kami tiada info lanjut mengenai beliau. Tapi yang pasti, Datuk Seri tu merupakan seorang ahli korporat dan pernah berkahwin (namun kini berstatus duda). Samada mempunyai anak ataupun tidak, itu tak pula pasti. Tapi korang kisah ke pasal tu?

Berita penuh: mStar Online

Related Posts with Thumbnails