Adsense

Khamis, 29 Mac 2012

Celebrity News

Celebrity News


KALAU ADA ORG YANG CUBA MEMPELEKEHKAN NIAT BAIK KITA, JAWAB JE MCM NIE :-

Posted: 29 Mar 2012 10:36 AM PDT

1. "Bajet ah ko ni post Islamik2,mcm la cmfirm masuk Syurga".
Jawab : "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Ko bajet nak masuk belah mana?"

2. "Tayahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab : "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."

3. "Berdakwah konon."
Jawab : "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."

4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab : "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status je pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat Kelak."

5. "Aku block je la ko ni. Siot tol."
Jawab : "Alhamdulillah, jika itu yg terbaik utk iman ko."
...
(^^ ,)
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

How To Check Your Blog Speed | Blog Speed Test | Timbang Berat Blog

Posted: 29 Mar 2012 08:27 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda tercari-cari cara untuk meringankan blog?
Antara tips ringankan blog Anda.


1. Minimumkan penggunaan widget untuk blog korang. Guna widget yang perlu untuk kebaikan pembaca sahaja. Bukan untuk menyusahkan pembaca.




Lihat gambar di atas. Jika lebih banyak widget yang digunakan, maka semakin lambat la blog korang untuk di paparkan secara keseluruhannya. Blogspot akan memanggil widget-widget tersebut daripada tapak asal widget tersebut berada.


ZoOM cadangkan, tidak perlu gunakan widget cursor mouse, widget jam, widget EPL, link within, auto music dan sebagainya. Widget seperti ini tidak penting untuk pembaca.


2. Paparkan 1 atau 2 sahaja entri di main page / laman utama blog Anda. Maksudnya, tidak perlu memaparkan ke semua entri korang dalam satu page. Ini akan menyebabkan blog Anda lambat untuk loading.


3. Kurangkan penggunaan photo yang bersaiz besar (bilangan byte photo) dan jangan paparkan terlalu banyak pada sidebar.


4. Paparkan hanya 5 sahaja bilangan blog dalam bloglist. Sekiranya terlalu banyak senarai blog dalam bloglist, tidak perlu memaparkan ikon dalam bloglist.


5. Susun widget yang digunakan mengikut kepantasan widget tersebut untuk load ke blog. Korang dapat rasakan perubahan loading time blog korang apabila korang susun widget tersebut dengan betul. Biar widget tersebut keluar dengan lancar.


Dan cara nak cek berat blog anda hanya ikut cara di bawah :


1. Masuk ke laman blog ini http://www.iwebtool.com/speed_test  <---Click 2X
2. Masukkan nama blog anda : Contoh www.zoomartis.net
3.Click CHECK


Dan hasilnya seperti blog ZoOM






ZoOM : Selamat belajar dan cuba memperbaiki kelajuan blog anda.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Komen Ahmad Idham, Tidak Akan Menerbitkan Filem Seram Lagi !!

Posted: 29 Mar 2012 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kesal dengan kritikan dan pelbagai pandangan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri membuat keputusan untuk tidak lagi mengarahkan filem seram.

Idham berkata, dia trauma untuk menghasilkan lebih banyak filem seram apabila sering dituduh mempersendakan agama Islam setiap kali memaparkan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam karyanya.

"Trauma dibuatnya apabila mengenangkan kembali isu filem Hantu Bonceng (HB) yang dikritik hebat gara-gara membabitkan ayat-ayat suci Al-Quran.
"Justeru itu, saya membuat keputusan Jangan Pandang-Pandang (JPP) adalah karya seram saya yang terakhir.
 
"Namun, apabila isu agama dibangkitkan dalam HB saya menyunting semula segalanya yang membabitkan ayat suci tersebut dalam JPP agar ia tidak menjadi isu kemudian hari. Benar, saya merajuk," katanya selepas tayangan perdana JPP di TGV 1Shamelin, di sini, Rabu.

ZooM : Mungkin kerana sudah tidak dapat mengikut rentak dan melawan karenah industri kita yang sering kali mempersoalkan apa yang ingin diketengahkan oleh pengarah dan pelakon ini. Beliau mengambil keputusan untuk menjauhkan karya beliau daripada konterversi yang sering melanda filem beliau apabila ingin ditayangkan di Pawagam.




APA KOMEN ANDA MENGENAI NIAT Ahmad Idham Mengenai Filem beliau !!?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Rumah Justin Bieber Berharga RM18.6 Juta

Posted: 29 Mar 2012 04:50 AM PDT


Sudah menjadi lumrah artis di Hollywood jika ingin bermegah-megah dengan harta yang ada, mungkin juga artis sekarang ini sudah mengetahui harta yang boleh menambahkan pendapatan dikala hari menjunam mereka.

 Contoh terbaru yang ZoOM baca mengenai Justin Bieber yang membelanjakan sedikit duit beliau dengan membeli rumah berharga RM18.6 Juta baru-baru ini (sumber Contactmusic.com).

Dan menurut info beberapa benda yang sudah dan bakal dibeli oleh budak lelaki kaya ini :

1.Jip Range Rover bernilai RM489 Ribu
2. Cadilac bertemakan Batman 
3.Ferarri
4.Kereta Fisker Karmar hadiah daripada pengurusnya.
5.dan Lain-lain dalam kepala beliau !!?

Kalau ada duit semua boleh beli.... 

APA KOMEN ANDA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Tunang Liyana Jasmay Tidak Menghalang Kerjaya Beliau

Posted: 29 Mar 2012 04:29 AM PDT


KUALA LUMPUR: Tunang kepada Liyana Jasmay iaitu Fathuddin Mazlan, tidak akan menyekat kerjaya lakonan pelakon wanita itu selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 24 Januari tahun depan.

Fathuddin berkata, dia juga tidak kisah dengan apa sahaja pemilihan watak yang ingin dilakonkan Liyana asalkan ia tidak menjatuhkan maruah keluarga dan diri.
"Saya tak akan menyekat kerjaya Liyana kerana itu adalah kerjanya sejak dahulu lagi.
"Lagipun, dia tahu batasan-batasan yang perlu dijaga sebagai seorang isteri dan pada masa sama tak adalah sampai dia perlu bekerja dari satu ke satu filem yang lain tanpa berehat langsung," katanya selepas majlis pertunangan mereka di kediaman Liyana di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.

Tambah Fathuddin, dia juga tidak tahu sama ada dirinya akan berasa cemburu atau tidak apabila bakal isterinya itu berlakon dengan lelaki lain memandangkan dia jarang menonton filem-filem Melayu.

Ditanya apakah filem lakonan Liyana yang digemarinya, ahli perniagaan itu berkata, dia suka melihat tunangnya itu berlakon dalam filem Papadom.

Lantas, ketika Fathuddin memberitahu filem lakonan Liyana yang diminatinya, Liyana terus berseloroh dengan berkata: "Hahaha! Dia tak tengok filem-filem Melayu pun. Tapi apabila bersama saya, semestinya dia wajib menonton filem-filem yang ada di Malaysia."



ZoOM : Jika sebelum ini ZoOM berkongsi dengan anda mengenai kisah perkahwinan Scha dan Awal yang mengenakan syarat "Tidak ada Aksi BERPELUK" dalam drama atau filem yang beliau lakonkan. Namun tunang Liyana Jasmay memberi "Lampu Hijau" kepada beliau meneruskan karier sebagai anak seni.

Namun bagi ZoOM ..Siapa tak sayang bini Oiiiii !!!! :)

Apa KOmen Anda ?


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!