Adsense

Khamis, 29 Mac 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Detektif Lim menangis selepas menang kes

Posted: 28 Mar 2012 11:49 PM PDT




FARID 


PUTRAJAYA - Selepas tiga tahun menanggung malu kerana menghadapi tuduhan mencuri dua buah buku, Detektif Lim semalam menangis gembira sebaik mendengar keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskannya daripada dakwaan itu.

Pelakon drama Gerak Khas atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Wu Abdullah berkata, dengan keputusan itu, dia berharap orang ramai akan kembali yakin kepadanya.
"Paling penting, ibu bapa saya boleh tidur lena," katanya ketika ditemui di luar mahkamah semalam.
Menurut pelakon itu, pendapatan dan kredibilitinya terjejas berikutan kes itu sehingga dia terpaksa bekerja sebagai atendan pam di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka selama setahun kerana tidak mendapat sebarang tawaran kerja.


Bagaimanapun kata Farid, dia bernasib baik kerana selepas itu diambil bekerja sebagai penolong pengarah bagi program televisyen 26 siri Titisan Darah Pahlawan yang dijangka disiarkan pada Hari Kebangsaan ini.
Sementara itu, penerbit dan pengarah drama bersiri Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam berharap penerbit drama atau filem tempatan tidak menyisihkan Farid kerana dia terbukti tidak bersalah.
Beliau berkata, Farid perlu diberi ruang untuk kembali mewarnai dunia lakonan selepas ini.

"Saya harap penerbit drama dan filem tidak merekodkan perkara ini atau terus memberi tanggapan negatif kerana setiap yang berlaku mempunyai hikmah," kata beliau ketika dihubungi  di sini semalam.
Yusof berkata, beliau sendiri memberi peluang kepada Farid dengan mengambilnya bekerja di belakang tabir selepas direhatkan daripada berlakon dalam drama Gerak Khas.

Fouziah Gous Sahkan Berkasih Dengan Datuk Seri

Posted: 28 Mar 2012 10:44 PM PDT


Fouziah Gous
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.
Aktres berusia 29 tahun ini berkata hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun dia sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.
"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.
"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.
"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini," katanya secara eksklusif di sini, petang Rabu.

Diminta mengulas mengenai kelibat mereka yang dilihat pada beberapa acara hiburan kebelakangan ini, Fouziah berkata tiada apa yang perlu disembunyikan jika dia memang berkawan rapat dengan seseorang.
"Sejak dulu lagi saya tiada apa hendak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya nafikan kerana memang ia belum berlaku ketika itu.
"Hanya baru-baru ini sahaja kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain," katanya.
Fouziah berkata hubungannya dengan lelaki berstatus duda itu adalah berdasarkan keserasian selepas mendapatkan petunjuk daripada Allah.
"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.
"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang menyenangi karakter budiman dan kesederhanaan lelaki itu yang merupakan seorang mesra media.
Terbaru, Fouziah bakal memulakan penggambaran blok kedua drama bersiri Trilogi Cintamusim kedua di TV1

Fathuddin Tidak Sekat Karier Seni Liyana Jasmay

Posted: 28 Mar 2012 10:41 PM PDT


Liyana Jasmay dan Fathuddin. FOTO: Feride Hikmet Atak
KUALA LUMPUR: Tunang kepada Liyana Jasmay iaitu Fathuddin Mazlan, tidak akan menyekat kerjaya lakonan pelakon wanita itu selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 24 Januari tahun depan.
Fathuddin berkata, dia juga tidak kisah dengan apa sahaja pemilihan watak yang ingin dilakonkan Liyana asalkan ia tidak menjatuhkan maruah keluarga dan diri.
"Saya tak akan menyekat kerjaya Liyana kerana itu adalah kerjanya sejak dahulu lagi.
"Lagipun, dia tahu batasan-batasan yang perlu dijaga sebagai seorang isteri dan pada masa sama tak adalah sampai dia perlu bekerja dari satu ke satu filem yang lain tanpa berehat langsung," katanya selepas majlis pertunangan mereka di kediaman Liyana di Kemensah Height, di sini, malam Rabu.

Ibu kepada pihak lelaki Jamilah A Rahman (kiri) bersama ibu pihak perempuan Datin Habsah Simpul (paling kanan) bergambar selepas majlis pertunangan Liyana dan Fathuddin. FOTO: Utusan Malaysia 
Tambah Fathuddin, dia juga tidak tahu sama ada dirinya akan berasa cemburu atau tidak apabila bakal isterinya itu berlakon dengan lelaki lain memandangkan dia jarang menonton filem-filem Melayu.
Ditanya apakah filem lakonan Liyana yang digemarinya, ahli perniagaan itu berkata, dia suka melihat tunangnya itu berlakon dalam filem Papadom.
Lantas, ketika Fathuddin memberitahu filem lakonan Liyana yang diminatinya, Liyana terus berseloroh dengan berkata: "Hahaha! Dia tak tengok filem-filem Melayu pun. Tapi apabila bersama saya, semestinya dia wajib menonton filem-filem yang ada di Malaysia."
Sementara itu, Liyana yang akan melanjutkan pelajaran ke New York Film Academy (NYFA) pada Julai ini selama enam bulan sudah mempunyai perancangan rapi mengenai kerjayanya selepas bergelar isteri nanti.
"Saya ke NYFA kerana ingin mempelajari teknik-teknik perfileman di sana dan sebagai permulaan, saya mahu membikin filem pendek sebanyak yang mungkin pada tahun depan.
"Bagaimanapun, karier lakonan masih lagi diteruskan, cuma tak mahulah terlalu sibuk seperti saya sebelum kahwin," ujarnya.

Pelakon Lelaki Dibela Daddy Pasrah

Posted: 28 Mar 2012 10:38 PM PDT

 
Ini bukan sekadar cerita kosong, tetapi ada bukti yang menunjukkan pelakon baru lelaki ini hidup mewah kerana di'bela' oleh seorang lelaki kaya. Walaupun baru berlakon, tetapi pelakon lelaki ini mampu bawa kereta mewah BMW 325 Sport 2 pintu ke hulu hilir. Malah, kediaman yang diduduki oleh pelakon ini pun bertaraf kondo mewah.

Persoalannya daripada manakah duit pelakon itu datang? Berapalah sangat pendapatan pelakon yang baru bertapak dalam industri, kan? Walaupun dia berada di bawah naungan sebuah syarikat pengeluar filem Melayu yang kukuh, namun popularitinya tidak kemana sangat. Nak kata daripada keluarga, memang sah-sah keluarga dia orang kebiasaan je. La ni, ramai orang di belakang tabir industri dok bercerita peel pelakon yang berumur 21 tahun ni.

Al-kisahnya, sumber yang mengelarkan dirinya sebagai Daddy Pasrah mengaku bahawa dia pernah 'membela' pelakon lelaki ini.

"Saya sertakan gambar-gambar bukti, antaranya MMS untuk dia pancing saya supaya 'geram' dan panggil dia untuk sama-sama 'berseronok'. Saya tau dia memang jenis 'kaki pancing', malah sudah berapa ramai uncle-uncle seperti kami yang pernah dia tiduri semata-mata nak hidup mewah.

Saya terpaksa kongsikan cerita ini agar dia insaf, kasihanilah mak dia yang berniaga kedai makan siang malam mencari rezeki halal. Pelakon ini pula, hidup berlagak disaluti kondo dan kereta mewah.

Baru-baru ini, saya perasan yang dia ada berlakon dalam sebuah drama bersiri berkisarkan 'rakan baik selamanya' di sebuah televisyen swasta. Nampaknya, dia makin angkuh sebab ramai orang panggil dia untuk bekerja.

Saya masih sayangkan dia. Tapi, biarlah cerita ini dapat dijadikan pengajaran buat orang lain di luar sana. – Daddy Pasrah"

Ish ish, tak sangka ada orang yang sanggup buat kerja keji semata-mata nak mengecapi kemewahan. (www.ohbulan.com)