Adsense

Khamis, 29 Mac 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Fouziah Gous sudah bersedia kahwin Datuk Seri berstatus duda?

Posted: 28 Mar 2012 08:05 PM PDT

fouziah gous bercinta dengan datuk seri
Lama tak dengar cerita mengenai Fouziah Gous kan.. tetiba je keluar cerita yang Fouziah Gous sekarang tengah intim dengan seorang ahli korporat yang bergelar Datuk Seri berstatus duda.. Fouziah Gous melalui Mstar telah mengaku yang dia memang sedang intim dengan Datuk seri tu beberapa bulan yang lepas walaupun Fouziah Gous sudah mengenalinya beberapa tahun yang lalu.. kira cinta baru nak berputik la ni kan…

Tambah Fouziah Gous lagi, beliau sudah bersedia untuk berkahwin dengan lelaki misteri tu jika sudah tertulis lelaki itu adalah jodohnya…

"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.. Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya."

"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.. Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin." Mstar

Wah!.. siapa lah Datuk seri berstatus duda yang intim dengan Fouziah Gous ni kan.. bertuah la badan.. Apa-apa pun MyGosip harap hubungan Fouziah Gous dan Datuk seri ni berakhir ke jinjang pelamin hendaknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar di Sekitar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay

Posted: 28 Mar 2012 07:20 PM PDT

gambar liyana jasmay bertunang
Jika sebelum ni MyGosip sudah kongsikan beberapa keping gambar pertunangan Liyana Jasmay dengan Fathuddin Mazlan, disini kami kongsikan lagi beberapa keping gambar untuk tatapan semua peminat Liyana Jasmay.. Bagi sesiapa yang belum tahu.. semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan Liyana Jasmay di rumah keluarganya di Kemensah Height, Kuala Lumpur..

Pada majlis pertunangan tu, Liyana Jasmay tampil anggun dengan gaun moden rona putih gading rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan puteri diraja Inggeris yang dikatakan bernilai RM10,000..

Liyana Jasmay juga telah menerima lima dulang hantaran yang berupa satu set wangian Gucci Guilty, telekung, kek, sebentuk cincin dan sirih junjung.

Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran yang berupa senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan cupcake

Semasa Majlis pertunangan Liyana Jasmay ni berlangsung, kedua-dua belah pihak keluarga telah pun bersepakat untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 24 Januari 2013 nanti.. kira 10 bulan la Liyana jasmay bertunang dengan Fathuddin ni kan…

Apa-apa pun jom kita layan Gambar di Sekitar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay kat bawah ni…

gambar liyana jasmay bertunang

gambar liyana jasmay bertunang

gambar liyana jasmay bertunang

gambar liyana jasmay bertunang

gambar liyana jasmay bertunang

gambar liyana jasmay bertunang

gambar liyana jasmay bertunang

gambar liyana jasmay bertunang

gambar liyana jasmay bertunang

gambar liyana jasmay bertunang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...