Adsense

Rabu, 7 Mac 2012

Zon Artis

Zon Artis


Fasha Sandha & Jejai Pilih Bali Langsungkan Perkahwinan

Posted: 07 Mar 2012 05:27 AM PST

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI DI BALI

Jika anda ada membaca post yang kami terbitkan sebelum ini, anda pastinya sedia maklum bahawa Fasha Sandha yang mengesahkan akan berkahwin dengan Jejai pada tahun ini enggan mendedahkan tarikh dan lokasi perkahwinannya kepada umum sebaliknya menyatakan menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman.

Namun tidak pun sampai 48 jam Fasha menyembunyikan mengenai tarikh dan lokasi perkahwinannya itu, Berita Harian secara ekslusif melaporkan yang Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan nama Jejai. akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, pada 29 April ini.

Seperti yang turut dilaporkan, persiapan majlis perkahwinan Fasha dan Jejai yang bakal dihadiri oleh 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media itu hampir selesai dan hanya menunggu masanya sahaja. Malah busana pengantin mereka serta jurusolek pilihan juga sudah ditempah sejak awal tahun lagi.

Dengan ini, terjawablah sudah segala persoalan bila dan dimana Fasha Sandha dan Jejai akan melangsungkan perkahwinan mereka. Sama-sama kita doakan agar apa yang telah mereka rancangankan ini akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNYA. Tak sabar plak tunggu 29 April tiba. Hohoho~

Related Posts with Thumbnails