Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Showcase SMASH di Plaza Sungei Wang Posted: 07 Mar 2012 09:28 PM PST SM*SH KINI DI MALAYSIA Selain daripada memenangi anugerah "1 Million Award" bersempena dengan jumlah jualan album mereka yang telah pun mencecah 1 juta unit dalam tempoh 6 bulan pada tahun lepas, kumpulan SMASH daripada Indonesia ini turut memenangi beberapa anugerah lain pada sepanjang mereka bergelar penggiat seni. Sejak mula ditubuhkan pada tanggal 10 April 2010, kumpulan anak-anak muda ini telah berjaya menawan hati peminat muzik di Indonesia apabila mereka turut dibariskan dengan band-band yang lebih senior seperti J-Rocks, Kotak, Project Pop, dan SKJ 94 pada Dahsyatnya Awards 2011 sebagai antara Aksi Panggung Terdahsyat. Walaupun baru setahun jagung, kumpulan anak muda ini telah berjaya meraih 4 anugerah pada Inbox Awards 2011 dengan memenangi Pendatang Baru Paling Inbox, Boyband Paling Inbox, Penampilan Paling Inbox dan Lagu Paling Inbox (I Heart You). Mereka juga turut memenangi Nominasi Duo/Group/Band Terfavorit pada Indonesia Kids' Choice Awards 2011, juga 2 anugerah lagi pada Indigo Digital Music Awards 2011 sebagai Artis Baru Terbaik dan Duo/Group Terbaik! Dengan koleksi nominasi yang telah mereka menangi, SMASH telah membuktikan betapa mereka adalah sekumpulan anak muda yang berbakat ! Khas buat para peminat muzik pop dance tanah air, anda kini berpeluang untuk menyaksikan persembahan SMASH dengan lebih dekat lagi ! Berikut adalah butiran mengenai persembahan ini: Tarikh : Sabtu, 17hb Mac 2012 Dengan setiap pembelian album SMASH yang hanya berharga RM27.90 di tapak showcase, anda berpeluang untuk memiliki 'badge button' edisi khas SMASH dan pas eksklusif (Blast Zone) untuk persembahan showcase ini nanti! Kepada peminat muzik tanah air, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan sulung SMASH di Malaysia! Tags: ShowcaseClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Hotlink BAGUS Pelan Pra Bayar Terbaru dari Maxis Posted: 07 Mar 2012 09:15 PM PST MAXIS MELANCARKAN HOTLINK 'BAGUS' – PELAN PRABAYAR SEMUA-DALAM-SATU DENGAN KADAR TERENDAH • Hanya dengan harga RM5, Hotlink BAGUS adalah satu-satunya pelan semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar terendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan • Dengan memiliki asas pelanggan yang terbesar sebanyak 14 juta, Maxis menangani pelbagai keperluan pelangggan yang semakin berubah sementara menyediakan pengalaman tambah nilai yang terbaik melalui pelan-pelan inovatif untuk pengguna telefon mudah alih di Malaysia • Maxis menyediakan pelanggannya perkhidmatan inovatif dan yang boleh dipercayai yang memenuhi aspirasi mereka serta menjadikan kehidupan mereka lebih mudah • Maxis benar-benar memberikan penawaran bersepadu dengan menawarkan para pelanggan satu penyelesaian semua-dalam-satu yang mudah untuk semua bentuk keperluan komunikasi mudah alih Hotlink, perkhidmatan prabayar No.1 Malaysia dari Maxis Berhad ("Maxis"), pada hari ini melancarkan Hotlink BAGUS, pelan prabayar inovatif semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar yang paling rendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan – pada harga RM5 sahaja. Dengan komitmen tambahan sebanyak RM5 (Bagus 5), pelanggan akan menikmati kadar yang lebih rendah, serta data percuma sebanyak 10MB. Majlis pelancaran, yang telah mengambil tempat di hadapan lebih 700 peniaga Hotlink dan Maxis dari seluruh Malaysia dan media, diadakan secara serentak di seluruh negara di 16 bandar-bandar utama yang lain di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak – Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Ipoh, Alor Setar, Melaka, Seremban, Kuantan, Kuala Terengganu, Sandakan, Tawau, Miri, Sibu dan Bintulu. "Kami sangat teruja untuk melancarkan Hotlink BAGUS yang akan memberi para pelanggan pengalaman mudah alih yang terbaik dengan kadar yang terbaik, dan menawarkan mereka penyelesaian untuk keperluan pelangggan yang semakin berubah, sama ada mereka di rumah, kerja atau di mana sahaja. Memberikan mereka nilai yang berterusan merupakan lambang kepimpinan kami," kata Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad. "Kami juga sentiasa percaya bahawa kami tidak hanya mempunyai 14 juta langganan pelanggan, tetapi juga melihatnya sebagai jalinan hubungan sebanyak jumlah tersebut. Pelanggan hidup dalam dunia yang mencabar dan sentiasa berubah, dan ia merupakan peranan kami untuk menyediakan mereka perkhidmatan inovatif dan yang boleh dipercayai yang memenuhi aspirasi mereka serta menjadikan kehidupan mereka lebih mudah dan diperkayakan. Baru-baru ini, kami melancarkan kadar IDD yang menarik dan sekarang dengan Hotlink BAGUS, para pelanggan boleh menikmati pelbagai produk-produk yang menarik dari Maxis pada tahun ini," Sandip berkata. Sementara itu, Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, berkata, "Hotlink BAGUS adalah produk yang sangat unik yang menawarkan LIMA NILAI PENAWARAN BERSEPADU – PANGGILAN, SMS, INTERNET, IDD DAN PERANTAUAN – semuanya dalam satu pek pada KADAR TERENDAH, kadar paling terendah yang pernah Maxis tawarkan kepada pelanggannya. Ini akan mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan para pelanggan kami, terutAmanya dari segi kemudahan dan penjimatan yang besar. "Tema 'Kini Anda Boleh' telah menjadi tonggak intipati jenama Hotlink – memperkasakan pelanggan kami dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu, dan ini telah terbukti daripada pelbagai kempen yang lepas dan produk seperti konsert pertama yang dikuasakan oleh khayalak ramai bersama dengan Yuna, 'Football Hot Tickets', Bonanza Mania, Pas Facebook dan Hot IDD132. Hari ini, BAGUS tetap setia kepada falsafah ini dengan memperkenalkan produk yang senang, mudah, murah dan sudah tentu memperkasakan pelanggan," katanya. Pelanggan prabayar Maxis yang sedia ada dan yang baru boleh mendapat manfaat dari Hotlink BAGUS. Pelanggan sedia ada boleh berhijrah ke Pelan Hotlink BAGUS dengan menaip *108*21# pada telefon mudah alih mereka dan membayar yuran penghijrahan sebanyak RM1 sahaja untuk mengalami kadar yang rendah yang ditawarkan oleh BAGUS. Untuk pelanggan baru, mereka hanya perlu membeli pek permulaan RM5 'BAGUS'. LIMA nilai penawaran BAGUS: 1. Panggilan 2. SMS 5. Perantauan Sebuah kempen media yang komprehensif sedang dijalankan bersempena dengan pelancaran BAGUS, termasuk iklan akhbar, papan iklan, kenderaan dan kedai bertemakan 'BAGUS', bahan-bahan promosi, serta kehadiran di Facebook dan Twitter. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan prabayar baru dan pek permulaan BAGUS, sila lawati peniaga Hotlink anda yang berdekatan atau layari www.nowyoucan.my Tags: Berita, GadgetClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |