Berita Harian: Hip |
Posted: 06 Mar 2012 03:49 PM PST Hip Atasi masalah penayangan 70 judul sepanjang tahun iniPERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal melaksanakan sistem baru Skim Wajib Tayang yang membolehkan dua filem tempatan ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara dalam tempoh seminggu, bermula Mei ini. Ketua Pengarahnya, Mohd Naguib Razak, berkata lambakan filem yang dijangka mencecah 70 judul hingga akhir tahun ini memerlukan agensi berkenaan mencari pendekatan supaya tiada produk terpaksa menunggu lebih enam bulan bagi mendapatkan tarikh tayangan. "Sistem yang dirancang tahun lalu ini lebih kepada merangsang industri supaya berkembang" Begitupun, syarat khusus digariskan demi menjaga kepentingan penerbit termasuk penggiat baru, selain memastikan pempamer mematuhi peruntukan FINAS di bawah Skim Wajib Tayang 2005 yang memerlukan pengendali pawagam memberi surat tunjuk sebab sebelum menarik balik penayangan disebabkan kurang penonton.- Mohd Naguib Razak "Industri filem tempatan berkembang pesat dengan tahun lalu saja kutipan box-office mencecah RM125 juta berbanding sebelumnya, RM50 juta, sekali gus memerlukan kita lebih agresif membantu penggiat industri menonjolkan produk mereka menerusi sistem baru ini. "Sistem yang dirancang tahun lalu ini lebih kepada merangsang industri supaya berkembang lebih pesat. Dua minggu lalu, Jawatankuasa Skim Wajib Tayang mengadakan mesyuarat yang turut dihadiri pempamer bagi memperincikan perkara ini," katanya pada sidang media khas di sini, semalam. Terdahulu, ketika Skim Wajib Tayang diperkenalkan pada Jun 2005, pempamer dikehendaki menayangkan filem diluluskan selama 14 hari berturut-turut. Bermula Mac tahun lalu, skim itu diubah dengan sebuah filem seminggu. Naguib berkata, pengenalan syarat khusus juga diguna pakai supaya tiada filem 'dimakan' produk yang ditayangkan serentak dengan membariskan filem bukan daripada genre atau pelakon sama, selain tidak meletakkan filem orang lama yang dengan penerbit baru. "Jangan salah faham. Keputusan ini tidak dapat dielakkan demi kepentingan penggiat industri, malah kita tidak mahu penerbit rasa tergugat dengan memberikan penerangan lengkap kepada mereka pada Hari Terbuka Finas, 16 Mac ini. "Bagi produser pula, kita akan memastikan hanya produk berkualiti sampai kepada kami menerusi penetapan syarat sekurang-kurangnya 70 peratus dirakamkan menggunakan filem dan bakinya digital kerana semua ini bakal dinilai jawatankuasa sebelum ia layak mendapat tarikh tayangan," katanya. Sementara itu, Ahmad Idham berkata, bermula Januari hingga Mac ini, jawatankuasa Skim Wajib Tayang menerima 20 permohonan filem yang sudah siap untuk mendapatkan tarikh tayangan, manakala lebih 80 syarikat lain meminta lesen penggambaran. "Daripada angka ini saja kita sudah dapat menjangka berapa banyak judul bakal masuk pawagam. Jika tidak melaksanakan dua filem seminggu, barangkali ada yang perlu menunggu setahun semata-mata disebabkan ketiadaan slot," katanya. Shuhaimi pula berkata, notis mengenai skim baru terbabit sudah diedarkan kepada ahli sejak Disember lalu dan berharap mereka dapat hadir pada Hari Terbuka Finas untuk mendapatkan maklumat lengkap. "Kita faham jika ada di kalangan penerbit berasa cuak dengan sistem tayangan dua filem seminggu. Perkara ini sudah diperhalusi, tetapi kami dimaklumkan FINAS masih mengambil kira maklum balas penerbit sebelum skim ini dimulakan," katanya. |
Jawablah!: Sejak awal tak percaya Keno Posted: 06 Mar 2012 03:40 PM PST Hip Fauzi sekadar ingatkan, bukan ugut pengurus produksiSEJAK awal lagi pelakon Fauzi Nawawi tidak pernah meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Pengurus Keno Productions, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno, terutama dalam hal membabitkan kewangan. Menurut suami pelakon Lisdawati ini, perasaan itu timbul selepas mendapat tahu Keno masih berhutang dengan pelakon teater Seri Mersing 1 dan 2, yang pernah diterbitkannya sebelum ini. Namun, kerana tidak mahu usahanya berlatih dan menghayati watak Taruna bagi pementasan teater Se-Merah Padi sia-sia, Fauzi terpaksa juga meminjamkan wang kepada Keno yang berada dalam keadaan sangat terdesak ketika itu. Pinjaman itu antara lain meletakkan syarat yang Keno dikehendaki membayar kembali hutang itu dalam tempoh dua minggu, memandangkan wang berjumlah RM28,000 itu milik rakan kongsi Fauzi, seorang warga Iran.Bagaimanapun janji hanya tinggal janji. Selepas dua bulan berusaha menghubungi Keno yang tiba-tiba mendiamkan diri, akhirnya Fauzi hilang sabar sehinggalah tersiar berita mendakwa dia bertindak kasar terhadap pengurus produksi syarikat terbabit, seperti yang tersiar di media Khamis lalu. Hip mendapatkan penjelasan Fauzi berhubung kontroversi itu. Hip: Apa sebenarnya yang berlaku antara Fauzi dan juga Keno? Hip: Adakah itu yang menyebabkan Fauzi hilang sabar hingga berlaku kejadian ugut-mengugut? Fauzi: Tiada ugutan yang berlaku dalam hal ini dan saya masih lagi waras serta masih boleh berfikir sebelum melakukan perkara bodoh seperti itu. Apa yang berlaku, selepas gagal mendapatkan Keno, saya cuba mencari pengurus produksi teater berkenaan. Saya pergi ke rumahnya, malangnya dia tiada di situ. Yang ada di rumah ketika itu ialah kedua-dua orang tuanya. Saya masih ingat lagi perbualan kami waktu itu. Saya hanya mengingatkan supaya hutang itu segera dijelaskan kerana tidak mahu perkara yang buruk berlaku seandainya rakan kongsi saya sendiri yang berjumpa mereka. Tidak mustahil rakan kongsi saya itu akan bertindak kasar seperti merampas kereta miliknya. Saya sekadar mengingatkan dan bukannya mahu mengugut akan melakukan perkara itu semua. Kalau benar dia mendakwa saya mengugutnya, silalah bawa perkara ini ke mahkamah. Saya tidak gentar kerana saya tahu saya di pihak benar. Hip: Jadi apa kesudahan perihal cerita hutang ini? Fauzi: Hutang peribadi dia dengan saya, iaitu duit lakonan masih ada berbaki RM14,000. Dia berjanji melunaskan semua hutang itu pada 15 Mac ini. Manakala wang pinjaman RM28,000 itu, saya baca di akhbar, katanya dia sudah menjelaskannya. Tapi maklumat yang saya dapat, dia bukanlah menjelaskan secara tunai tetapi menggunakan post dated cheque. Saya hairan, kenapa perlu menggunakan cek tertunda sedangkan dia pernah menunjukkan saya sekeping cek berjumlah RM30,000 pemberian penaja. Ke mana wang itu pergi? Hip: Serik dengan apa yang berlaku? Fauzi: Jujurnya saya memang tidak percaya dengan Keno sejak awal lagi. Sebelum ini pun dia pernah membuat perkara yang sama, iaitu berhutang dengan pelakon dan kru yang terbabit dengan pementasan teater Seri Mersing 1 dan 2. Tapi atas sebab saya sebutkan tadi, saya terpaksa juga membantunya. Disebabkan dirinya yang sukar dihubungi dan tidak menjelaskan hutang dalam tempoh ditetapkan, hubungan saya dengan rakan kongsi saya terjejas. Saya malu kerana disebabkan insiden itu, bangsa Melayu yang lain mendapat nama buruk dan dilabel tidak menepati janji. Selepas ini, jangan haraplah untuk saya bekerjasama dengan produksi seperti ini. Saya percaya selepas ini akan ada lebih ramai pihak tampil ke depan untuk menuntut hak mereka. Kita tunggu dan lihat saja nanti. Hip: Nampaknya watak jahat yang sering diberikan pada Fauzi membawa tuah apabila tersenarai sebagai finalis kategori Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH2011. Komen sikit! Fauzi: Terus terang, saya memang terkejut dan tidak percaya apabila dimaklumkan saya tersenarai sebagai finalis. Hanya selepas isteri meyakinkan saya, barulah saya percaya. Saya anggap pencalonan ini sebagai rezeki. Peminat sekarang nampaknya tidak melihat status sebagai keutamaan untuk meminati seseorang artis. Apa yang penting, hasil kerja mereka haruslah berkualiti. Walaupun saya banyak memegang watak jahat, tapi jika kita buat kerja kita dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, saya percaya orang akan menghargai usaha kita itu. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |