Adsense

Rabu, 7 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Ahli Kumpulan Hujan, Hang Dimas Rancang Mohon Kerakyatan Malaysia

Posted: 07 Mar 2012 04:02 PM PST

Kepada yang tak tahu, sebelum ini kecoh mengenai Aaron Aziz yang sedang memohon kerakyatan Malaysia sejak tahun lepas (2011) lagi. Namun masih tiada khabar berita gembira dari selebriti yang popular dengan filem Ombak Rindu itu walaupun kini sudah bernaung di bawah sebuah syarikat televisyen swasta.

Kini giliran Hang Dimas, pengurus dan keyboardist kumpulan Hujan pula menyuarakan hasratnya untuk memohon kerakyatan Malaysia. Mungkin sudah nampak masa depannya disini, sebab itulah Hang Dimas memilih Malaysia sebagai destinasinya.

Menurut mStar Online, Dimas sudah membawa isteri dan anaknya yang berusia 4 tahun ke Malaysia dan sudah hampir sebulan menetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Dalam kenyataannya kepada wartawan mStar, Dimas menjelaskan bahawa dia akan memohon kerakyatan Malaysia selepas menangguhkan hasratnya beberapa kali.

"Saya akan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap di negara ini selepas menyelesaikan beberapa perkara," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Dimas lagi, "Sebelum ini lagi isteri saya ingin mengikut tinggal di sini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dia sibuk menguruskan perniagaan milik keluarga di sana. Bagaimanapun Alhamdulillah lah akhirnya mereka dapat bersama saya di sini."

Kalau begitu, semoga dengan adanya artis seperti Hang Dimas, maka lebih bersinarlah industri hiburan tanahair dengan muzik dan seni yang lebih berkualiti. OHBULAN! juga masih tertanya-tanya apakah status terbaru Aaron Aziz yang sudah lama memohon kerakyatan Malaysia?

Gossip: Pemain Bolasepak Malaysia Bakal Berlakon Filem?

Posted: 07 Mar 2012 04:00 PM PST

Nampaknya , status pemain bolasepak negara sudah bertukar. Kalau dulu mereka hanyalah pemain bolasepak, namun kini pemain bolasepak negara sudah hampir setaraf dengan pemain bola luar negara kerana sudah boleh digelar selebriti.

Antara pemain Malaysia yang sudah terkenal termasuklah Safee Sali dan juga Khairul Fahmi atau mesra dipanggil Apek yang selalu dihimpit dengan gosip-gosip panas bersama wanita lain.

Khabar angin yang baru saja OHBULAN! terima semalam mengatakan bahawa sebuah produksi filem baru telah mengikat kontrak bersama pemain bola Malaysia. Pemain-pemain bolasepak ini dipercayai akan turut berganding bersama beberapa orang pelakon popular untuk menjayakan sebuah filem yang OHBULAN! sendiri belum pasti apa tajuknya.

Jika khabar angin ini benar, OHBULAN memang sudah tidak sabar hendak melihat bakat pemain bolasepak negara dalam bidang lakonan pula. Tidak salah bukan jika kami katakan yang kemungkinan Aidil Zafuan atau Zaquan Adha akan berlakon? Kerana kedua-dua kembar yang kacak ini masing-masing beristerikan selebriti.

Kita nantikan sahaja berita terbaru selepas ini, anda rasa siapakah mereka?