Adsense

Rabu, 7 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Tiada ruang kecewa

Posted:

Tiada ruang kecewa

Oleh WANDA IDRIS
Gambar ZAKARIA IDRIS

BERLAKON? Bila rindu saja!" Cepat sahaja mulutnya menjawab tatkala ditanya mengenai dunia lakonan yang telah diledani sejak dua dekad lalu.

Kata empunya diri, ketika usianya menginjak kematangan, dunia lakonan bukan lagi menjadi keutamaan dan kepentingan.

Justeru tidak hairanlah andai dia kini hanya berlakon dengan produksi yang diingininya, yang mampu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dan sudah pasti dengan naskhah yang diidamkan sahaja.

Bukan merajuk, jauh sekali kecewa seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak ekoran kegagalan filem sulung terbitannya, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami mengaut kutipan tiket yang memberansangkan.

"Saya ok saja," kata Haliza Misbun dalam nada riang. "Malah sebenarnya saya tidak mempunyai jawapan paling tepat untuk menjawab persoalan para wartawan yang merasakan saya kecewa dengan kutipan filem itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Jamal tertekan banyak menyanyi?

Posted:

Jamal tertekan banyak menyanyi?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AZWAN ZAHAR


GAYA terbaru Jamal Abdillah yang berkumis nipis dan lebih tenang menggambarkan kematangannya dalam persada seni suara tanah air.


SESUAI dengan gelaran Raja Pop yang diberikan kepada Jamal Abdillah, penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak itu sentiasa tidak menang tangan menerima pelbagai undangan mengadakan persembahan pentas di seluruh negara.

Sama ada persembahan makan malam, konsert berskala kecil atau besar, Jamal jarang menolak tawaran menyanyi yang diberikan kepadanya sehingga dia mendapat sedikit tekanan ekoran daripada tawaran-tawaran tersebut.

Duda kepada dua anak itu tidak menafikan akan kesibukannya terutamanya sejak kebelakangan ini menerusi pelbagai undangan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha sepanjang bulan April.

"Sebagai wartawan, saya yakin anda juga mempunyai tekanan-tekanan tersendiri bagaimana untuk mendapatkan bahan berita. Begitu juga saya sebagai penyanyi iaitu bagaimana mahu memuaskan hati para peminat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.