Adsense

Isnin, 5 Mac 2012

Zon Artis

Zon Artis


Fasha Sandha Sahkan Akan Berkahwin Dengan Jejai Tahun Ini

Posted: 05 Mar 2012 10:03 PM PST

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI

Akhirnya Fasha Sandha mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini sekaligus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, siapa lagi kalau bukan Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Fasha dalam laporan Harian Metro pada hari ini (6 Mac 2012 – Selasa) dipetik sebagai berkata, dia telah pun menerima lamaran Jejai dan memberitahu yang kekasihnya itu sudah pun bertemu dengan keluarganya untuk merisik.

"Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik"

Fasha juga turut mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk beberapa gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar beberapa hari lalu.

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI

"Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

"Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi."

"Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,"

Anda jangan tidak tahu, selain gambar Fasha dan Jejai mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di internet dan disiarkan di banyak blog adalah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.

GAMBAR KAHWIN FASHA SANDHA DAN JEJAI

Walau bagaimanapun, Fasha masih enggan memberitahu bila dan dimana perkahwinan akan dilangsungkan, masih mencari waktu sesuai untuk membuat pengumuman. Tapi yang pasti, ianya akan berlangsung tahun ini, 2012.

Psstt: Mesti baca – Kad kahwin bercetak ayat suci tidak boleh dibuang~

Related Posts with Thumbnails