Celebrity News |
- Sinopsis The Phantom Menace In 3D | Video Trailer The Phantom Menace In 3d
- Petua Memikat Hati Suami Anda
- Sinar Harian : Skandal Seks Dan Politik - DR MASHITAH IBRAHIM
- 2 Maut, Lebih 20 Cedera Bila Bas Dari Genting Highlands Ke KL Terbalik
- Gambar Fasha Sandha Dan Jejai Menghadiri Kursus Kahwin
- Sazali P. Ramlee Terima RM 10,000 Daripada Kementerian Penerangan Untuk Teruskan Hidup
- Aaron Aziz Marah Kerana Filem Ombak Rindu Dikaitkan Dengan Pembatalan Konsert Erykah badu
Sinopsis The Phantom Menace In 3D | Video Trailer The Phantom Menace In 3d Posted: 05 Mar 2012 07:54 AM PST TAJUK: Star Wars Episode 1: The Phantom Menace In 3D GENRE: Fiksyen Angkasa Lepas PENGARAH: George Lucas PELAKON: Liam Neeson, Ewan McGregor, Natalie Portman, Jake Lloyd, Ian McDiarmid EDARAN: 20th Century Fox Tayangan: Mulai 9 Februari 2012 Sekali Imbas Salah satu francais terbesar dalam sejarah industri perfileman dibawakan kembali ke layar perak dalam bentuk 3D. Peminat fanatik legasi Star Wars akan dibawa melihat kembali aksi pertarungan galaksi yang penuh dengan kesan khas dalam bentuk yang lebih nyata, semuanya dengan bantuan teknologi 3D yang kini semakin menguasai industri filem antarabangsa. Ulasan Penuh Tagline untuk filem ini adalah antara yang paling penulis ingat dalam sejarah penulis menonton filem, 'Every generation has a legend. Every journey has a first step. Every saga has a beginning' begitulah antara kata-kata keramat yang menjadi nadi perangsang untuk seluruh peminat Star Wars. Kali pertama The Phantom Menace ditayangkan adalah pada tahun 1999. Setelah 16 tahun berakhir The Return of Jedi pada tahun 1983, pengarah George Lucas mendapat ilham untuk merencanakan kembali perjalanan watak jahat utama siri Star Wars, Darth Vader tentang bagaimana perjalanan hidupnya sehingga terjebak ke 'dark side of the force'. Maka dari situ terbitlah tiga siri prekuel yang menjadi detik mula kepada legasi perang galaksi ini. Kini selepas 13 tahun dari tayangan The Phantom Menace yang asal, filem ini kembali menemui penonton di layar perak dalam bentuk 3D. Menampilkan jalan cerita yang sama, tiada perbezaaan dalam filem ini kecuali segala kesan khas dapat dinikmati dengan lebih nyata. Kesan khas yang paling menonjol ialah ketika perlumbaan podrace yang diadakan di Planet Tatooine, peperangan di Naboo serta babak akhir pertarungan di antara Qui-Gon Jinn dan Obi-Wan Kenobi menentang Darth Maul. Terasa seperti setiap tembakan laser dan hunusan dari lightsaber betul-betul berada di hadapan mata. Terdapat juga sedikit tambahan kesan khas yang tidak ada pada filem versi asal, ditambah dalam filem ini untuk menjadi setiap satu babak kelihatan lebih dramatik. Ini merupakan satu usaha dari pihak produksi untuk mengembalikan kegemilangan francais Star Wars dan untuk generasi baru mengenali apakah itu Star Wars yang menjadi kegilaan peminat-peminat senior. Seperti yang diumumkan pada September 2010, setiap satu dari enam filem Star Wars akan ditayangkan kembali dalam bentuk 3D, bermula dengan The Phantom Menace pada 9 Februari 2012, diikuti Attack of The Clones (2013), Revenge of The Sith (2014), A New Hope (2015), The Empire Strikes Back (2016) dan terakhir Return of The Jedi (2017). Sipnosis Kisah legasi Star Wars bermula di sini, apabila Queen Amidala dari Planet Naboo menerima ancaman dari Trade Federation, dua orang kesatria Jedi telah dihantar untuk melindungi beliau. Demi menjamin keselamatan pemerintah Planet Naboo yang masih muda itu, mereka terpaksa membawa Queen Amidala meninggalkan asalnya ke tempat yang lebih selamat. Malangnya kapal yang mereka naiki menerima kerosakan teruk dan terpaksa mendarat di Planet Tatooine. Di sinilah Queen Amidala bertemu dengan bakal suaminya di masa hadapan, Anakin Skywalker yang pada ketika ini tiada siapa tahu bakal memainkan peranan ketika kejatuhan Republik di galaksi. Anakin juga bertemu Obi-Wan Kenobi, lelaki yang akan melatihnya menjadi kesatrian terhebat Jedi yang juga akan memainkan peranan penting terhadap nasibnya di masa yang akan datang. Video : Info : Murai.com.my Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Posted: 04 Mar 2012 11:27 PM PST 1. Sentiasa jaga penampilan.... Isteri perlu jaga penampilan tidak kira ketika berada di dalam atau di luar rumah. Jangan hanya ketika mahu ke pejabat, penampilan bergaya tetapi apabila pulang seperti pembantu rumah. Biarlah suami melihat diri kita sama seperti sebelum keluar rumah. Bukanlah bermakna perlu bermekap tebal, tetapi eloklah sekadar kemas dan sedap mata memandang. Jika anda sebagai suri rumah, penampilan juga perlu dijaga agar tampak kemas dan menarik di mata suami. 2. Tidur bersama.... Anda dan pasangan perlu sentiasa tidur bersama biarpun anak sudah ramai. Anda juga begitu digalakkan tidur dilengan suami atau dibawah ketiaknya sambil dia akan mendodoikan anda dengan manja dan mesra. 3. Kurangkan aktiviti di luar.... Jika selama ini anda sering keluar melakukan aktiviti sosial bersama teman-teman, apa kata anda cuba kurangkan aktiviti berkenaan. Kebanyakkan suami tidak suka isteri terlalu banyak melakukan aktiviti luar hingga mengabaikan soal rumah tangga. 4. Bersikap lemah lembut dengan pasangan...... Lelaki juga gemar jika pasangannya bersikap lemah lembut dan bersopan. Layani suami dengan baik kerana mereka sebenarnya gemar dimanja dan disayangi. Jika berlaku pertengkaran pun, anda diingatkan supaya jangan melawan sebaliknya mendengar apa yang mahu diperkatakan. 5. Penuhi tanggungjawab sebagai isteri.... Anda perlu memainkan peranan sebagai seorang isteri. Penuhi keperluannya seperti memasak, menggosok baju, mengemas rumah dan menjaga anak-anak. Jika tidak pandai memasak, belajar memasak kerana mahu menawan hati suami adalah melalui perutnya. Jika anda boleh menyediakan masakan kegemarannya, pasti suami tidak akan beralih arah mencari yang lain. 6. Kreatif mencipta suasana di rumah...... Jadikan kediaman anda sentiasa ceria dan gembira. Apa salahnya sekali sekala anda membuat kejutan dengan mengadakan majlis hari jadi suami. Jemput teman-teman untuk memeriahkan majlis. 7. Sentiasa bersedia melakukan hubungan intim...... Sebagai isteri yang baik, anda perlu sentiasa bersedia jika diajak melakukan hubungan intim oleh suami. Jangan sesekali menolak biarpun anda keletihan atau sedang menguruskan sesuatu. Anda perlu ketepikan semua itu dan berilah layanan paling istimewa kepada suami. 8. Bijak dan bersedia berbicara isu semasa...... Lelaki juga gemar jika pasangannya seorang yang bijak dan boleh dibawa berbual mengenai isu semasa. Ketika meluangkan waktu santai bersama suami, bualkan perkara baru dan suami pastinya akan kagum dengan kehebatan dan kebijakan anda tatkala membincangkan pelbagai isu dan topik semasa dengannya. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Sinar Harian : Skandal Seks Dan Politik - DR MASHITAH IBRAHIM Posted: 04 Mar 2012 10:56 PM PST Anda baca dan fahami apa yang cuba diluahkan, sebab ZOoM rasa ramai pemerhati politik tidak sedar akan artikel ini. Sekadar ingin berkongsi dengan anda, dan yang baik kita simpan dan yang buruk kita tinggalkan. ZoOm tidak terlibat dengan hal-hal politik ini tetapi artikel ini bakal membuatkan pemerhati politik sakit hati dan ada yang bertepuk tangan. 2 Mac 2012 Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat. Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti. Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan. Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru. Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya. Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap. Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya. Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak. Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir. ZoOM : Terkejut juga baca artikel ni, tapi betul ke Sumber Sinar Harian Online Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
2 Maut, Lebih 20 Cedera Bila Bas Dari Genting Highlands Ke KL Terbalik Posted: 04 Mar 2012 10:24 PM PST Ini berita yang ZoOm baca di Mynewshub mengenai kemalangan maut pagi tadi yang melibatkan bas daripada Genting ke KL. Dan berikut berita yang dimaksudkan : KUALA LUMPUR – Sebuah bas dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala Lumpur terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini hari ini. Dianggarkan terdapat 24 penumpang di dalam bas berkenaan ketika kejadian. Jurucakap polis Bentong ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan dimaklumkan kemalangan itu berlaku kira-kira 8 pagi. Berdasarkan laporan awal, dua orang dilaporkan maut manakala lebih 20 orang cedera. Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gambar Fasha Sandha Dan Jejai Menghadiri Kursus Kahwin Posted: 04 Mar 2012 08:32 PM PST Fasha Sandha dan Jejai menghadiri Kursus Perkahwinan di Mahligai Firdaus, Setiawangsa Kuala Lumpur pada Hari Sabtu dan Ahad 3 & 4 March 2012. Nampak gembira dan manja je gaya Fasha Sandha kita seiring dengan suara manjanya, akhirnya percintaan yang suatu ketika dulu hanya sampai ditengah jalan kini bertaut semula bak tali kapal di pelabuhan yang menggunakan tali yang besar bagi mengelakkannya terlucut. (Jangan Marah ni ayat ZoOM Je tau) Hari bahagia Fasha Sandha kini semakin hampir kepada kemuncaknya, langkah demi langkah disusun seindah dengan program yang perlu dan wajib dilakukan. Dan berikut beberapa lagi gambar yang ZOOm jumpa di laman Forum Cari untuk tatapan anda : Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Sazali P. Ramlee Terima RM 10,000 Daripada Kementerian Penerangan Untuk Teruskan Hidup Posted: 04 Mar 2012 08:00 PM PST Sazali tengah menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Denis D`Cruz Alhamdulillah, ada juga orang yang mengambil berat dengan nasib anak Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, iaitu Sazali P.Ramlee yang sebelum ini kita membaca mengenai kesusahan yang dialaminya terutamanya selepas terlantar dirumah akibat terjatuh. Kita sebagai pembaca dan melihat kesusahan yang dialami beliau berasa sedih, apatah lagi empunya diri yang jika diikutkan hasil titik peluh Allahyarham sudah cukup untuk menyara beliau sekeluarga, namun dimana silapnya semuanya hanya tinggal menjadi tatapan anda dikaca TV sehingga hari ini. Dan berikut berita terbaru yang ZoOM baca di akhbar Metro Online : PETALING JAYA: Anak angkat kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Sazali, 53, pada Ahad menerima wang sumbangan daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berjumlah RM10,000 sebagai yang prihatin terhadap kesusahan yang dialaminya. Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Menteri kementerian itu, Datuk Maglin Denis D'Cruz pada Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad. Maglin ketika ditemui berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan keadaan seniman yang kurang bernasib baik dan akan terus membantu mereka dari masa ke semasa. Katanya, bantuan itu adalah daripada pelbagai tabung termasuk Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang digunakan di bawah bantuan am kementerian. "Kita sentiasa mengambil perhatian mengenai aduan yang dibuat oleh persatuan seperti Seniman mengenai keadaan semasa industri dan jika terdapat sebarang masalah yang boleh dibantu kita sedia berbuat demikian," ujarnya. Dalam pada itu Sazali berkata, dia berasa amat terharu dengan keperihatinan kerajaan terhadap nasib malang yang menimpanya. Ujarnya, dia bersyukur dengan bantuan itu dan berharap dapat digunakan untuk menjalani rawatan penyakit yang dihidapi. "Tiada kata lain selain Syukur Alhamdulilah ke hadrat Allah dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian dan saya amat menghargai sumbangan ini," ujarnya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Seniman, Zed Zaidi ketika telah menghantar surat sokongan kepada pihak kementerian mengenai masalah menimpa Sazali dan gembira apabila bantuan disalurkan dengan segera. "Seniman menghantar surat sokongan memohon bantuan kepada Sazali yang kini terpaksa bergantung kepada tongkat dan kerusi roda untuk bergerak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. "Alhamdulilah permintaan kami telah diluluskan dengan segera oleh menterinya iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim," ujarnya. Media baru-baru ini melaporkan tentang nasib Sazali yang sebelum ini bekerja sebagai tukang sapu di Semenyih, Selangor, telah hilang sumber pendapatan akibat kemalangan jalan raya. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Aaron Aziz Marah Kerana Filem Ombak Rindu Dikaitkan Dengan Pembatalan Konsert Erykah badu Posted: 04 Mar 2012 06:01 PM PST Setelah beberapa minggu dan bulan berlalu, pelakon dan Filem Ombak rindu masih dikacau dan dikaitkan dengan gossip tersebar. Terbaru mengenai kisah pelakon utama filem Ombak Rindu, Aaron Aziz yang marah dek kerana kecaman peminat Erykah Baru yang mengaitkan Tatoo yang ada di Ombak dan Tatoo EB. Memang pendek akal juga siapa yang komen dan Tweet tu, kalau Tatoo biasa mungkin alah biasa jer, namun ramai diantara anda sudah melihat Tatoo sementara Erykah Badu tu. Malas nak komen panjang-panjang sebab orang yang sakitkan hati Hero Ombak Rindu Ni tak tau apa-apa, budak baru belajar Tweet kot :) Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |