Adsense

Isnin, 5 Mac 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Pegang teguh pada prinsip

Posted:

Pegang teguh pada prinsip

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

BARANGKALI tahun 2011 boleh dianggap sebagai kemuncak karier aktres berwajah lembut ini apabila bakatnya diiktiraf dengan dua trofi Pelakon Wanita Terbaik.

Menerusi filem Janin, Eja menerima gelaran itu dalam dua acara anugerah berprestij iaitu Anugerah Skrin 2011 dan Festival Filem Malaysia Ke-24 atas tiket lakonan hebatnya.

Ironinya, sepanjang 15 tahun menjadi pelakon yang lebih dikenali di kaca televisyen, Eja menerima pengiktirafan tertinggi itu menerusi filem - medium yang jarang sekali dilakonkan.

Bermula dengan filem Sara pada tahun 2001 dan setakat tahun 2010, Eja telah membintangi tujuh buah filem sahaja. Lalu, apakah dengan dua trofi yang sudah dimenangi merobah kehidupannya kini?

Sambil melemparkan senyuman manis, Eja mengakui perubahan yang dilaluinya selepas menggenggam gelaran Pelakon Wanita Terbaik apabila tawaran filem yang diterimanya semakin mencurah-curah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Amber kini tunangan Wiz Khalifa

Posted:

Amber kini tunangan Wiz Khalifa

KINI sudah terbukti Amber Rose merupakan tunangan kepada penyanyi Wiz Khalifa meski pun pada mulanya kisah pertunangan mereka hanya dikatakan khabar angin.

Bagaimanapun selepas Amber Rose memutuskan untuk menyebarkan gambar cincin pertunangan yang diberikan Wiz Khalifa kepadanya, ia merupakan berita gembira buat peminat kedua-dua selebriti ini.

Antara tweet yang dilepaskan Wiz Khalifa bagi memastikan kebenaran kisah pertunangan ini adalah: "Dia kata Ya." Manakala Amber Rose pula menulis di Twitternya bagaimana cincin tersebut menjadikan dia antara wanita paling gembira di dunia beserta gambar cincin berlian.

Antara pendapat Amber mengenai Wiz Khalifa sebelum ini adalah dia menyifatkan Wiz Khalifa sebagai antara lelaki yang sangat baik dan tidak terlalu mengagungkan populariti yang dimilikinya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.