Adsense

Isnin, 5 Mac 2012

Sensasi

Sensasi


Gambar-gambar Fasha dan Jejai di Kursus Perkahwinan

Posted: 05 Mar 2012 03:18 AM PST

Kebelakangan nie semakin banyak gambar-gambar Fasha dan Jejai yang menunjukkan bahawa mereka tidak lama lagi bakal menjadi suami isteri.

Dari gambar pra-perkahwinan,gambar menempah gaun pengantin dan sekarang gambar Fasha dan Jejai menghadiri Kursus Kahwin..

Tak lama lagi lah nampaknya pasangan sejoli ini bakal mengukuhkan ikatan dengan ikatan perkahwinan..

Lagi gambar-gambar comel Lisa semasa mandi bunga

Posted: 05 Mar 2012 03:12 AM PST















Gambar-gambar Siti Nurhaliza di majlis pernikahan adik lelaki bungsu nya.

Posted: 05 Mar 2012 03:08 AM PST

Wah tauke simply siti dan Penyanyi Nombor satu negara,jadi mak andam untuk bakal adik ipar yang kini dah jadi adik ipar Tok Ti...

Adik bungsu Siti ,Mohd Hafiz bernikah dengan pasangannya dan dihadiri keluarga terdekat.












Leeya Hot FM dan suami bercerai talak satu

Posted: 05 Mar 2012 03:29 AM PST

Tanpa sebarang kontroversi atau khabar tentang keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio stesen popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali dengan panggilan Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin.


Enggan mengulas lebih mendalam mengenai penceraiannya bersama suami, Muhammad Ashraf Aasimudin,32 penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid,29 atau Sharifah Aleya bagaimanapun berkata hubungannya bersama bekas suaminya itu masih berada dalam keadaan baik.

"Semuanya baik-baik saja, sama seperti sebelum ini. Hubungan kami masih baik. Dia masih baik dengan keluarga saya, begitu juga dengan keluarganya," katanya ringkas apabila ditanya mengenai perkembangan kehidupannya selepas bercerai.

Sharifah Aleya dan Ashraf dilaporkan telah menjalani proses bercerai secara baik dan atas persetujuan kedua-dua belah pihak dalam satu proses tertutup pada 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Mengulas mengenai perasaannya ketika ini, Sharifah Aleya berkata sebagai seorang perempuan pastinya dia bersedih namun kehidupan perlu diteruskan.

"Saya ok saja, masih lagi waras. Semuanya ok," seloroh Sharifah Aleya sambil ketawa.

"Saya masih buat kerja seperti biasa dan bertugas secara profesional di Hot FM.

"Anak-anak juga baik-baik saja dan kalau mahu bertanyakan berkenaan hak penjagaan ke atas mereka, rasanya lebih baik tanyakanlah saja kepada Ashraf.

"Kerana rasanya, saya tidak sepatutnya memberi kenyataan yang lebih. Mungkin lebih baik bertanyakan kepada Ashraf saja," katanya.

Sharifah Aleya dan Ashraf telah berkahwin pada 10 Disember 2007 dan telah dikurniakan sepasang kembar Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.