Adsense

Sabtu, 10 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Aaron Aziz di Lords Tailor ABPBH di Kuching

Posted: 10 Mar 2012 09:30 PM PST

Seperti mana yang Budiey khabarkan di Twitter @budiey, pada hari ini, Budiey ada mengikuti rombongan artis-artis yang menggayakan pakaian tajaan dari pereka terkenal, Lords Tailor di ABPBH2011 pada 8 April ini.

Sempena dengan itu, Lords Tailor telah menerbangkan artis tajaan mereka ke Kuching bersama dengan beberapa orang media pada hari ini untuk sesi bertemu dengan peminat di Pusat Membeli Belah The Hill. Budiey juga selaku fotografer untuk Lords Tailor.

Kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 10.10 pagi tadi dan disambut oleh Sarawak Cultural Group dan para peminat. Boleh tahan ramai juga peminat Aaron Aziz yang sanggup menunggu di airport pagi tadi dan dijangka pada jam 3 petang ini, kemunculan Aaron Aziz pastinya dinantikan di The Hill Shopping Centre.

Kepada anda yang berada di Kuching, jangan lupa temu janji kita pada hari ini jam 3 petang ya. Nantikan kemunculan artis-artis seperti Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Tasha Shila, Azrel Ismail, Fadlan VIP dan Hazama.

Budiey kira ramai peminat Aaron menantikan gambar-gambar fresh dan hangat dari kamera Budiey ya.

Ini dia gambar-gambar khusus untuk peminat Aaron Aziz, Aaronators.

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Aarin Aziz Kuching

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Majlis Minum Petang High Tea Lord's Tailor di Hotel Genting
  • Lords Tailor Taja Baju Zizan Raja Lawak ABPBH 2010
  • Gambar Party Kejutan Hari Jadi Aaron Aziz
  • Gaya Moden Klasik Lords Tailor Anugerah Bintang Popular 2010
  • Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7
  • Gambar Selebriti di HIGH TEA LORD'S TAILOR
  • Sekitar Bowling Aaronators Kelab Peminat Aaron Aziz
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord's Tailor
  • Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2
  • Alvin Anthons Bakal Muncul Dengan Single Terbaru SALLY

    Posted: 10 Mar 2012 12:20 PM PST

    Alvin Anthons Mencari Sally di Jakarta

    Tak sampai pun setahun melancarkan video muzik untuk single pertama BERDUA, kini Alvin Anthons dengan bersemangatnya yang berkobar-kobar akan melancarkan pula album pertamanya yang memuatkan empat buah lagu.

    Budiey dikhabarkan album sulung Alvin Anthons akan dilancarkan pada bulan April depan.

    Alvin Anthons

    Selepas melancarkan muzik video Berdua, penyanyi berusia 35 tahun ini, menyusul pula dengan muzik video untuk single kedua berjudul Sally. Nama seorang gadis yang sebenarnya muncul dalam video klip Berdua dan sekali lagi Alvin mencari Sally di Jakarta.

    Lagu Sally merupakan single kedua nyanyian Alvin Anthons dan dicipta sepenuhnya oleh Ajai.

    Secara kebetulan, mungkin kena dengan lagu Berdua, dikatakan single Sally adalah kesinambungan kepada lagu Berdua. Oleh kerana itu, Alvin Anthons mahu menjadikan Sally ini adalah sekuel kepada lagu Berdua. Dalam kata lain, video muzik Sally ini adalah sambungan kepada kisah drama yang ada dalam Berdua.

    Masih mengekalkan lokasi yang sama, muzik video Sally ini juga diarahkan oleh pengarah bernama Almer Lipasha dan produksi yang sama iaitu InHouseKreasi Creative Production.

    Alvin Anthons

    Budiey rasa bertuah kerana menjadi satu-satunya media yang dijemput khas oleh Wake The Baby dan Alvin Anthons untuk buat liputan sekitar belakang tabir muzik video ini secara eksklusif di Jakarta.

    Sudah tentu, terima kasih Budiey ucapkan buat Wake The Baby dan Alvin Anthons yang sudi menjemput Budiey untuk terbang ke Jakarta. Lama betul sebenarnya Budiey tak ke Jakarta, akhirnya Budiey dibawa pada 7 Mac yang lalu bersama dengan penyanyi Alvin Anthons, pengurus Alvin bernama Mohan dan seorang PR dari Wake The Baby, Liza.

    Alvin Anthons

    Alvin Anthons bersama dengan penerbit muzik video Sally dan juga pereka fesyen yang juga stylish untuk Alvin bagi menjayakan muzik video ini.

    Pengambaran muzik video Sally ini mengambil masa selama 19 jam untuk disiapkan. Bermula pada jam 6 pagi waktu tempatan dan berakhir pada jam 1 pagi.

    Budiey sebenarnya kagum dengan komitmen, kesungguhan dan juga sikap beliau yang begitu positif untuk bergelar penyanyi. Mungkin kerana pengalaman 17 tahun melalui setiap liku hidup dalam industri seni tanah air banyak mengajar dirinya.

    Menghabiskan masa selama 3 hari di Jakarta, Indonesia yang lalu memberi gambaran jelas pada Budiey yang Alvin mahu pergi lebih jauh dan dia yakin untuk terus melakukan sesuatu dalam industri hiburan.

    Alvin Anthons

    Sebelum bergelar penyanyi, pemuda berbangsa India ini pernah bekerja di belakang tabir selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Dalam masa yang sama, dia melanjutkan pelajaran peringkat A Level di Advance Tutorial Centre (ATC), Kuala Lumpur dan seterusnya mengikuti pengajian diploma dalam bidang perniagaan di Kolej Binary.

    "Saya pernah bekerja sebagai kru di syarikat mengurus acara hampir tiga tahun. Saya juga belajar melihat deejay acara. Selain itu, saya pernah menjadi badut sambilan kurang daripada setahun. Pada tahun 2000, saya ditawarkan mengendalikan program bual bicara Let's Talk di RTM selama tiga musim. Saya juga pernah menjadi pengacara majlis untuk pertandingan ratu cantik melibatkan Miss World Malaysia 2007, Deborah Henry dan sebuah lagi acara membabitkan Miss World Malaysia 2008, Soo Wincci.

    Alvin Anthons

    "Paling membanggakan apabila mengendalikan konvensyen angkasawan 'Association of Space Explorers Congress' pada tahun lalu."Sekarang, saya sudah mempunyai syarikat sendiri yang mengurus acara iaitu Mainstream Entertaiment sejak tahun 2000. Karier saya lebih meluas sebagai ahli perniagaan, hos televisyen, pengacara majlis dan penyanyi," katanya yang mengakui penguasaan bahasa Malaysia dengan baik memberikan banyak kelebihan kepadanya.

    Bermula dari minat menyanyi di bangku sekolah dan menubuhkan kumpulan muzik, Alvin mula bergelar penyanyi rakaman pada tahun lalu.

    Menariknya, semua lagu dalam albumnya berbahasa Malaysia yang bertemakan cinta dengan adunan muzik pop rock.

    "Saya berjumpa dengan komposer Ajai tidak lama dulu dan baru tahun lalu kami merancang untuk membikin single pertama saya berjudul Berdua yang baru diputarkan di corong radio. Selepas ini, saya akan tampil dengan tiga single lagi sebelum menerbitkan album mini," katanya yang turut mengikuti kelas vokal dan bakal tampil dengan muzik video.

    Alvin Anthons

    Alvin Anthons

    Alvin Anthons

    Alvin Anthons

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sekitar Pembikinan Video Klip BERDUA Alvin Anthons
  • Single Kedua Infinatez Ada Masa Lagu R&B Soul Terbaru
  • Lagu Learning You dari Alvin MY Infinatez
  • Profile Alvin Tay
  • Gambar Selebriti di Pelancaran Aiskrim Magnum Perisa Choco Cappuccino
  • Alvin and The Chipmunks di TV2
  • Kakiku Kaku Single Terbaru MImie Haris
  • INFINATEZ LAHIR SINGLE KEDUA ADA MASA
  • Hunny Madu Launching Debut Album Pulau Janji
  • Infinatez Kini Tinggal Berempat