Celebrity News |
- Zuriat Anda Dan Doa Inginkan Zuriat
- Cara Mencari Pasangan Yang Sempurna
- Air Penapis 3 Peringkat
- Apple iPad 3 | Spesifikasi iPad 3 | VIdeo iPad 3 | Harga iPad 3
- Tahniah - Harith Iskander Kini Seorang Ayah, Zander Xayne Iskander Nama Diberi
- 12 Gambar Comel Anak Intan Sarafina
- Empat Finalis Program Raja Lawak 6 Akan Berentap Di Pentas Akhir
Zuriat Anda Dan Doa Inginkan Zuriat Posted: 10 Mar 2012 04:31 AM PST Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat MAFATIHUL GHAIB yang terkandung dalam surah Al-An'am ayat 59 yang bermaksud, "Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa? Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan. Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kadang-kadang letaknya disebelah kanan, kadang-kadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung KANAN, maka akan lahir bayi LELAKI dan sekiranya terletak pada sebelah KIRI rahim, akan lahir bayi PEREMPUAN" Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya adalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran. Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut. Caranya: 1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki. 2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur MIRING sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring. 3. Hasilnya : Bila ingin anak LELAKI, miring ke KANAN dan jika ingin anak PEREMPUAN miring ke KIRI. Teori ini juga merupakan DAYA USAHA dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya DI LUAR BATAS KEMAMPUAN MANUSIA. SEMUANYA DITENTUKAN ALLAH SWT. Namun kita digalakkan BERIKHTIAR Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya "Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" -----> "Berilah isteri makan VITAMIN B semenjak MULA hamil hingga 8 BULAN setiap hari 3 kali - 2 biji sekali" <----- Memakan VITAMIN B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan VITAMIN B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah LELAKI. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba. -----Amalan Suami Semasa Isteri Mengandung------ Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung: a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah. e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan bergaul dengan orang-orang soleh. g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri. h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, RASUAH serta wang RIBA. i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. j. Dilarang membuka aurat kerana dikhuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti. k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah AnNahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi. -----Adab Suami Ketika Isteri Sedang Mengandung----- Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri SANGAT SENSITIF pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung : a. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "Laa ila ha illa anta subha naka inni kun tu minazzolimin" maksudnya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasu k di kalangan orang yang zalim" f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. -----Dorongan Suami Semasa Isteri Bersalin----- Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan BEBAN dan TEKANAN terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan EMOSI. Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan TEKANAN JIWA dan EMOSI isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu. -------Mengapa Bayi Lahir Menjadi kenan------- Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya. -----Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak----- 1. MENANAM URI - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan URI Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali URI dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil URI, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan URI adalah TEMAN RAPAT BAYI DI DALAM KANDUNGAN. URI amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah BAIK kerana menghargai sesuatu. 2. MENGAZAN dan MENGQAMATKAN bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan ALLAH di alam Rohani. 3. MENDOAKAN anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Berdoa adalah satu USAHA. DOA merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. ---Lima Perkara Yang Mempengaruhi Jiwa Dan Harapan Orang Yang Berdoa--- a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat. b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT. c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah. d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT. e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Cara Mencari Pasangan Yang Sempurna Posted: 10 Mar 2012 04:28 AM PST Suatu hari, Mulla Nasruddin berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang. "Besok saya bakal menikah, Mulla," kata temannya dengan nada gembira. "Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Mulla pernah berfikir untuk menikah?" tanyanya. Nasruddin tersenyum dan berkata, "Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya." "Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia." "Di isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjangkan keagamaan." Tanya temannya, "Mulla seterusnya pergi ke mana?" Nasruddin kembali tersenyum "Saya lupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik." "Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna!" "Habis, kenapa Mulla tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?" Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Nasruddin membalas, " Itulah, DIA JUGA MENCARI SUAMI SEMPURNA!" :) Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Posted: 10 Mar 2012 04:27 AM PST Kita begitu bimbang dengan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari. Untuk memastikan air yang kita minum itu bersih dan selamat, kita pun membeli penapis air yang beribu harganya. Tetapi bagaimana dengan kebersihan rohani kita? Adakah "makanan" yang sampai ke jiwa kita itu bersih? Pada zaman dahulu, ada seorang guru yang sangat alim. Suatu hari guru ini didatangi oleh seorang muridnya. "Wahai guru, mahukah guru mendengar satu cerita tentang seorang guru lain yang tinggal di kampung sebelah?" "Tunggu dulu. Sebelum kamu memberitahu cerita itu, saya ingin menjalankan sedikit ujian yang dipanggil "penapisan tiga peringkat" "Penapisan tiga peringkat?" "Ya, betul. Sebelum kamu bercerita tentang guru itu, mungkin ada baiknya kita berfikir sejenak dan menapis setiap perkataan yang bakal keluar dari mulut kamu Sebab itulah saya menamakannya "penapisan tiga peringkat". Peringkat pertama ialah KEBENARAN (truth). Adakah kamu benar-benar yakin cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu, cerita benar? "Tidak, sebenarnya saya baru saja terdengar cerita itu dan...." "Baiklah..jadi kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang, kita cuba peringkat kedua pula iaitu KEBAIKAN (goodness). Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya tentang guru itu, sesuatu yang baik?" "Tidak, sebaliknya...." "Jadi, kamu akan menyampaikan sesuatu yang tidak elok tentang guru tersebut dan juga kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang tinggal satu lagi peringkat iaitu peringkat ketiga. Peringkat ketiga ialah MANFAAT (usefulness). Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu akan memberi manfaat dan kebaikan kepada saya?" "Tidak juga..." Murid itu terdiam. "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat dan Maha Penyayang" (al Hujurat, 49:12)Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Apple iPad 3 | Spesifikasi iPad 3 | VIdeo iPad 3 | Harga iPad 3 Posted: 10 Mar 2012 01:54 AM PST Apple telah melancarkan versi terbaru iPad iaitu iPad 3 dengan paparan Full HD 3.1 juta pixel. Ianya dan juga di lengkapi dengan cip pemprosesan yang terbaru iaitu A5X. iPad 3 akan memasuki pasaran dunia pada 16 Mac ini dengan harga USD$499 hingga USD$829.( Darab duit Malaysia RM x USD$499/USD$829) Spesifikasi iPad 3:
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Tahniah - Harith Iskander Kini Seorang Ayah, Zander Xayne Iskander Nama Diberi Posted: 10 Mar 2012 01:29 AM PST Twitter Harith Iskander Jezamine Lim telah selamat melahirkan seorang bayi seberat 3.89kg dan diberi nama Zander Xayne Iskander. Namun jantina masih menjadi teka-teki sebab sumber tidak memberi tahu jantina anak Harith dan Jezamin. Semoga anak yang dilahirkan akan menjadi anak yang soleh/soleha. Insyallah Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
12 Gambar Comel Anak Intan Sarafina Posted: 10 Mar 2012 01:16 AM PST Inilah gambar yang ZoOm jumpa di Facebook Intan Sarafina, wajah comel dan manja anak Intan membuatkan ZoOM tertarik untuk menulis post mengenai keluarga ini. Mungkin beliau sudah jarang berada di kaca TV kerana menunaikan tanggungjawap sebagai isteri. Nampak bahagia dan sempurna je keluarga ini, di mata ZoOM kehadiran anak-anak tersayang yang comel macam ni sudah pasti akan menyerikan hidup sesiapa sahaja yang berkeluarga. Semoga keluarga ini kekal bahagia dan semoga hubungan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat. Insyallah Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Empat Finalis Program Raja Lawak 6 Akan Berentap Di Pentas Akhir Posted: 09 Mar 2012 11:42 PM PST Empat finalis bakal berentap pada pentas akhir musim keenam yang bakal berlangsung pada 16 Mac ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kejutan itu diumumkan pada gelanggang separuh akhir (minggu kesembilan) di Pusat Penyiaran Asia, Astro, Bukit Jalil, di sini, malam Jumaat. Empat peserta yang bersaing pada minggu separuh akhir adalah kumpulan 2Yol, Cuit, Shiro dan Zero. Para peserta musim ini diadili tiga pengkritik tetap iaitu produser David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusly. ZoOM : Anda Rasa Siapa Akan Menjadi JUARA Program Raja Lawak 6 Kali ini ? adakah Shiro atau Zero ? sama-sama kita tunggu dan lihat siapakah bakal menjadi Juara kali ini. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |