Adsense

Jumaat, 10 Februari 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Ana Raffali berubah

Posted:

Ana Raffali berubah

Ana Raffali berubah

khadijah.ibrahim@utusan.com.my


ANA RAFFALI dan Ahmad Aznaim Abdullah sewaktu mengunjungi pejabat S3 untuk menyerahkan undangan perkahwinan mereka baru-baru ini.


ITULAH yang diberitahu oleh Ana Raffali kepada S3, sewaktu dia dan tunangnya, Ahmad Aznaim Abdullah datang ke pejabat untuk menyerahkan kad undangan perkahwinan mereka.

Yang nyata, kehadiran gadis manis itu mendapat perhatian kerana ramai yang terpegun melihat keayuan wajah Ana yang kini sudah bertudung.

Ana yang mengenakan kurung biru ketika hadir ke pejabat S3 berkata, dia mula mengenakan tudung sejak 5 Februari lalu sempena sambutan Maulidur Rasul.

"Semuanya berlaku tanpa dirancang. Pada hari itu Ana ada sesi foto dengan pensyarah di studio dekat Melawati. Sambil kerja kami berbual hal-hal agama.

"Masa selesai kerja, Ana ambil tudung yang memang ada dalam studio itu pakai dan keluar. Pensyarah tanya nak ke mana, Ana kata nak pergi umrah sebab sebelum itu dia bercerita tentang niatnya nak ke Mekah," ceritanya.

Kata Ana, orang pertama yang diberitahu tentang hasratnya untuk bertudung ialah Naim. Itupun hanya melalui BBM (Blackberry Messenger) dan pemuda itu membalas dengan perkataan 'alhamdulillah'.

Menurut Ana, sewaktu pergi ke studio tersebut, dia masih berpakaian seperti biasa dan tudung yang sedia ada di situ adalah tudung pemberian sebuah badan korporat sewaktu mengadakan persembahan dulu.

"Sedikit pun tidak rasa kekok sewaktu mengenakan tudung itu, macam sudah biasa pula. Lepas itu, Ana terus ke Wangsa Walk, Wangsa Maju, membeli tudung untuk bekalan seminggu," katanya.

Menyambung cerita, kata Ana setiba di rumah, dia ditegur ahli keluarga yang bertanya adakah itu imej baru Ana Raffli.

Bagaimanapun tegas Ana, itu bukan imej baru tapi merupakan satu tanggungjawab. Malah kata Ana, dia amat bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya untuk berhijrah dari segi penampilan.

"Selama ini Ana tidak pernah ada sasaran atau perancangan untuk memakai tudung. Bila orang tanya bila nak bertudung, Ana minta mereka doakan agar Allah buka hati untuk Ana pakai tudung cepat.

"Alhamdulillah, kini doa orang ramai dan doa Ana dimakbulkan," katanya tersenyum.

Jessica teruja jadi pengantin

Posted:

Jessica teruja jadi pengantin

Jessica teruja jadi pengantin

MELAKONKAN watak Kang Jonghee di samping aktor Lee Dongwook dalam drama Wild Romance yang disiarkan setiap Rabu dan Khamis di saluran KBS, Jessica, sering menjadi bahan bualan.

Menerusi drama lakonan pertamanya, anggota Girls Generation itu menjadi bualan kerana adegan bercumbu dengan aktor tersebut.

Selepas itu, Jessica yang bijak menggunakan popularitinya itu, memaparkan foto dia berpakaian pengantin di laman sosialnya.

Dia yang mendapat pujian ramai kerana watak antoganis dalam drama itu berkata, disebabkan pertama kali dia memakai pakaian pengantin untuk drama, hatinya begitu teruja.

"Ini adalah pertama kali saya mengenakan pakaian pengantin untuk watak yang saya lakonkan. Hati terasa amat teruja dan saya ingin berkongsi kegembiraan ini dengan para peminat," katanya.