- Blog Hanz - |
- Pakaian wanita yang buat lelaki terbeliak biji mata dicipta
- Teknik Menyusukan Bayi Dengan Betul
- 6 Panduan Buat Suami Isteri
- Urutan Cinta Yang Perlu Diketahui
Pakaian wanita yang buat lelaki terbeliak biji mata dicipta Posted: 09 Feb 2012 01:00 PM PST |
Teknik Menyusukan Bayi Dengan Betul Posted: 09 Feb 2012 12:49 PM PST
Posisi Penyusuan
Penyusuan pasangan kembar
Pelekapan Cara yang betul menyusukan bayi
Cara pelekapan yang betul
Cara pelekapan yang salah
|
Posted: 09 Feb 2012 12:46 PM PST Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil. Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan 'sudah gatal' hendak berkahwin. Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan. 1. Berupaya Galas Tanggungjawab Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi. Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. 2.Periksa Status Kewangan Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini. 3.Matang Membuat Keputusan Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya. Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara. 4. Dapatkan Restu Orang Tua Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati. 5. Tolak Ansur Kunci Bahagia Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah. 6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan. |
Urutan Cinta Yang Perlu Diketahui Posted: 09 Feb 2012 12:43 PM PST Hubungan seks lebih seronok jika dimulakan dengan foreplay. Mungkin sebelum ini teknik usapan serta bisikan manja menjadi amalan tetapi tidak salah dengan tambahan urutan yang mengghairahkan. Selain menyihatkan ia juga satu aktiviti yang menyeronokkan terutamanya bagi pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Tentunya lokasi yang paling sesuai ialah di kamar tidur atau sekiranya anda sedang berbulan madu, maka gunakan ruang 'persendirian' yang diberi sebaik-baiknya. Bersedia dengan alas kain yang lembut serta taburkan beberapa jenis bunga seperti lili, melati dan ylang-ylang untuk membangkitkan suasana ghairah. Di samping itu, pastikan cahayanya juga sedikit samar atau mungkin untuk lebih romantik maka nyalakan beberapa batang lilin aromaterapi yang tentunya 'menghidupkan' malam anda. Setelah itu, dapatkan pakaian 'tukang urut' yang sesuai. Gunakan material yang lembut bagi menarik perhatian suami. Bayangkan, saat pakaian anda menyentuh tubuhnya, pasti sensasi seksual dirasai sekalipun jemari masih belum menyentuhnya. Susuli dengan urutan yang lembut. Bukannya urutan tukang urut biasa yang menyakitkan ya. Variasikan dan biarkan gerakan jemari anda menjelajah ke seluruh tubuhnya. Selagi ia perlahan, lembut dan tidak menyakitkan maka anda sebenarnya telah berjaya. Berikut beberapa jenis urutan yang boleh digunakan sebagai panduan. Cubalah! 1. Gerakan Bulu-bulu Gunakan salah satu tangan dengan jari tengah untuk mengurut di bahagian tulang belakang. Lakukan silih berganti hingga ke bahagian tulang punggung. 2. Gerakan Kupu-kupu Lebarkan jemari anda dan letakkan ke tubuh pasangan dengan lembut. Mulakan gerakan berputar (seperti kupu-kupu berterbangan) dan biarkan ia menjalar ke atas dan bawah. Susuli dengan usikan-usikan manja sehingga dia terasa teruja. 3. Mengepal Tangan Urutlah pasangan dengan kedua belah tangan dikepalkan sementara ibu jari menekan (di bahagian sisi ibu jari dan bahagian tengah ibu jari) ke atas dan bawah sisi tubuh serta belakang kaki. 4. Meramas Bahu Urutan ini cukup mudah dilakukan. Hanya ramas bahagian bahu, tengkuk serta lengan bagi membuatkan pasangan tenang dan selesa. 5. Urutan Tubuh Mempraktikkan teknik ini pasti membangkitkan sensual pasangan untuk terus melanjutkan aksi ke peringkat seterusnya. Selain mengghairahkan, ia juga membuatkan pasangan berasa sangat selesa. Berikan dakapan hangat penuh mesra. Haruman losyen serta suasana romatik yang sengaja diatur membuatkan detik yang dilalui cukup bermakna. Tips Ketika melakukan urutan sensual : - Tanggalkan segala perhiasan yang menempel di tubuh seperti cincin, rantai, jam tangan dan sebagainya kerana ia mampu mencederakan tubuh pasangan sekali gus merosakkan 'mood' yang telah diatur. - Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih ketika jemari 'menguasai' tubuh pasangan - Gunakan bantuan bulu-bulu seperti burung kasuari bagi mencetuskan sensasi yang menggelikan namun menyenangkan. - Hadiahkan pasangan dengan senyuman yang ikhlas ketika jemari anda menyatu di tubuhnya. Sambil-sambil itu bisikkan ungkapan cinta di telinganya - Lakukan urutan secara bergilir-gilir. Usah harapkan sebelah pihak sahaja yang 'bekerja' sebaliknya bekerjasamalah untuk hasil yang menyeronokkan. |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |