Sensasi |
Posted: 22 Feb 2012 07:28 AM PST Duaa hari lepas Sensasi ada menceritakan tentang Hotel dan Restaurant di Hong Kong Disneyland di part 1,hari nie nak cerita pasal Taman Tema pula..jom.. Jom kita ke Tarikan terbaru Disneyland Hong Kong iaitu Toy Story Land yang diilhamkan dari Pixar Movie Toy Story. Di sini terdapat perbagai permainan yang menarik untuk di cuba seperti RC Racer, Slinky Dog Spin dan Toy Soldier Parachute Drop.
Ini adalah 'Barrel of Fun' di mana kita boleh berjumpa , bersalaman dan bergambar dengan karektor dalam Toy Story movies. Sangat teruja apabila dapat bergambar bersama kerektor kesayangan.
Suasana di dalam Toy Story land iaitu di Andy's Backyard penuh fantasi dan seolah olah berada di alam permainan kanak kanak. Di sini juga terdapat tempat untuk beristirehat sambil menjamu selera iaitu di Jessie's Snack Roundup di mana ada terjual frozen yougurt, Mickey Cookie dan Pizza Cone dan satu lagi gerai iaitu Frozen Lollipops Cart.
Bergambar bersama dinasour REX yang berada di salah satu sudut dalam Toy Story land.
Ini adalah permainan RC Racer. Permainan ini memberi rasa thrill dengan kelajuan yang tinggi bersama rasa tarikan gravity. Pergerakan ke hadapan dan kebelakang dengan kelajuan yang tinggi di atas track yang berbentuk U memberikan rasa yang sangat best. Sensasi jerit kuat kuat semasa menaiki RC Racer, baru puas hati dan sangat teruja. 'Aaaaaaaaaaaaaaa' jeritan yang sangat best !!!
Ini pula adalah Slinky Dog Spin. Salah satu permainan dalam Toy Story movie. Slinky Dog bersedia untuk berlari!!! Pusing dan pusing….
Ha….ni pula adalah Toy Story Parachute Drop….sensasi berasa seolah olah menaiki payung terjun…seronok sangat, tapi bagi orang yang gayat cuba tutup mata atau jangan pandang ke bawah. Sensasi tak gayat jadi dapat lihat sekitar pemandangan dalam kawasan Disneyland park. Sangat cantik….perlahan lahan naik ke atas dan ooooooo, kita dijatuhkan daripada langit dengan Toy Soldiers yang sedang berlatih payung terjun. Sangat thrill dan terasa macam badan melayang jer.
Bergambar di salah satu sudut dalam Toy Story land. Bagi yang minat dengan kapal terbang boleh bergambar di sini. Sangat menarik !!!
Ada lagi dua tarikan utama Disneyland iaitu Adventureland dan Tommorrowland.
Jom tengok gambar sekitar Adventureland. {Adventureland} revised
Sesuai dengan namanya,Adventureland memberikan rasa thrill dan adventureyang sungguh menyeronokkan antaranya seperti Tarzan's Tree House, Raft to Tarzan's Tree House (rakit naik beramai-ramai), Jungle River Cruise, Pertunjukkan Lion King dan pelbagai restoran dan kedai untuk berehat dan bersantai sebentar.
Naik Rakit beramai-ramai ke rumah Tarzan..
Dapat jugak sensasi merasa pengalaman naik rakit di Hong Kong Disneyland ni. Teruja betul rasa, maklumlah kali pertama naik rakit…
Ha….kat belakang tu lah Tarzan's Tree house… cantik kan….memang suatu pengalaman yang manis dan berharga, sebab rasa macam berada di rumah tarzan yang sebenar.
Tarzan's tree house and the Tarzan himself..ehhh…bukan..
Tarzan menjemput semua untuk mengeksplore rumahnya di atas pokok itu..katanya penuh rahsia dan adventure
Bila masuk je ke Tarzan's tree house terdengar bunyi tangisan bayi..tetapi tiba-tiba bertukar menjadi jeritan tarzan..OoooooOOoo..haha memang kelakar.
Permandangan dari atas Tarzan's Tree house. Sangat cantik…kelihatan seluruh kawasan Adventureland. Sensasi sempat berposing di sini…
Sensasi kemudian mencuba pengalaman menaiki Jungle River Cruise. Satu lagi pengalaman yang tidak dapat sensasi lupakan.Sepanjang perjalanan mengharungi sungai,kelihatan gajah gajah menyemburkan air, ada banyak buaya, ada batu berbentuk muka mengeluarkan api,dan api merebak kat atas air dan ada juga perkampungan orang Utan. Tidak lupa juga kepada pemandu pelancong dalam bot kami yang sangat peramah dan lucu.
Nie semua gambar gambar permandangan yang dilalui sepanjang perjalanan di sungai.
Adventureland
Satu lagi tarikan dalam AdventureLand iaitu Festival of The Lion King adalah pertunjukan musical dan tarian di inspirasikan daripada cerita The Lion King. Memang best dapat tengok teater ni.
Setelah penat menerokai AdventureLand, sensasi singgah sebentar berehat dan menjamu selera di Tahitian Terrace yang berada di kawasan ini. Masakan Asia Selatan tersedia di sini seperti mee sup dan masakan ala ala India seperti nasi beriyani pun ada…
Jom kita melihat Tommorrowland pula
Ada banyak tarikan menarik yang berada di sini seperti Space Mountain, Stitch Encounter, Orbitron, UFO Zone, Autopia dan Buzz Lightyear Astro Blasters.
Yang ini adalah Space Mountain Roller …Dalam gelap.. Memang best,memula semasa roller Coaster mendaki ke atas,boleh Nampak planet-planet dan bintang-bintang seolah-olah anda berada di angkasa lepas.Space mountain nie memang laju,dia takda tunggang terbalik,tapi dia ada korner baring,menjunam hehe jadi memang thrill dan menyeronokkan.sangat-sangat cantik. Tengok je lah rupa kami yang di candid semasa menaiki Mountain Space.kelakar okey.haha
Ini dia sebelum menaiki Space Mountain…berdebar debar rasa…sbb ade papan tanda amaran kelajuan melampau…tapi kalau tak cuba rugi tau!!!
Pening lepas naik Space Mountain, tapi sangat berbaloi ..kalau kengkawan dating sini kene cuba tau….
Okey Buzz Lightyear Astro Blasters nie pulak permainan menaiki train menolong Buzz Lightyear menembak musuh dengan laser yang diberikan sorang satu.Bila tembak musuh ,markah akan diberikan tertera depan kerusi tmpt kita duduk. Battery boleh discharge dengan menembak battery yang berada di kawasan itu.memang menyeronokkan..Tergelak sakan sensasi.kerusi ada joystick dimana kerusi boleh dipusing 360 darjah kerana musuh berada di sekeliling. Kerusi jenis dua orang boleh naik sekali.dan bersambung dengan kerusi lain.
Ini pula ialah Stitch Encounter, berinteraksi dan bermain bersama Stitch di the Space Traffic Control center. Setiap show yang ditayangkan adalah berlainan cerita. Sangat menarik….
Sensasi sempat bergambar di suatu sudut dalam kawasan Tomorrow land. Menarik kan….
Ada juga pertunjukkan Golden Mickey yang sangat menghiburkan..Ianya seperti Drama Musikal yang dipersembahkan oleh Karakter Disney seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donal Duck, Goofy, Pluto, Belle, Beast, Tarzan, Woody, Jessie, Quasimodo, Stitch, Mulan dan Captain Chang. Sungguh cantik dan tarian juga menarik dan memukau penonton.
Sebenarnya banyak lagi yang menarik di Hong Kong Disneyland, ada pelbagai kedai cenderamata dan kedai makan dan minuman juga.
Apalagi,cepat-cepat plan percutian anda ke Disneyland Hong Kong.Memang menyeronokkan dan berbaloi wang anda bercuti ke Hong Kong Disneyland.
Sensasi pasti akan pergi lagi dimasa akan datang.. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |