Adsense

Rabu, 22 Februari 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Mata, Hidung Berdarah Buat Cat Farish Bimbang

Posted: 21 Feb 2012 09:28 PM PST


Cat Farish.
 
KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish akan lebih peka dalam menjaga kesihatan dirinya selepas terlantar sakit di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini selama seminggu akibat penyakit darah tinggi.
Cat berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengetahui mempunyai penyakit berkenaan namun menganggap kejadian tersebut sebagai satu peringatan buatnya.
"Sebelum ini saya tidak pernah sakit sebegini dan ia adalah kali pertama dimasukkan ke hospital dalam waktu yang lama malah dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari.
"Ia benar-benar telah membuka mata saya untuk lebih mementingkan kesihatan dan tidak hanya sibuk dengan kerja," ujarnya.


Cat ditemui pada majlis sidang media teater muzikal Gerimis Mengundang di Istana Budaya pada Selasa.
Dalam pada itu, Cat berkata, doktor memberitahu tekanan darah yang tinggi akibat kurang rehat dan bebanan kerja telah menjadi faktor kepada keadaan itu selain otaknya juga turut aktif ketika tidur.
Tambahnya, dia bergegas ke hospital apabila hidungnya mengeluarkan darah tanpa henti selama sembilan jam dan diberitahu bahawa salah satu sel hidungnya telah pecah.
"Tambah rumit apabila darah turut keluar daripada mata saya dan telah memaksa pihak hospital untuk menempatkan saya di ICU selama dua hari.

Dalam perkembangan sama, Cat memberitahu penyakit tersebut mungkin berpunca daripada sikapnya sendiri yang terlalu mementingkan kerja sehingga lupa untuk menjaga kesihatan.
Ujarnya, tanggungjawab di pejabat telah membuatkan dirinya lalai namun berjanji akan lebih serius menjaga kesihatan demi isteri dan anak-anaknya yang sedang membesar.
"Sebelum kejadian saya kerja macam orang gila dan balik rumah pun lambat. Tetapi sekarang saya akan pastikan sebelum pukul enam petang akan tiba ke rumah dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal kerja," katanya.

Mandi Bunga, Khatam Al-Quran Petua Lisa Surihani Sebelum Naik Pelamin

Posted: 21 Feb 2012 09:24 PM PST

 
 


PETALING JAYA: Walaupun dibesarkan dalam dunia moden, pelakon jelita, Lisa Surihani, masih lagi melakukan amalan tradisi Melayu sebelum bergelar isteri kepada Yusry Abdul Halim pada 23 Februari ini.
Lisa berkata, dia telah memenuhi kehendak ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sempena perkahwinan tersebut.
"Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan.
"Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya bernama Huda.
"Kemudian, dua hari selepas itu pula majlis khatam Al-Quran diadakan bersama saudara-mara wanita sahaja. Malah seminggu sebelum itu, saya meminta penyanyi Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji agar dapat melancarkan lagi ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Lisa, dia berasa seronok dengan amalan yang diadakan bersama teman rapat dan keluarga kerana merasakan seperti kembali mempraktikkan budaya nenek moyang yang semakin dilupakan.

Lisa dan Yusry sedang giat mengadakan persiapan terakhir perkahwinan mereka.
 
"Selepas mengadakan majlis khatam Al-Quran, berinai dan mandi bunga, terasa sejuk sangat hati dan pada masa sama ia dapat menenangkan jiwa tau," katanya yang turut mendapat bantuan dua lagi teman karibnya, Jihan dan Ili, dalam hal persiapan perkahwinannya itu.
Yusry dan Lisa akan diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tiga hari selepas itu.
Kedua-dua mereka akan memakai busana rekaan Butik Cosry untuk kedua-dua acara iaitu hari pernikahan dan persandingan.
Pada majlis resepsi nanti, ruang dewan akan dihias dengan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage.
Bagi makanan untuk kedua-dua majlis nanti pasangan tersebut menggunakan khidmat "Kuzie Catering".
Sementara itu, Lisa memberitahu, ibunya telah memberi pelbagai nasihat sebagai persediaannya melalui fasa hidup berumah tangga.
"Ibu saya berkata, bila dah bergelar isteri, maka perlulah bertolak ansur, tidak melatah dan tidak boleh membantah kata suami.
"Macam-macam lagi dia nasihat, dan yang paling penting, saya perlu tahu bahawa alam rumah tangga tidak selalunya indah dan ada masanya, ia boleh mengganggu diri jika tidak pandai mengawal emosi.
"Insya-Allah, semoga saya mengikuti setiap kata-katanya. Saya juga berharap agar mereka di luar sana mendoakan kebahagiaan kami," tuturnya yang akan berbulan madu di Eropah selepas majlis perkahwinan itu nanti.