Sensasi |
- Video Kelakar: Temu Ramah bersama Rooney dalam bahasa Melayu
- Manohara sudah berkahwin dengan gabenor Sulawesi Tenggara, Nur Alam?
- Komen Nora Danish tentang hubungannya dengan Apek
- Rita menangis mengenangkan rumahtangga,namun tetap seorang yang kuat dan berdikari
- Gambar Fasha Sandha pakai uniform sekolah menengah
Video Kelakar: Temu Ramah bersama Rooney dalam bahasa Melayu Posted: 08 Feb 2012 07:30 PM PST hahaha,kelakar,especially bila muka Rooney senyum..suke buat muka comel |
Manohara sudah berkahwin dengan gabenor Sulawesi Tenggara, Nur Alam? Posted: 08 Feb 2012 07:16 PM PST Baru sahaja menafikan dirinya tidak mempunyai teman lelaki, kini model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot didakwa sudah berkahwin dengan seorang gabenor Sulawesi Tenggara, Nur Alam secara rahsia. Berita tersebut hangat diperkatakan selepas gambar mesra Manohara memakai blaus putih jarang yang menutupi badannya dan gabenor di atas sebuah bot tersebar luas di internet. Walaubagaimanapun pengurus kepada model berusia 18 tahun itu, Tintin tampil menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa walaupun rapat. "Ya, Manohara sering dijemput untuk menghadiri pelbagai acara. Namun bukan dia sahaja yang sering diundang. Ada juga artis-artis lain. Sudah namanya promosi. Mereka memang rapat, tetapi ia tidak bermakna mereka mempunyai sebarang hubungan istimewa," ujar Tintin ketika dihubungi Kapan Lagi. Tintin turut menafikan khabar angin yang mendakwa bekas isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry ini sudah berkahwin dengan Nur Alam. "Tidak benar sama sekali! Ia hanya gosip. Kita tidak boleh lakukan apa-apa dan hanya mampu menafikannya jika gosip tersebut tidak benar," jelasnya lagi. Sebelum ini model kelahiran Jakarta mengakui dirinya masih belum mempunyai teman istimewa selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan daripada kerabat diraja negeri Kelantan. |
Komen Nora Danish tentang hubungannya dengan Apek Posted: 08 Feb 2012 07:13 PM PST Macam-macam gossip timbul tentang pemain bola sepak negara,iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Selain dikatakan punca keretahan hubungan Liuney, jurumekap di kelantan dengan tunangnya Hisham. Apek (KFCM) juga dikatakan mula berdating dengan Nora Danish . Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya. Nora ketika dihubungi semalam juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji. "Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya. "Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia," katanya "Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus," ujarnya. |
Rita menangis mengenangkan rumahtangga,namun tetap seorang yang kuat dan berdikari Posted: 08 Feb 2012 07:07 PM PST
Bahagia yang diharapkan, air mata menjadi peneman. Rita yang ditemui di kediamannya pada hujung minggu lalu mengakui hati wanitanya terguris dan menangisi apa yang berlaku terhadap rumah tangganya. "Tipulah kalau saya kata saya tidak pernah menangis atau bersedih dengan apa yang berlaku. Saya menangis untuk lepaskan segala beban yang ada di dalam hati. "Selepas itu saya boleh berfikir dengan selesa dan rasional. Jika saya pendam, kepala saya lagi berserabut. Setiap orang yang berkahwin mengharapkan kebahagiaan tetapi mungkin sudah ini bahagian saya yang diberikan Allah. Saya terima dan laluinya dengan reda," katanya sambil memangku anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia tiga tahun. Bukan sekali tetapi kali ini sudah kali kedua rumah tangganya dilanda ribut sebegini. Pada Oktober 2010, Aidil membuat tuntutan hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin dan permohonan perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban. Kemudian pada 20 Januari lalu, selepas Aidil keluar dari rumah mereka, Rita telah menerima surat tuntutan berhubung anak-anak mereka daripada Aidil dan kini perkara itu telah diserahkan kepada peguam yang dilantik oleh Rita. Sebelum itu, Rita terlebih dahulu telah 'berperang' di Twitter dengan kembar Aidil, Zaquan Adha yang juga suami kepada aktres Ayu Raudhah. Meskipun bertimpa-timpa masalah rumah tangga dan hubungan bersama keluarga mertua melanda Rita, namun ibu kepada Aidit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang baru berusia sembilan bulan itu kekal tabah mengharungi segala pahit manis kehidupan berumah tangga. "Apapun masalah, tidak kisahlah rumah tangga atau masalah lain, besar atau kecil masalahnya, saya kena hadapi dan selesaikan dalam keadaan yang tenang. "Saya sudah biasa hidup berdikari, sendirian dan tidak bergantung kepada orang lain, jadi saya boleh terima. Pengalaman yang lepas-lepas saya jadikan pengajaran dan panduan untuk saya," ujarnya yang popular dengan filem Mami Jarum. Disoal di manakah dia mencari kekuatan untuknya terus berdiri dan menghadapi segala cabaran yang datang, balasnya sambil merenung panjang: "Kekuatan adalah diri saya sendiri dan bila ada anak, kekuatan itu bertambah. "Saya kini bukan sahaja perlu tabah untuk diri sendiri tetapi juga anak-anak yang memerlukan perhatian saya kerana mereka masih kecil. Saya tidak mahu masalah saya dan suami menjejaskan anak-anak." Sebelum bernikah dengan Aidil, Rita pernah bergelar janda selama tujuh tahun. Andai kata kemelut rumah tangganya tidak surut dan berakhir dengan perceraian sudah bersediakah Rita untuk hidup sekali lagi tanpa suami di sisi? "Tidak ada orang yang berkahwin mahu bercerai, tetapi saya bersedia dan kekal positif dengan segala kemungkinan yang ditentukan Allah. Harapan saya hanya satu, walaupun apapun yang terjadi, saya hanya ingin yang terbaik untuk saya dan anak-anak, itu sahaja." Hampir sebulan Aidil tidak pulang ke rumah, kata Rita yang tinggal bersama dua anaknya bersama seorang pembantu rumah, dia tidak pernah menghalang suaminya berjumpa anak-anak kerana sehingga kini mereka masih pasangan suami isteri. "Walau apa yang terjadi, Aidil pada mata saya tetap seorang ayah yang baik, dia memang sangat sayangkan anak-anak dia," tuturnya. Apabila rumah tangganya dilanda badai, Rita tidak mengambil sikap berdiam diri, sebaliknya dia cukup terbuka dalam memberi kenyataan kepada pihak media. Impaknya, satu Malaysia tahu rentetan rumah tangganya. Rita bukan sengaja mencari kontroversi, apatah lagi kisah yang dipaparkan media adalah kisah rumah tangganya sendiri. Bagaimanapun, Rita mempunyai sebab untuk berbuat demikian, sebabnya dia enggan hipokrit dengan dirinya dan juga orang di luar sana. "Saya artis, orang kenal saya. Kalau saya sembunyikan perkara sebenar, lambat-laun orang tahu juga. Saya bercakap benda yang betul, daripada perkara ini keluar daripada mulut orang lain adalah lebih baik keluar daripada mulut saya sendiri, faktanya lebih tepat. "Memang benar orang kata saya buka aib sendiri tetapi kalau itu perkara yang betul dan benar-benar terjadi kenapa saya harus sembunyikan. Akhirnya orang akan tahu juga, lainlah kalau saya ini bukan artis, saya berkahwin atau bercerai dan apa sahaja yang berlaku pada saya tiada siapa yang ambil peduli tetapi hakikatnya bukan begitu," bicaranya lagi. |
Gambar Fasha Sandha pakai uniform sekolah menengah Posted: 08 Feb 2012 06:58 PM PST Fuh dah berapa hari tak update blog sbb spend time with mak dan adik beradik waktu cuti,menyebabkan sensasi dpt penyakit malas untuk mengupdate... Dalam tengah kemalasan nie jum ushar gambar Fasha dalam drama Seindah Sakura arahan Zulhuzaimy ,dimana Fasha berlakon dengan Fahrin Ahmad dan yang menariknya Fasha jadi budak sekolah. So cutee.. Kelakar: Fahrin Ahmad meng-upload gambar Fasha sedang menguap...candid...moral of the story,cover lah mulut semasa menguap..hehe |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |