Adsense

Rabu, 8 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Ana Raffali Berhijrah Sempena Maulidur Rasul | Ana Raffali Bertudung

Posted: 08 Feb 2012 07:11 AM PST

Alhamdulillah akhirnya Ana Raffali telah berhijrah dengan memakai tudung dalam penampilan terbaru sempena Maulidur Rasul. Inilah gambar yang sempat ZOoM jumpa dalam internet untuk tatapan anda di ZoOMartis.






Apa kata anda mengenai gambar ini..nampak cantikkan Ana memakai tudung, apatah lagi tarikh perkahwinan beliau bakal tiba dengan imej sedemikian akan menyerikan lagi penampilan beliau.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Bibir Dang Suria Berubah Macam Kilafairy

Posted: 08 Feb 2012 06:29 AM PST

Keluarga Dang Suria

Ketika menonton perlawanan bola sepak diantara pasukan Selangor dan Lions daripada singapura yang kini hanya seri di minit ke 68. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian ZoOM ketika melawat ke laman forum cari sebentar tadi. Sebenarnya ZoOM tertanya-tanya siapakah yang bersama-sama dengan Abang Aznil dalam program realiti yang bakal menemui peminat.


Dengan memakai pakaian serba hitam, bibir yang merah sudah tentu menarik perhatian penonton diluar sana ingin mengetahui siapakah beliau. Namun persoalan itu terjawap kerana empunya diri adalah Dang Suria yang merupakan  Pengacara dan komposer yang sudah lama berkecimpung dalam dunia industri suara.


Tetapi ada gossip diluar sana mengenai perubahan pada bibir Dang Suria yang dikatakan berubah seperti Kilafairy. Mungkin ada penonton yang perasaan dengan perubahan ini dan menjadikan ia bahan bualan diluar sana. Namun anda tontonlah video dibawah ini dan adakah ia mirip bibir Kilafairy?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Faizal AF4 Di Khianati Kawan Rapat Sendiri

Posted: 08 Feb 2012 05:46 AM PST

Apalah nak jadi dengan kawan bekas juara AF4, Faizal atau nama sebenar Mohammad Faizal Ramly yang dikatakan sanggup menipu kawan sendiri. Inilah yang dinamakan kawan makan kawan, ketika masih tercari-cari rentak dunia hiburan di Malaysia, Juara AF4 ini sudah menempuh banyak dugaan dan yang paling perit ZoOM rasa ketika teman rapat sendiri mengkhianati beliau.

Berikut beberapa ayat yang keluar daripada mulut bekas Juara AF4 ini mengenai apa yang berlaku sehinggakan beliau menjauhkan diri daripada dunia hiburan:

"Saya menjadi lebih baik kerana kejadian tragis yang menimpa saya itu disebabkan perbuatan kawan rapat. Ia menjadi pelajaran berharga buat saya,"

Penyanyi berusia 28 tahun ini memberitahu, antara faktor lain dia menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan tohmahan selepas dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sedikit masa dahulu.

Walaupun tidak bimbang dengan dakwaan itu namun ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.

"Saya tidak nafikan sedikit tertekan dengan pelbagai dakwaan serta gosip tidak berasas namun saya mampu menempuhi ujian tersebut," ujarnya.

Sementara itu Faizal yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun berkata, dia tidak pernah melupakan dunia seni serta peminatnya dan berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi.
Keluarga Bahagia Faizal AF

Justeru dia sekarang sedang sibuk dengan pembikinan single terbaru bekerjasama dengan komposer Awang BPR.

"Saya akan memilih lagu terbaik yang akan dikeluarkan pada bulan April nanti," katanya.

Ditanya adakah selama ini beliau lupa diri dan tenggelam dengan populariti dunia glamor, Faizal memberitahu apa yang penting selama bergelar artis dia sudah belajar bagaimana untuk mengendalikan tekanan hidup selain berusaha menjadi lebih matang sebagai seorang penyanyi.

"Yang pasti, saya akan kembali dan terimalah saya seadanya," katanya.

Info : MStar

ZoOM : Welcome Back Faizal Sokmo....Lets Do It...!!!!

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!