Adsense

Rabu, 8 Februari 2012

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Tun Mahathir Pandu Uji Proton Baru, P3-21A / Tuah / Espire. Akan Dilancar Mei 2012?

Posted: 07 Feb 2012 01:25 PM PST


Pada bulan Disember yang lalu, kami telah memaparkan berita mengenai Proton Baru yang diberikan kod P3-21A (atau Proton Tuah semasa KLIMS 2010) yang mana pada jangkaan pada masa itu akan dilancarkan pada bulan ini,Februari 2012.


Ada di antara kita, telah pun menangguhkan pembelian kereta semata-mata untuk menunggu kemunculan Proton P3-21A ini yang dikatakan memberi kelainan berbanding model-model Proton sebelum ini. Menariknya, semalam (7 Februari 2012), mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir melalui blog beliau, Chedet, telah mendedahkan beberapa spefikasi utama pada model baru tersebut.

Bahkan, beliau juga turut memberi jaminan bahawa model baru tersebut dapat menandingi kualiti kereta keluaran negara Jepun dan Eropah berdasarkan kepada pandu uji yang telah dilakukan oleh beliau sendiri di trek ujian kereta, Shah Alam.

Berikut merupakan ringkasan spefikasi utama Proton Baru, P3-21A berdasarkan pendedahan beliau:

Enjin 1.6 liter Turbo yang berkuasa seperti enjin 2.0 liter serta mematuhi piawaian Euro-Five
Vehicle Seek Lamp
Wiper Auto Speed
Auto side door folding mirror
Push Button Start / Stop
Sensors for Automatic Wiper and Headlamp
GPS Antenna for Navigation System
Impact Sensing Door Lock
Continuous Variable Transmission (CVT)
Security Alarm System, Immobiliser and Central Locking
Shift Lever with Tiptronic Mode and Paddle Shifter on Steering Wheel (bagi mod Automatik)
ABS & BA (Brake Assist)




Tun M juga telah mendedahkan bahawa model baru ini dijangka akan dilancarkan dalam tempoh 3 bulan, iaitu Mei 2012. Walaupun pada jangkaan awal akan dilancarkan pada bulan ini, namun ia mungkin ada kaitan dengan pengambilalihan oleh DRB-Hicom baru-baru ini.

Imej gambar model baru ini juga semakin banyak yang didedahkan sejak akhir-akhir ini termasuklah imej rekaan semula berdasarkan gambar leaks. Terbaru adalah imej dari blog Funtasticko Design yang memaparkan imej bahagian belakang model baru ini.

Imej bahagian belakang Proton P3-21A

Gambar depan Proton P3-21A sebelum ini


Apa pendapat anda?Adakah ianya bakal menjadi "indah khabar dari rupa" atau akan menjadi suatu sejarah dalam pemotoran tanah air kita?

7 Tempat Ghairah Bagi Lelaki

Posted: 07 Feb 2012 12:50 PM PST



Jangan anda berangapan zon erotik lelaki hanya di zakar dan kepala zakar. Sebenarnya, banyak lokasi zon erotik ditubuh lelaki. Sebaiknya, semua zon erotik ini distimulasi secara lembut dan dilakukan apabila seseorang dalam keadaan tenang.
Stimulasi yang betul pada kawasan erotik ini akan memberi kenikmatan sama seperti stimulasi pada zakar, malah boleh mencapai orgasme. Kawasan erotik ini boleh distimulasi secara sendiri semasa masturbasi oleh pasangan ketika melakukan


1.Kerandut buah zakar
Kulit yang menyelaputi buah zakar adalah sensitif kepada sentuhan. Ia boleh diurut dengan pergerakan pautaran dengan menggunakan hujung jari atau secara oral.
Kerandut ini juga boleh ditarik secara lembut semasa seks oral. Buah zakar juga boleh distimulasi secara gentelan lembut dengan mengunakan jari jemari yang halus.
2. Puting dada.
Puting dada lelaki adalah sama erotiknya seperti puting buah dada wanita. Ia kaya dengan bekalan saraf dan amat sensitif pada sentuhan.
Kebanyakan lelaki, ia mempunyai kapasiti menegang dan menjadi keras bila dirangsang. Pergerakan putaran yang lembut bermula dari arah luar ke dalam boleh dibuat di sekeliling puting. Lelaki juga akan terangsang apabila puting dipicit atau digentel.
3. Kawasan Perineum.
Kawasan perineum ini terletak antara zakar dan lubang dubur (anus). Ia boleh distimulasi dengan urutan perlahan dari pangkal kerandut zakar ke arah anus atau sebaliknya. Pergerakan secara sirkular dengan hujung jari atau secara oral di kawasan ini juga akan memberi sensasi erotik yang tinggi. Pergerakan yang sama juga boleh dilakukan pada bahagian peha sebelah dalam.
4. Kawasan ari-ari (suprapubik).
Kawasan ini terletak antara pusat dan pangkal zakar. Ia amat sensitif kepada sentuhan dan urutan.
5. Kawasan punggung.
Kedua dua pipi punggung dan celah antaranya adalah kawasan erotik yang jarang diterokai. Gerakan jari secara perlahan dari hujung tulang belakang melalui celah punggung hingga ke anus. Lakukan ini secara berulang-ulang. Bahagian dalam pipi punggung juga boleh diusap lembut.
6. Kawasan Anus
Kawasan anus adalah zon erotik utama tetapi jarang diterokai. Anus boleh distimulasi dengan cara pergerakan perlahan-lahan dengan hujung jari atau oral di pemukaannya. Pergerakan ini boleh diselang-seli dengan stimulasi di kawasan perinuem, bahagian dalam peha dan pipi punggung.
Jika seseorang itu lebih adventerous, jari boleh dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam anus.
Sebelum itu, pastikan jari dilubrikasi sepenuhnya dengan gel pelincir seperti KY Jelly. Pergerakan jari keluar masuk dan sirkular secara perlahan lahan mampu memberi kenikmatan pada seseorang lelaki.
7. Urutan Prostat.
Kelenjar prostat terletak di bahagian depan sebelah dalam anus. Ia boleh dirasa seperti satu bonjolan kecil. Kelenjar prostat ini boleh diurut secara perlahan dan hasilnya akan berlaku pengeluaran cecair jernih dari zakar.
Ini akan memberi kenikmatan pada setengah lelaki. Sebelum urutan ini dilakukan , jari perlulah diberi pelincir dengan sempurna. Seseorang lelaki itu juga perlu berada dalam keadaan yang relaks dan selesa dengan proses urutan ini.
Kami harap dengan maklumat yang diberi ,ia dapat membantu anda dan pasangan berhubung zon erotik lelaki. Sudah semestinya dengan stimulasi zon erotik ini akan merangsang seorang lelaki melakukan persetubuhan yang hebat.

Belailah Pasangan Anda

Posted: 07 Feb 2012 12:49 PM PST



Perkahwinan adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.
Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga.


Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga
"Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan.
"Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan."
Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga.
Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan.
Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.
"Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.
Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.
"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan," katanya.
Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.
"Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.
Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga.
Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.
Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain.
Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri.
Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara.
"Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.
"Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.
"Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu," katanya.
Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan.
Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri.
Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.
Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.
"Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan," ujarnya.
"Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri.
"Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan.
"Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati.
"Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia," tambahnya.
Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.
"Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini.
"Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut," akhiri ceramahnya pada hari itu.

Membelai Buah Dada Wanita

Posted: 07 Feb 2012 12:43 PM PST


Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya.


Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.
Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buat dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.
Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa.
Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa berada pada atas tulang dada.. Cuba tarik nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baru. Apabila anda memakai coli sepatut rasa seperti buah dada dipegang kemas dan apabila nafas ditarik pegangan itu tidak sepatutnya membuat anda rasa tidak selesa, kemas tetapi tidak terlalu ketat.
Untuk memastikan coli ada sesuai. Sewaktu mencuba, Lakukan juga aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan, melompat-lompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan yang anda ingin lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua buah dada kurang pergerakan sebab ia dipegang kemas oleh coli yang dicuba.

Buah dada perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.
Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih.
Lakukan pemeriksaan dua atau tiga hari selepas berhenti haid setiap bulan. Lakukan pemeriksaan didepan cermin untuk melihat tanda-tanda perubahan seperti
- Ketulan pada dada dan bawah ketiak
- Sebarang perubahan daripada segi bentuk dan saiz
- Bengkak, kemerahan, perubahan warna kulit dan rasa panas
- Puting masuk ke dalam
- Rasa sakit yang tidak berkait dengan datang bulan
- Keluar darah atau lendir bukan susu pada puting
Cara pemeriksaan buah dada yang betul perlu dipelajari. Dapatkan nasihat doktor atau hadiri kelas khusus untuk pemeriksaan buah dada sendiri. Anda boleh hubungi Persatuan Kebajikan Barah Buah Dada di 03-79492093
Jika ada sebarang perubahan, dapatkan pemeriksaan doktor. Walaupun ia mungkin bukan petanda penyakit, namun setiap perubahan adalah penting. Pengesanan dan rawatan awal dapat memberikan peluang yang besar untuk pulih dan menyelamatkan nyawa. Jangan malu mendapatkan kepastian doktor.
Permakanan yang sihat dan sesuai boleh membuat tisu buah dada sentiasa sihat.
Antaranya adalah isoflavones seperti genistein, Gamma Linolenic Acid (GLA), Indole-3-Carbinol, broccoli untuk sulforaphanes, gotu kola, saw palmetto dan lycopene.
Kacang soya adalah antara makanan yang mengandungi genistein. Genistein daripada kacang soya mempunyai bentuk kimia yang menyerupai hormon estrogen. Ini dapat membantu dalam mengimbangi dan mengawal kadar estrogen dalam badan wanita. Semakin wanita berusia semakin menurun pengeluaran hormon estrogen. Amalan permakanan daripada produk kacang soya dapat membantu dalam mengurangkan kesan kekurangan estrogen ini.
Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu dalam mengimbangi aktiviti prolactin. Prolactin adalah bertujuan untuk menghasilkan hormon prostaglandin PGE, hormon membantu dalam perseimbangan dan fungsi biologi badan.
GLA seperti daripada Evening Primrose Oil (EPO) turut membantu dalam mengatasi masalah Premenstrual Syndrome (PMS). Penghasilan prostaglandin memerlukan kumpulan vitamin B lengkap, vitamin C, zink dan mangnesium. Malah dicadangkan mengambil multivitamin dan mineral lengkap bagi mendapat tahap kesihatan yang baik.
Indole-3-Carbinol satu lagi bahan yang dijangkakan dapat membantu kesihatan tisu buah dada melalui kemampuannya membantu proses metabolisma hormon estrogen. Bahan ini terdapat dalam sayur-sayuran jenis "cruciferous" seperti brakoli, kobis, cauliflower dan "bruseels sprouts". Sayur-sayur ini turut mengandungi sulforaphanes yang telah dikenal pasti memberikan kesan positif kepada tisu buah dada.
Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting. Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oxidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.
Gotu kola adalah untuk membantu melancarkan edaran darah dalam badan. Edaran darah yang lancar membantu dalam membentuk tisu-tisu badan yang sihat.
Pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan pengambilan lima hidangan satu hari sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya. Satu hidangan adalah sebesar tapak tangan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi khasiat yang tidak dapat dibotolkan. Ia dapat membantu badan membentuk tisu-tisu badan yang sihat dan melindungi sel-sel daripada berkembang kepada sel-sel yang boleh menjadi kanser.
Bagi wanita, amalkan permakanan yang berasaskan soya. Semakin kerapkan pengambilan soya apabila usia semakin bertambah. Pengambilan kacang soya adalah pada kadar 40 ke 80mg sehari.
Begitu juga pengambilan EPO. Dapatkan EPO dalam bentuk pil agar ia mudah dimakan setiap hari. Jadikan tomato dan brakoli atau sayuran berkaitan dalam hidangan makanan harian.
Bagi wanita yang mahukan buah dada yang menarik dan sentiasa sihat, menjaga kesihatan badan adalah penting. bersenamlah kerana membantu dalam melancarkan edaran darah beroksigen. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan garam, kurangkan minuman berkaffeine seperti kopi, amalkan makan sayur-sayuran dan fiber.
Petua untuk suami isteri. Jika berkesempatan, pancutlah air mani pada dada wanita. Air mani itu kemudiannya disapu seluruh kedua-dua buah dada dalam pusingan jam. pastikan ia disapu rata. Tunggu ia kering sebelum membersihkan ia dengan air. Petua ini dikatakan dapat menegangkan buat dada wanita.

Incoming search terms:

  • persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah melalui perkah
  • petua tegangkan payudara

JANGAN BODOH KERANA CINTA

Posted: 07 Feb 2012 11:43 AM PST

Khas untuk anak-anakku yang sedang membesar terutama anak gadisku. Ayah tak dapat nasihat kamu tentang cinta. Oleh itu bacalah.... jika ada kesempatan ini.

'Saya masih tertanya-tanya mengapa wanita apabila dilanda gelora cinta mereka jadi bodoh, tak boleh berfikir, tak makan nasihat, jadi buta, pekak, bisu dan cuma percaya kekasihnya saja. Itulah yang terjadi pada saya dahulu, sehingga hampir memusnahkan hidup saya.' Demikian cerita FaraNajwa dalam emelnya.



''Walaupun peristiwa itu berlaku 10 tahun lalu, tetapi bila melihat gelagat wanita kini yang tak boleh berfikir kerana cinta membuat saya teringat peristiwa pahit yang pernah saya lalui. Walaupun saya lulusan universiti tetapi ketika bercinta saya jadi bodoh.

''Saya kenal Joe ketika sama belajar, dia menyayangi saya sepenuh hati, sanggup buat apa sahaja untuk saya. Dia tak benarkan saya keluar sendirian apa lagi naik bas. Saya ditatang macam putri. Dan saya menikmati saat-saat bercinta paling menyeronokkan.

''Ketika bercinta kami berkongsi segalanya, masalah, duit makanan dan nota pelajaran. Tetapi satu masalahnya dia panas baran dan tak mahu mengalah. Ada masanya dia mengongkong saya hingga membuat hubungan kami jadi panas.

''Dipendekkan cerita hubungan kami bertahan enam tahun, walaupun sering bergaduh kerana saya tahu dia playboy dan baran. Ramai kawan tahu dia ada ramai teman wanita, tetapi nasihat mereka saya anggap tomahan dan fitnah.

''Akhirnya hubungan kami sampai ke tahap 'terlarang,' namun Joe berjanji akan bertanggung jawab dan berkahwin setelah tamat pengajian. Saya menangis dan kesal kerana terlanjur, kerana saya terdidik soal agama, namun kerana terlalu sayangkan Joe saya ikut sahaja kemahuannya. Memang saya bodoh.

''Joe kenal keluarga saya, ibu ayah saya melayan Joe seperti anak sendiri. Lebih-lebih lagi Joe pandai ambil hati orang tua dan menghormati mereka. Dan keluarga saya menunggu saat dan ketika untuk kami segera kahwin.

''Setelah enam tahun bercinta kami pun bertunang. Tetapi perubahan sikap Joe jelas apabila kami berkhidmat di negeri berjauhan. Dia jadi semakin sukar dihubungai. Saya dapat tahu dia bercinta dengan teman sepejabat. Beberapa kali kawan kami terserempak mereka pergi menonton dan makan malam, mereka cuba nasihatkannya. Tapi Joe tak peduli.

''Setiap kali dengar berita, saya hubungi Joe sudah pasti dia menafikan, akhirnya dia tuduh saya suka dengar fitnah. Joe lebih berang bila saya hubungi teman wanitanya untuk kepastian. Saya terpaksa, kerana tarikh perkahwinan tinggal tiga bulan lagi.

''Untuk menyejukkan kemarahan saya, Joe minta saya butikan kasih sayang saya padanya, dan sudah pasti ketika itu saya terpaksa membenarkan tubuh saya diratah. Saya tak berani membantah permintaan Joe kerana banyak sebab. Pertama saya terlalu sayangkannya, kedua tarikh perkahwinan semakin hampir, ketiga saya takut ditinggalkan, keempat malu jika kahwin tak jadi, kelima saya takut siapalah mahukan saya jika tak jadi kahwin, kerana saya bukan gadis lagi. Saya ikut kehendaknya disebabkan lima perkara tadi.


''Malangnya Joe masih teruskan sikapnya. Saya jatuh sakit. Bila diberitahu, Joe kesal dengan perbuatannya, dia berjanji akan setia. Tetapi janji tinggal janji. Sekali lagi kami bergaduh. Kata Joe, ''Apa awak nak jadi jika saya tinggalkan awak?

''Tamparan kata-katanya membuka mata saya mengenali siapa Joe sebenarnya. Kata Joe pertunangan hanya adat. Dia masih berhak mencari calon isteri lebih sesuai. Lagipun dia tidak selesa dengan sifat saya yang teratur, kemas dan bersopan kerana dia mahukan wanita yang 'sempoi' dan 'rock'. Dia juga tidak selesa dengan ketertiban keluarga saya kerana keluarganya biasa bercakap 'kau dan aku'. Rumah kami yang kecil juga membuatkan dia tidak betah tinggal.

''Seribu satu alasan Joe berikan menghina saya dan keluarga. Paling mendukacitakan dia merasakan perbuatannya meratah dan meniduri saya adalah perbuatan normal bagi pasangan bercinta, dan dia tidak mahu berkahwin atas dasar tanggungjawab saja kerana dalam jiwanya langsung tidak wujud perasaan cinta terhadap saya.

''Kerana terlalu marah, mungkin sakit hati dan amat sedih, saya terpaksa menerima keputusan Jo yang mahu pertunangan kami diputuskan.

''Sebulan selepas putus tunang, dengan izin Allah dan takdirNya juga seorang kenalan lama menyatakan hasratnya mengambil saya jadi isterinya. Saya yang masih dihantui sejarah hitam berterus-terang kepadanya keadaan diri saya yang tidak suci lagi. Saya sendiri tak tahu bagaimana saya berani memberitahu sejarah hitam saya yang tersimpan rapi selama ini. Alhamdulillah, dia terima saya seadanya katanya saya baik cuma tersilap langkah.

''Dia terpikat dengan personaliti dan perilaku saya. Dia terus berjumpa keluarga melamar saya. Ibu dan ayah terkejut besar, dan menerimanya sebagai ketentuanNya.

''Saya terima lamarannya bukan mahu jadikan beliau kambing hitam. Tetapi saya mahu buktikan saya mampu bangkit semula, dan musibah ini tidak memusnahkan hidup saya dan tidak mahu meratapi nasib sepanjang hayat.

''Kami berkahwin beberapa bulan kemudian. Dan saya gunakan semua barangan yang telah saya siapkan sebelum ini. Saya belajar mencintainya selepas berkahwin. Alhamdulillah, Allah telah membuka hati dan perasaan saya untuk menerima cintanya.

''Kini saya anggap sayalah manusia paling bertuah dan bahagia di dunia ini kerana diberi peluang kedua untuk merasa nikmat kasih sayang yang sebenar. Suami membimbing saya jadi isteri sempurna dan tidak putus-putus mengatakan betapa bertuahnya dia mendapat isteri seperti saya. Beliau tidak pernah mengungkit kisah silam saya.

''Selepas berkahwin, Joe menghantar SMS menyatakan kekesalannya dan hasratnya untuk kembali kepada saya. Tetapi dia terkejut saya mendapat pengganti begitu cepat. Dan dia kesal dengan apa yang terjadi. Pada saya itu hanya omong kosong.

Saya bersyukur dan berusaha jadi isteri terbaik untuk suami tercinta sambil menunggu kelahiran anak kedua kami.'' Demikian nasihat FaraNajwa.