Adsense

Sabtu, 18 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Pulau Arahan Pertama Azma Aizal Yusof

Posted: 18 Feb 2012 06:53 PM PST

EKSPERIMEN PERTAMA AZMA AIZAL YUSOF
Drama bersiri pertama di bawah slot 9X

Tahap kualiti drama-drama tempatan telah banyak meningkat dengan adanya idea-idea serta bakat kreatif yang dimiliki oleh semua yang terlibat dalam menjayakan drama tersebut.

Pulau

Dengan adanya slot 9X di TV9 pada tahun ini yang menyasarkan kepada penonton muda serta menyokong penglibatan golongan belia di belakang tabir, ia akan menyiarkan drama Pulau di bawah arahan Azma Aizal Yusof. Ini merupakan eksperimen pertama Azma dalam menghasilkan sebuah drama yang diberi nafas baru dan di luar sangkaan orang ramai dalam industri hiburan tanah air.

Drama 8 episod yang menjanjikan kelainan ini turut dilakonankan oleh pelakon-pelakon berkebolehan seperti Sharifah Amani, Bront Palare, Natasha Hudson, Amyza Adnan, Chomatt Samad, Sufian Mohamed dan Fazlina Dato' Hj Ahmad Daud. Setiap watak mempunyai identiti dan cabaran tersendiri yang mampu memberi impak kepada sesiapa sahaja yang menontonnya. Drama ini juga adalah terbitan penerbit terkenal Puan Hajjah Ziela Jalil.

Menurut Azma, "Pulau merupakan sebuah karya berbeza bagi diri saya selaku pengarah. Pulau adalah sebuah cerita yang lari dari konsep drama biasa. Cerita berunsurkan 'thriller' ini turut mengadun elemen komedi selain dari babak yang pasti mengujakan penonton. 90 peratus penggambaran dilakukan di Pulau Pangkor. Dengan berlatarbelakangkan keindahan Pantai, Hutan dan Laut, pastinya memberikan perubahan baru kepada pentonton yang sentiasa di sajikan dengan drama-drama cinta biasa di kaca televisyen."

Drama Pulau

"Cabaran paling utama dalam menghasilkan drama Pulau ini ialah proses menyiapkan skrip yang dipenaoleh Eenaz Mokhtar, Alfie Palermo dan saya sendiri. Dalam menghasilkan sebuah drama 'thriller', kami harus mengambil kira cara penulisan yang bijak tetapi pada masa yang sama tidak terlalu berat untuk sajian penonton Jadi setelah berbincang, kami telah menghasilkan satu skrip yang bagi saya sangat jujur untuk cerita Pulau ini."

"Saya dan warga kerja drama Pulau sentiasa berharap agar karya kami ini akan mendapat tempat di hati penonton TV9. Kalau penonton rasa terhibur dengan drama ini, pasti kami akan lebih teruja untuk menghasilkan karya-karya lain yang berbeza dari apa yang seringkali disajikan di kaca tv. Dengan sokongan dari penonton juga kami pasti produksi-produksi lain juga akan turut bersemangat untuk menghasilkan karya-karya " out of the box"," tambahnya lagi.

Pulau mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Pelbagai cerita misteri tentang pulau ini telah didengari, namun adakah ia cuma khabar angin… atau adakah ia benar? Antara mereka yang mengikuti pelancongan ini adalah Yana (Sharifah Amani), seorang blogger terkenal yang sering mengupas tentang isu-isu semasa, Azri (Bront Palarae), seorang usahawan muda, Aqilah (Natasha Hudson), seorang pramugari, Noni (Amyza Aznan), Pali (Chomatt Samad) dan Pian Komando (Sufian Mohamed), krew bot dan Madam Zara (Fazlina Dato' Haji Ahmad Daud), pemilik agensi pelancongan tersebut.

Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar, mereka menemui kemalangan yang menyebabkan bot mereka rosak lalu terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Setelah mereka sedar, bot mereka tidak kelihatan lagi dan lebih mengerikan apabila mereka menemuimayat salah seorang daripada pelancong itu. Mereka mula belajar cara hidup di hutan, menyedari hakikat yang mereka tidak boleh berhubung dengan dunia luar serta tiada makanan dan punca air yang bersih.. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak signifikasi setiap kejadian yang berlaku.

Singkap misteri yang menyelubungi pulau ini di dalam drama Pulau menerusi slot 9X pada setiap hari Rabu jam 10.30 malam dan juga siaran ulangannya pada hari Ahad jam 10.30 malam.

Drama Pulau

Drama Pulau

Drama Pulau

Drama Pulau

Drama Pulau

Drama Pulau

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ainul Aishah dan Azma Aizal Yusoof Berduet Rakam Lagu
  • Drama Cita & Cinta
  • Sekitar Malam Amal Premiere Filem Dilarang Masuk
  • Isma Yusoof Tukar Nama Kepada Azma Aizal Yusoof
  • Fesyen Syamsul Yusof & Zed Zaidi di Karpet Merah FFM23
  • Kashaf Imani Lakonan Hebat Beto Kusyairy & Sharifah Amani
  • Filem Dilarang Masuk
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Ashraf Muslim Pelakon Tentang Yusof Dan Sherry Ibrahim
  • Sharifah Amani & Beto Khusyairi Kejar Cita & Cinta
  • Penyanyi Latif Ibrahim Meninggal Dunia?

    Posted: 18 Feb 2012 06:37 PM PST

    Tuduhan Palsu Meninggal Dunia, Latif Ibrahim Stabil Di IJN

    Masa tengah-tengah buat liputan di Konsert Muzik Festival Melayu semalam, Budiey terbaca banyak sekali rakan-rakan di twitter yang tweet tentang kematiah seorang anak seni, Latif Ibrahim. Namun begitu, mengikut rakan wartawan, berita kematian tersebut adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Ternyata, penyanyi terkenal di zaman 80-an itu masih dalam keadaan kritikal di Institut Jantung Negara.

    Namun, pagi ini, Budiey masih belum pasti kerana terbaru, Budiey dapat lihat ada ucapan – Al-Fatihah untuk Latif Ibrahim. Yang mana satu betul ni, Budiey pun tak pasti.

    latif_ibrahim

    Spekulasi yang mengatakan penyanyi dan pelakon veteran tahun 80-an iaitu Latif Ibrahim meninggal dunia pada Sabtu adalah tidak benar.

    Sebaliknya penyanyi itu berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini pada Sabtu.

    Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.

    "Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak 'shooting' ke?" katanya kepada mStar Online melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini Ahad.

    Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.

    Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.

    "Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya," kata Liza.

    Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu.

    Sehubungan itu Liza meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Latif dan tidak menyebarkan berita palsu pada masa akan datang.

    Sementara itu adik penyanyi tersebut iaitu Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu kesihatan Latif berada dalam keadaan terkawal.

    Pada Sabtu pihak media di khabarkan Latif meninggal dunia selepas ada pihak menyebarkan berita tersebut sehingga menimbulkan suasana panik. via Mstar Online

    Tags: , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Najwa Latif di Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Fauziah Latif Dengan Anak Lelaki
  • Tokoh Seni Lukis Negara Datuk Ibrahim Hussein Meninggal Dunia
  • Komposer Lagu Ku Pendam Sebuah Duka Meninggal Dunia
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • W.S. Rendra Meninggal Dunia
  • Penyanyi Veteran Hasnah Haron Meninggal Dunia
  • Gambar Intim Rosyam Nor Dengan Fauziah Latif