Adsense

Sabtu, 18 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Talha Dan Hanez Suraya Bercinta

Posted: 18 Feb 2012 10:12 AM PST

Walaupun kedua-duanya hanya berkias ketika ditanya oleh wartawan, namun ZoOM rasa sudah ada bibit cinta yang kian mekar. Bak kata anak-anak muda zaman sekarang "Dalam Hati Ada Taman", kalau betul teruskan je la tetapi sebelum menempuh hidup sebagi ikatan yang sah. Niat kena betul dan perbetulkan apa yang sepatutnya.


Dan berikut jawapan kedua-dua artis ini mengenai mereka :

Cerita Talha:

"Tak dinafikan memang Hanez adalah kawan perempuan yang paling rapat dan mesra dengan saya buat masa ni. Saya selesa dan ceria sangat setiap kali bertemu dengannya. Kalau sibuk shooting, saya pasti akan call sebab rindu. Hehe… 
"Memang hubungan kami lebih daripada seorang kawan, tapi belum lagi sampai tahap bercinta tau! Kalau akan datang, saya tak tahu la… Tapi ada la berharap jugak 
"Sebenarnya hubungan kami mula rapat bila sama-sama menjayakan karnival Jom Heboh di Bukit Jalil. Masa tu saya terlibat dengan promosi siri drama Cinta Elysa. Dia pula mewakili drama Bunga April. 
"Saya ni memang segan dengan perempuan, tapi dengan Hanez saya rasa selesa dan macam ada keserasian. Bila dah jumpa tu kami bertukar nombor telefon dan pin Blackberry Messager (BBM pin). 
"Bagi saya Hanez seorang gadis yang cukup istimewa. Dia cantik, ada pendirian, tak suka hidup dikongkong dan kadang-kadang dia degil bila nakkan sesuatu. Itu juga antara ciri-ciri wanita yang saya cari selama ni. 
"Saya memang sayangkan dia. Kalau ada jodoh tu… ada la… Saya tak nak terlalu berharap kerana tak nak kecewa. Pengalaman bercinta yang lalu buat saya berhati-hati menilai cinta." Haa… Mula-mula memang rasa sayang, lepas ni rasa cinta pulak kan! Tak gitu uols!

Lel
aki manja seperti TALHA buat saya cair!


Manakala Hanez pula akui sayangkan Talha dan berminat untuk lebih kenal hati budinya.

Cerita Hanez:

"Hanez akui cara Talha buat Hanez selesa dan tenang. Dia soft spoken, pandai hormat orang, comel dan pandai bawa diri. Lakonannya pun bagus. 
"Nak tahu, Hanez sebenarnya memang dah jatuh cinta dengan sikap manjanya. Lelaki manja seperti Talha tu boleh buat Hanez cair dan lemah tau! Suka sangat! 
"Sebagai perempuan, Hanez tak nak la cakap lebih-lebih sebab kami tak bercinta pun. Namun jika dia lelaki yang ditakdirkan bercinta dengan Hanez, Hanez terima dia dengan ikhlas. Doakan yang terbaik buat kami ya!"

Demikian cerita Hanez yang sedang shooting siri drama Ariana Mikail (TV9) yang akan ditayangkan bermula 8 Januari setiap Isnin dan Selasa. Jangan lupa tonton tau! Mangga doakan Hanez terus sukses dan bahagia bersama Talha ya! Caayaang Hanez dan Talha!!

Info : Mangga Online

ZoOM : Kahwin Je !!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sembang : Tanda Seorang Lelaki Mencintai Anda

Posted: 18 Feb 2012 09:46 AM PST

Sekadar Hiasan

1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan ter'kelu' jadi batu jap.
2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya berbual dgn lelaki lain walaupun teman nya sendiri.
3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya pacar kerana baginya selagi belum berkahwin tidak semestinya jodoh
4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda menyuruhnya tunggu sampai mati.
5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi 'isterinya'
6. Dia akan menerima kekurangan anda.
7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah berjam lamanya dgn anda.

Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg menangis untuk teman lelaki nya 'RAMAI', tetapi nak cari lelaki yg menangis untuk wanita adalah 1 dalam 1000! Jadi hargailah lelaki yg benar2 mencintai anda


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Video Mp4 Tinggal Kenangan Saleem Versi Bangladesh

Posted: 18 Feb 2012 09:30 AM PST

Sekali membaca memang tertanya-tanya tajuk yang anda baca, al maklum saja lah penyanyi sebenar (Saleem) terpaksa melihat dan mendengar seorang penyanyi daripada OVERSEASSss menyanyikan lagu beliau. Jika anda pernah berbual atau terdengar loghat pekerja daripada Bangladesh sudah tentu anda terfikirkan suara dan macam mana lagu Saleem berkumandang.


Dan bagi membuatkan anda tidak tertanya-tanya berikut dua video yang sudah pasti membuat anda tersenyum jika mendengarnya.


LAGU - SUCI DALAM DEBU

LAGU - TINGGAL KENANGAN


Apa kata anda mengenai Mamat ini ? kalau masuk Mentor lepas tak ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

ChatRoom

Posted: 18 Feb 2012 09:00 AM PST




**LOGIN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK ANDA DAN PILIH NAMA & WEB ANDA 1. NO Bad Words 2. No Lucah/naked words 3. No Spam ClickLah Like @ Share !!

Lirik Lagu Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

Posted: 18 Feb 2012 07:46 AM PST


Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Resepi Nasi Ayam Hainanese

Posted: 18 Feb 2012 12:36 AM PST

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
6 cawan air
30 gm halia - dicincang
30 bawang putih - dicincang
30 gm daun ketumbar
Secubit garam
100 gm tauhu - dipotong dadu
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
Timun - dihiris nipis
Tomato - dihiris nipis
Salad

Bahan-bahan untuk nasi:

400 gm beras wangi - dibersihkan dan ditus
30 gm bawang putih - dicincang
30 gm bawang besar - dicincang
30 gm halia - dicincang
60 gm lemak ayam
1/2 liter stok ayam
Secubit ayam
2 helai daun pandan

Cara menyediakan nasi:

1. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar bersama lemak ayam.

2. Masukkan beras dan gaul hingga mesra.

3. Masukkan stok ayam dan daun pandan.

4. Biarkan nasi benar-benar masak.


Cara menyediakan sup:

1. Didihkan air.

2. Masukkan halia, bawang putih, garam dan daun ketumbar untuk dijadikan sup.

3. Masukkan ayam ke dalam sup.

4. Tutup dan biarkan sehingga sup mendidih.

5. Keluarkan ayam, potong ayam kepada beberapa bahagian.

6. Hidangkan bersama timun, tomato dan salad.

7. Kemudian masukkan tauhu ke dalam sup sebelum dihidangkan bersama ayam yang dipercik kicap cair dan minyak bijan.

8. Hidangkan juga bersama sos cili dan kicap cair.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Artis Balkisyh Semundur Dibelasah Suami Akibat Cemburu | Gambar Suami Balkisyh

Posted: 17 Feb 2012 07:35 PM PST

Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang, jika anda membaca didada akhbar hari ini kisah bekas suami yang mebunuh bekas isteri dan mencederakan anaknya. Kisah tragis tersebut berlaku di Utara yang mendapat liputan luas kerana bekas isteri yang juga mangsa meninggal dunia kerana kecederaan teruk akibat ditetak.

Dan terbaru mengenai artis bernama Balkisyh turut menjadi mangsa kekejaman akibat amarah cemburu yang meluap-luap tanpa usul periksa. Akibatnya hubungan yang dibina atas nama cinta terkubur dan tercalar angkara amarah yang tidak dikawal. Dan berikut berita yang tersebar diakhbar mengenai artis bernama Balkisyh yang dipukul suami beliau :


KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.


Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami.

Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3.
Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. Namun, selepas mengetahui kebenaran, suami kembali bertenang dan kami berdua berbaik semula,?katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kisah cemburu buta suaminya itu sejak berumah tangga pada 2007.
 GAMBAR SUAMI DAN ANAK BALKISYH
Menurut sumber, pelakon itu dipukul suami sebaik tiba di rumah.


Mangsa bertanyakan punca kejadian itu, tetapi dijawab dengan tamparan dan wanita itu cuba menolak suaminya dalam usaha melepaskan diri.

Bagaimanapun, suaminya menarik baju mangsa sebelum menghentak kepala di almari menyebabkan pelakon terbabit jatuh,?katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian cuba mengambil telefon bimbitnya namun dicekik suaminya itu.

Suami mangsa yang melihat isterinya itu mengalami kesukaran bernafas berhenti berbuat demikian dan kesempatan itu diambil pelakon terbabit keluar dari rumah bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun,?katanya.

Katanya, pelakon berkenaan membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya dan difahamkan, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.



Info :Metro Online
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Artis Juara Program Realiti Ditangkap Khalwat Di Hotel Bajet

Posted: 17 Feb 2012 07:06 PM PST

Di akhbar Metro kecoh seketika apabila ZoOM membaca berita mengenai seorang bekas Juara Program Realiti yang ditangkap Khalwat dua tahun lepas. Artis tersebut dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah Cameroon Highland. Dan menurut info tersebut artis berkenaan :

1.Berusia 26 Tahun
2.Alamat Kampung Taiping
3.Bekaj Juara Program Realiti

ZOOM : Sama-sama kita Cuba teka dan speku ye :)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kylie Live at Malaysia 23 March 2012

Posted: 17 Feb 2012 06:52 PM PST

ZoOM terbaca berita mengenai artis daripada Hollywood ini yang akan membuat persembahan di Malaysia pada bulan March 2012 ini. Bagi anda yang meminati artis daripada seberang laut ini datanglah beramai-ramai dan berikut berita untuk dikongsi bersama dengan anda di ZoOmartis :

Kylie will be headlining the first ever F1 Rocks show in Malaysia staged at the base of the city's iconic PETRONAS Twin Towers on Friday 23 March 2012.

Speaking of her upcoming F1 Rocks debut, Kylie commented: "I am really looking forward to visiting your beautiful country and performing for my Malaysian fans for the first time!
"I will be visiting the Sepang International Circuit and the F1 paddock, sampling the action on the race track and cheering on my favourite drivers! I am so excited to be performing at F1 Rocks in front of the famous PETRONAS Twin Towers, I hope everyone enjoys the show!" She added.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!