Adsense

Sabtu, 4 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Konsert Sinar Maulidurrasul

Posted: 04 Feb 2012 08:32 AM PST

Seperti biasa, jika Dato' Siti Nurhaliza Taruddin bertudung pasti ramai orang akan cakap Siti sangat lawa dan lengkap bila bertudung litup. Nah, ini gambar-gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza di Konsert Sinar Maulidurrasul Muhammad Al-Ameen yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 4 Februari bersama dengan kumpulan nasyid terkenal, Rabbani di mana mereka juga akan bergabung bersama dengan beberapa orang artis seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus untuk memberi hiburan berunsur dakwah dan keagamaan kepada penduduk sekitar Pantai Timur.

Hari ini (5 Februari) adalah penutupnya dan satu show ekslusif untuk program bersempena sambutan Maulidurrasul 1433 Hijrah ini pasti akan dihadiri oleh peminat setia Siti Nurhaliza yang mampu untuk membeli tiket.

Bagi persembahan eksklusif Siti Nurhaliza dan Rabbani di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa pada malam ini, para peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM175, RM275 dan RM500 dengan menghubungi Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di talian 09-627 7888.

Kredit gambar to Facebook Kak Rozi SangDewi yang gojes. Terima kasih Kak Rozie.

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

siti nurhaliza

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nuraffenda Mohd Ibrahim Pengacara Malam Sinar Maulidurrasul 1430H
  • TV3 Terbitkan Program Ustaz Asri Dalam Kenangan
  • Photo Siti Nurhaliza Bertudung Alaf Baru Hadhari
  • Konsert Siti Nurhaliza & Rabbani Sempena Maulidurrasul 1433
  • Siti Nurhaliza Janji Akan Bertudung Selepas Naik Haji?
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di LOAF Grand Ceremony
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Fasha Sandha dan Farid Kamil Cium Mulut Superimpose?
  • Gambar Hajjah Siti Nurhaliza Bertudung di Kolej Lim Kok Wing
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Tahlil Arwah Bapanya
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Video Promo Telemovie Patah Seribu Lakonan Sharnaaz Ahmad

    Posted: 04 Feb 2012 07:32 AM PST

    Lanjutan dari video muzik Patah Seribu yang dibuat dalam dua version, rupanya ia disambungkan dan dipanjangkan lagi dalam sebuah telemovie yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad dengan penampilan istimewa Shila Amzah. Kepada pembaca yang tak sabar untuk menonton, jangan lupa, mark atau tandakan di kalendar telefon bimbit masing-masing, telemovie ini akan ditayangkan pada 23 Februari 2012, Khamis jam 9 malam di Astro Ria.

    Drama arahan Michael Ang, seorang pengarah prolifik lagi tersohor yang popular dengan drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini turut menampilkan pelakon Amar Baharin, Amar Asyraf, Jihan Raja Lawak, Sharifah Shahora, Khaty Azean, Nurin, Azlan Komeng, Jasmin Hamid dan Mahmud Ali Bashah. Michael Ang juga selaku penerbit drama ini pastinya menaruh harapan yang tinggi agar drama ini diterima oleh penonton.

    Cerita tentang kisah percintaan ala-ala cinta dua darjat. Shila Amzah anak orang berada. Manakala Sharnaaz pula jadi seorang pemuda, kutu jalanan yang hanya jual buah berangan. Dalam trailer ada tunjuk konflik yang akan menimpa pasangan romantik ni. Sambil terkejut juga bila ada pergaduhan dan unsur gengsterime.

    Apabila cinta yang murni dikhianati… sama-sama kita nantikan kisah selanjut dan penamat drama ini.

    PROMO TRAILER TELEMOVIE PATAH SERIBU

    Pastinya, telemovie ini akan menjadi perhatian untuk #Shilalas, kelab peminat Shila Amzah yang Budiey rasa sekarang dah tak sabar-sabar untuk menonton drama ini. Excited betul. Persoalannya, bolehkan Shila Amzah berlakon? Mampukah Shila membuktikan beliau juga berbakat dalam dunia lakonan? Budiey lihat pada trailer dan teaser drama yang sudah pun bermaharajalela di Youtube, sesungguhnya penyanyi berbakat besar ini boleh aje nak cuba bidang lakonan.

    Percubaan pertama Shila Amzah setelah sekian lama menjadi penyanyi menguji dan menjadi satu kayu ukuran bagi beliau. Budiey menganggap ini satu permulaan yang bagus kerana Shila Amzah taklah kaku seperti mana yang diperkatakan dalam internet dan blog. Lagi pun, sebab utama Shila berlakon adalah kerana tajuk drama ini sendiri yang menggunakan single beliau.

    Kepada Shila Amzah, rasanya tak perlu melatah atau berkecil hati dengan teguran dari mulut jahat dan cacian atau pun kutukan orang di luar sana. Anggap ia satu cabaran untuk kamu ya. Ambillah kritikan membina sebagai satu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu persembahan. Dan, pekakkan telinga dan butakan telinga jika ada kutukan yang bersifat untuk menjatuhkan. Keep it up, Shila. You are the best!

    "Saya memang meminati bidang lakonan cuma sebelum ini saya tidak mempunyai kesempatan untuk mencubanya. Saya anggap tawaran untuk berlakon dalam telefilem ini sebagai takdir memandangkan Michael juga telah bertungkus-lumus membuat muzik video saya dan merasakan jalan ceritanya agak menarik. Sebab utama saya memilih untuk berlakon juga kerana telefilem ini menggunakan tajuk lagu nyanyian dan ciptaan saya serta berlandaskan kepada jalan cerita dalam lagu itu." – Shila Amzah

    Semoga drama ini mendapat rating yang tinggi di Astro Ria. Syabas kepada semua yang menjayakan telemovie ini. Untuk Michael Ang pula, jika drama ini dapat sambutan, apa kata buat filem Patah Seribu pulak. Mesti ramai yang sanggup beratur nak beli tiket. Gempak beb! Agak-agak boleh kalahkan kutipan Ombak Rindu kot.

    Poster Patah Seribu

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad di Anugerah Juara Lagu 26
  • Gambar Shaarnaz & Shila Amzah di Karpet Merah ASK 2011
  • Gambar Ning Baizura di Kempen Sydney AirAsia X
  • Video Promo Drama Niyang Rapik Liyana Jasmay
  • Jehan Miskin Terbit Drama Buta Warna
  • Gambar Cheryl Samad di Kempen Sydney AirAsia X
  • Video Promo Project Alpha Budiey
  • Airasia Launches Year-End Promo
  • Stesen Komuter Mid Valley & KL Sentral Berasap?
  • Sinopsis Drama Ana Lu'Lu
  • Full content generated by Get Full RSS.