- Blog Hanz - |
Petua Suami Menambat Hati Isteri. Posted: 03 Feb 2012 11:50 AM PST • Sentiasa berdoa agar disayangi. • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain. • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati. • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri. • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah. • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala. • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya). • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati. • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu. • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak. • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah. • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen. • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang. • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri. • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya. • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan. • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur. • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ". • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur. • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak. • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati. • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan. • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala. • Sentiasa lakukan ibadah bersama. • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai. • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama. • Urut belakang isteri sekali sekala. • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual. • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri. • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan. • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan. • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala. • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa. • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai. • Lebihkan isteri daripada anak-anak. • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda. • Seeloknya masuk tidur serentak. • Belai isteri sebelum pergi kerja. • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan. • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala. • Lakukan riadah bersama isteri. • Pergi berkelah sekali sekala. • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala. |
10 Tanda Kekasih Anda Tengah Pokai Tiada Duit Posted: 03 Feb 2012 11:32 AM PST TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit. Persoalannya, "Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu" atau "apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?" Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit. Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya. Jum berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut: 1.Menghabiskan masa di rumah Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu. "Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah." Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan. 2.Menonton DVD sebagai hobi Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: "Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis." 3.Makan di gerai murah Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah. 4.Pulang awal Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama. Alasannya: "Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja." 5.Tiada hadiah ulang tahun Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: "Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…" 6.Hindari ajakan ke pusat beli-belah Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu. Alasannya: "Lain kali sahajalah kita pergi." 7.Destinasi legenda jadi pilihan Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo. Alasannya: "Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua." 8.Hanya menemani "Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?" Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu. 9.SMS sahaja Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: "Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi." 10.Kereta rosak Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. "Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih. Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya. |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |