Adsense

Sabtu, 4 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gossip Khairul Fahmi Dengan Awek Baru Bernama Liuney

Posted: 04 Feb 2012 02:08 AM PST

Pagi tadi ZoOm terdengar gossip mengenai kisah percintaan penjaga gol Malaysia, menurut radio tersebut Khairul Fahmi digossipkan dengan seorang gadis lain selepas hubungannya dengan Dahlia Teck putus ditengah jalan. Namun bukti yang kukuh masih belum dipastikan kerana ia hanya omongan kosong daripada si pemberi gossip.


Tetapi jika betul gossip yang di hebah dan ditaip dalam laman blog, sudah pasti ia memalukan beliau kerana menurut info tersebut KFCM (Khairul Fahmi Che Mat) kini bercinta dengan bekas tunang orang. Dan info tersebut juga mengatakan gadis bernama Liuney (Nama sebenar belum tahu) memutuskan pertunangan kerana penangan Apek @KFCM.



Entahlah malas nak komen sebab tak tau lagi pucuk pangkalnya.


Apa kata anda ...tetapi ZoOM rasa Jejari Runcing pasti tersenyum apabila membaca gossip ini.
 Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Anuar Zain Terima Royalti RM 18,859.38 dari Syncrosound Records

Posted: 04 Feb 2012 01:23 AM PST

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi, Anuar Zain.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamarnya.

Semalam ditetapkan untuk keputusan taksiran jumlah royalti yang perlu dibayar syarikat rakaman itu kepada penyanyi itu bagi penjualan dua albumnya. Kedua-dua album itu menggunakan namanya sebagai judul.

Peguam yang mewakili Anuar, Aizul Rohan Anuar hadir di mahkamah, namun, penyanyi itu dan wakil daripada Syncrosound tidak hadir.

Dalam penghakimannya, Nurul Nadzia berkata, jumlah royalti sebanyak RM18,859.38 itu dikira daripada jumlah album yang dijual dari unit 15,000 sehingga unit terakhir yang dijual dan bukannya dikira dari unit pertama penjualan album itu.
"Mahkamah mengguna pakai perkiraan royalti yang dibayar kepada plaintif (Anuar) dalam mengira royalti yang perlu dibayar dan setelah meneliti perkiraan itu, mahkamah mendapati bahawa royalti sebanyak 10 peratus hanya akan dibayar bagi unit yang terjual dari 15,000 ke 29,999," katanya.

Selain itu, mahkamah juga mendapati dalam perkiraan royalti itu, tiada apa-apa rujukan dibuat terhadap penolakan kos produksi dan perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat rakaman itu.

Nurul Nadzia berkata, dalam memutuskan jumlah royalti itu, mahkamah tidak mengambil kira hujahan defendan bahawa kos produksi dan perbelanjaan adalah lebih tinggi daripada royalti yang telah dibayar kepada Anuar kerana tiada keterangan yang diberikan oleh defendan bagi menyokong kenyataan itu.

Info : Kosmo

ZoOm : Alhamdulillah dah tamat kisah saman dan di saman ni. 

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Hollywood : Cucu Mick Jagger Muncul Dengan Imej Seksi

Posted: 04 Feb 2012 01:02 AM PST

LONDON: Cucu kepada bintang rock veteran Rolling Stones, Mick Jagger yang berusia 16 tahun iaitu Amba Jackson (gambar) muncul dalam keadaan yang agak seksi menerusi sebuah acara fesyen di sini baru-baru ini.

Dailymail melaporkan, Amba mengenakan baju biru dengan potongan yang menampakkan celah dada.

Dia dilihat turut memakai seluar biru ketat dari jenis sutera serta kasut berwarna serupa.

Pada majlis itu Amba juga muncul dengan keadaan rambut diikat ke atas. Penampilannya begitu menarik sekali.

Imej seperti itu tidak menghairankan kerana ibunya iaitu Jade Jagger adalah usahawan dalam bidang fesyen.


Amba adalah puteri Jade daripada hubungannya dengan aktor Piers Jacksin. Namun Jade dan Piers berpisah pada tahun 1999.

Info : Mstar

ZoOM : Kecil-kecil lagi dah pandai seksi ye..Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Tulang Muka Ani Mayuni Retak Di Pukul Suami

Posted: 04 Feb 2012 12:57 AM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, yang cedera teruk dipukul suami membuat imbasan di sebuah hospital pada Jumaat kerana bimbang jika terdapat keretakan pada tulang wajahnya.

Menurut Ani menerusi laman Facebook miliknya, imbasan buat kali kedua itu dilakukan selepas melihat wajahnya yang semakin membengkak akibat kejadian dibelasah itu.

"Hari ini, saya kena buat imbasan untuk kali kedua, takut ada keretakan. Muka mula membengkak," ujarnya. 
Luahan Ani Mayuni di Facebook Beliau

Walaupun berhadapan dengan tekanan akibat masalah itu, Ani sempat menulis dalam entrinya yang dia tetap gembira kerana dapat berada di samping anak-anak, kakak dan abangnya.

Sebuah akhbar harian tabloid pada Jumaat melaporkan Ani telah ditendang dan dipukul oleh suaminya, Zairi Azmi atau Ayie,37, bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada Khamis.


Penyanyi dangdut itu mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana selepas dia meminta suaminya itu membeli sarapan pagi. Sementara itu, pada Khamis lalu, Ani ada memasukkan dua lagi entri yang menggambarkan keadaan rumah tangganya berada dalam keadaan rapuh iaitu: Segala pengorbanan tiada penghargaan..' dan 'Diri ini tidak pernah meminta minta... cuma inginkan sedikit ruang... kalau itu pun adalah satu beban... terima kasih ku ucapkan....

Walaupun teruk dipukul, Ani masih lagi mahu menyelamatkan rumah tangganya demi anak-anak.

Info : Mstar Online

ZoOM: Alahai kesiannya akak Ani Mayuni kita ni,patutlah ramai visitor yang mencari tajuk Ani Mayuni, rupa-rupanya dah ada berita tersebar mengenai beliau. Apa-apa pun ZoOm doakan akak Ani Mayuni fikirlah dan bawa berbincang bersama suami demi anak-anak.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!