Adsense

Selasa, 31 Januari 2012

Zon Artis

Zon Artis


Sah! Ana Raffali Akan Bernikah Pada 25 Februari 2012

Posted: 31 Jan 2012 08:15 AM PST

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI DAN AHMAD AZNAIM ABDULLAH

Ingat lagi dengan gossip pasal Ana Raffali akan bernikah pada 25 Februari 2012 seperti yang Zon Artis post'kan sebelum ini? Kalau ingat bagus! Kalau tak ingat atau buat-buat tak ingat, baca ni. Dan perkhabaran terbaru yang kami terima, gossip tersebut ternyata benar selepas Ana Raffali membuat pengumuman rasmi berhubung pernikahan yang akan berlangsung itu.

Majlis pernikahan akan dilangsungkan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Namun sebelum upacara akad nikah, akan berlangsung acara bertunang terlebih dahulu yang dijadualkan bermula pada jam 10.30 pagi. Sejam selepas itu, barulah akad nikah akan dijalankan dan berkemungkinan besar ayah Ana Raffali sendiri yang akan menikahkannya.

Tentang majlis perkahwinan itu, Ana Raffali memberitahu buat masa ini persiapan untuk majlis itu masih dalam peringkat permulaan. Bahkan, dia masih belum sempat memilih pereka fesyen untuk busana perkahwinannya.

"Buat masa ini saya tidak dapat memberi nama pereka fesyen yang akan mereka busana perkahwinan saya nanti. Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi saya belum buat sebarang keputusan. Bagaimanapun, saya dan Naim akan mengenakan persalinan berwarna kelabu. Manakala, pihak keluarga akan memakai pakaian putih."

Menurut Ana Raffali, majlis perkahwinan mereka itu hanya akan dibuat secara sederhana dan tidak akan melangsungkan acara bersanding. Namun begitu, mereka akan menyediakan satu tempat khusus untuk sesi fotografi.

"Majlis perkahwinan saya nanti akan diadakan secara sederhana. Tidak akan ada acara bersanding seperti yang selalu diadakan oleh pasangan artis lain. Tetapi, kami akan sediakan satu tempat khusus untuk sesi fotografi. Saya memilih majlis perkahwinan sebegini kerana saya masih menganggap diri ini seperti orang biasa, bukan artis. Jadi, selepas berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak, kami bersetuju untuk mengadakan kenduri kahwin di perkarangan masjid sahaja,"

Tak kisah la samada akan ada acara persandingan ataupun tidak kerana ianya bukanlah sesuatu yang wajib. Apa-apa pun, kami dah tak sabar nak tunggu 25 Februari ini untuk melihat anda selamat diijabkabul dengan bakal suami anda, Ahmad Aznaim Abdullah. Kami doakan semoga apa yang telah dirancangkan ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.