Adsense

Selasa, 31 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Album Hit Semata-Mata Selamanya

Posted: 31 Jan 2012 09:55 PM PST

HIT SEMATA-MATA SELAMANYA

Sebagai pembuka tirai tahun 2012 ini, Warner Music Malaysia kini memasarkan sebuah album kompilasi terunggul yang membariskan lagu-lagu hit sepanjang tahun 2011 daripada artis-artis popular tanahair. Album ini menampilkan nama-nama yang menjadi buah mulut peminat muzik tanah air sepanjang zaman seperti JAMAL ABDILLAH, JINBARA, MIRWANA dan FIQ, serta membariskan beberapa nama-nama baru dalam industri muzik tanahair seperti AWI RAFAEL, NASHRIN, TOM, WANA, TAXI, AWANBAND, FILSUF, SALAM dan ALTIMET.

Hasil daripada kerjasama antara pihak Warner Music Malaysia dengan pihak Astro Sdn Bhd, album ini turut menampilkan barisan finalis Akademi Fantasia seperti AKIM, STACY, SHAHIR, HAZAMA, HAFIZ, FINA, LENA dan NERA.

HIT SEMATA MATA

Album yang dinamakan HIT SEMATA-MATA SELAMANYA ini adalah sebuah album kompilasi rentetan daripada siri HIT SEMATA yang telahpun mula berada di pasaran pada awal tahun 2011. Menariknya, album kali ini menampilkan lagu-lagu yang telahpun menduduki tangga pertama di beberapa carta radio tanahair. Antaranya adalah KISAH DONGENG oleh STACY, CINTA TERAGUNG oleh HAZAMA, JANJI oleh AKIM dan sebuah lagu yang telah menjuarai Anugerah Juara Lagu 26 baru-baru ini bertajuk AWAN NANO oleh HAFIZ, turut dimuatkan dalam album ini!

Tidak cukup dengan menggabungkan kesemua lagu-lagu yang menjadi pilihan peminat muzik tanah air, HIT SEMATA-MATA SELAMANYA turut menampilkan 4 buah single hit yang masih belum boleh didapati dalam mana-mana album tetapi telah mendapat tempat di "playlist" stesen-stesen radio tanahair.

Lagu-lagu tersebut ialah sebuah lagu berentak 'rock' nyanyian FIQ dan AKIM bertajuk MESTI ADA CINTA, lagu tema perlawanan bola sepak yang telah menyuntik semangat berpasukan dan perpaduan kepada seluruh rakyat Malaysia bertajuk SELAMANYA oleh ULTRAS MALAYA feat. ALTIMET, JOE FLIZZOW dan CARLEED, serta single terbaru hasil kolaborasi pertama antara MIRWANA dan ALTIMET, bertajuk ITU INI BEGITU BEGINI.

Khas buat mereka yang tercari-cari lagu MALAYSIAN BOY oleh ALTIMET, DJ FUZZ, ILA DAMIAA, POINT BLANC dan RABBIT MAC, lagu ini juga turut dimuatkan dalam album ini!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

DISC 1

1. KOTAK HATI – HUJAN
2. MESTI ADA CINTA – FIQ & AKIM (BARU)
3. BILA AKU JATUH CINTA – AWI RAFAEL
4. KISAH DONGENG – STACY
5. MALAYSIAN BOY – ALTIMET, DJ FUZZ, ILA DAMIAA, POINT BLANC & RABBIT MAC
6. CINTA TERAGUNG – HAZAMA
7. PERCAYA PADA LUKA – NASHRIN
8. MENANGIS LAGI – FINA
9. WARNA – TAXI
10. JANJI – AKIM
11. AWAN NANO – HAFIZ
12. TRAGIS – FIQ

DISC 2

1. SELAMANYA – ULTRAS MALAYA feat. ALTIMET, JOE FLIZZOW & CARLEED
2. SISA KISAH KITA – LENA
3. LUAR BIASA – SHAHIR
4. HITAM MANIS – FILSUF
5. CINTA BENAR CINTA – WANA
6. SECUPAK DUA CUPAK – JAMAL ABDILLAH
7. HATIMU MILIKKU – NERA
8. NOKTAH SANDIWARA – TOM
9. KARTITA – AWANBAND
10. ITU INI BEGITU BEGINI – MIRWANA & ALTIMET (BARU)
11. ALAMAK – SALAM feat ALTIMET
12. NEBUCHADNEZZAR – JINBARA

Jelasnya, HIT SEMATA-MATA SELAMANYA adalah sebuah album yang wajib dimiliki oleh pencinta muzik tanahair! Dengan memuatkan sebanyak 23 buah lagu, HIT SEMATA-MATA SELAMANYA telahpun mula berada di pasaran sejak 12 Januari 2011 yang lalu, dan boleh didapati dengan harga hanya RM27.90!

Tidak lupa juga, bagi yang ingin mengabadikan lagu-lagu hit pilihan ini sebagai nada dering anda, arahan muat turun beserta kod lagu turut dilampirkan di bahagian belakang album ini!

Berikut adalah arahan muat turun bagi single SELAMANYA oleh ULTRAS MALAYA feat. ALTIMET, JOE FLIZZOW dan CARLEED, BILA AKU JATUH CINTA oleh AWI RAFAEL, dan PERCAYA PADA LUKA oleh NASHRIN.

Untuk mengabadikan SELAMANYA sebagai nada dering anda, sila dial *131*242295# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my bagi Maxis Caller Ringtones. Bagi Celcom Call Me Tones pula, dial *888*140413# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.thecube.my. Manakala Digi Caller Tunes pula, taip CT 0140668 dan hantar ke 2000, ataupun layari http://ct.digi.com.my. Bagi U Mobile Colour Tones, dial *118*5*2*332800# dan tekan call/send ataupun layari http://www.u.com.my.

Untuk mengabadikan BILA AKU JATUH CINTA sebagai nada dering anda, sila dial *131*212800# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my bagi Maxis Caller Ringtones. Bagi Celcom Call Me Tones pula, dial *888*116348# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.thecube.my. Manakala Digi Caller Tunes pula, taip CT 0117604 dan hantar ke 2000, ataupun layari http://ct.digi.com.my. Bagi U Mobile Colour Tones, dial *118*5*2*288573# dan tekan call/send ataupun layari http://www.u.com.my.

Untuk mengabadikan PERCAYA PADA LUKA sebagai nada dering anda, sila dial *131*167471# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my bagi Maxis Caller Ringtones. Bagi Celcom Call Me Tones pula, dial *888*85678# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.thecube.my. Manakala Digi Caller Tunes pula, taip CT 0086292 dan hantar ke 2000, ataupun layari http://ct.digi.com.my. Bagi U Mobile Colour Tones, dial *118*5*2*222529 # dan tekan call/send ataupun layari http://www.u.com.my.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Afgan Nyanyi Lagu Padamu Ku Bersujud di Hotel Istana
  • Lirik Ku Berjanji Karna Cinta Single Terbaru Anuar Zain
  • Gambar Dayang Nurfaizah di A Cut Above Fashion Gala 2010
  • Nazrey Johani Album Nasyid Nostalgia Memori The Zikr
  • Album Kompilasi Terbaru Ella BALADA
  • Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Gambar Kekasih Faralyna
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Sekitar Pelancaran Video Klip Terbaru Atilia RANJAU
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Drama The Stew of Life

    Posted: 31 Jan 2012 09:38 PM PST

    THE STEW OF LIFE

    Kisah drama penuh keceriaan mesti di tonton di ntv7!

    Jika ada rancangan drama yang bakal membuai anda jauh ke dalam emosi dan membawa seisi keluarga menontonnya bersama pasti ianya adalah siri drama terbaru, The Stew of Life. Kini penonton setia ntv7 boleh berhibur dengan drama bersiri TVB ini bermula 7 Februari, setiap Isnin hingga Rabu jam 11.00 malam. Siri drama yang bakal membuat anda tersenyum ini mengisahkan tiga orang wanita yang mempunyai peranan yang berbeza-beza di dalam sebuah keluarga yang juga memaparkan kisah perhubungan dan isu kekeluargaan.

    有營煮婦PosterAWout

    Membawa watak utama dalam drama bersiri menarik ini adalah pelakon wanita veteran Hong Kong, Louise Lee. Aktres yang pernah merangkul beberapa anugerah ini akan bergandingan bersama dua lagi pelakon wanita cantik dan berbakat – Fala Chen dan Christine Ng. Drama ini juga tidak meninggalkan nama besar lain seperti bintang lelakinya, Chung King Fai dan Evergreen Mak. Turut tampil dalam drama ini dalah anak lelaki pelakon hebat seni mempertahankan diri Sammo Hung iaitu Timmy Hung. Turut membantu dalam drama bersiri ini adalah Johnson Lee, Stephen Huynh, dan Yvonne Ho.

    Louise memainkan watak sebagai "Ng Lo Tai" yang digambarkan seorang ibu yang hebat dan sempurna kerana sifatnya yang ceria, penyayang dan suka melindungi anaknya, Charlie Ng (lakonan Fala Chen) dan suaminya Ng Man Tak (Lakonan Cheung King Fai). Ng Lo Tai selalu terpaksa berhadapan dengan kerenah suaminya yang degil dan suka merapu. Ng Man Tak juga tidak tahu menunjukkan perasaannya kepada isteri dan anaknya namun dia sememangnya penyayang, pemurah dan sentiasa teramat menyayangi mereka.

    Fala Chen pula bukan sahaja menjadi salah satu teraju utama drama ini, malah turut menyanyikan lagu tema drama tersebut. Ternyata percubaan Fala Chen tidak sia-sia kerana telah tercalon di dalam dua anugerah tahunan TVB. Wataknya sebagai Charlie dalam drama ini adalah seorang yang suka menyatakan pendiriannya dengan tegas dan seorang wartawan berani di sebuah agensi berita di mana dia menemui kekasihnya, Bil Lee (Johnson Lee) dan seorang lelaki yang menarik minatnya, Ryan Lau (Timmy Hung). Ryan adalah seorang jurugambar di agensi berita sama dan sering mendapat pujian orang atasan. Ini membuatkan Charlie curiga sejauh mana cara kerja Ryan. Para penonton nanti akan terhibur melihat gelagat kisah dua pasangan ini saat mereka bertengkar dan tatkala keserasian ,mereka dipamerkan dalam lakonan mereka nanti.

    Antara pasangan lain yang perlu diberi perhatian juga adalah May Lo (lakonan Christine Ng) dan Yau Kai (lakonan Evergreen Mak). May adalah adik Ng Lo Tai yang baru sahaja berpisah dengan suaminya yang kaya raya. May juga adalah seorang yang mementingkan diri sendiri serta bersifat materialistik kerana terbiasa dengan gaya hidup mewah. Sehingga nanti dia bertemu Yau Kai yang bakal jatuh hati padanya. Seorang yang baik dan bertimbangrasa, Yau Kai juga seorang yang bertanggungjawab dan seorang lelaki yan komited. Jatuh hati pada May membuatkan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hatinya. Seperti biasa, lakonan Evergreen semestinya akan lebih menambah rasa kepada watak yang dimainkannya.

    Sementara itu, selepas berlakunya beberapa insiden, Ng Man Tak telah diarahkan untuk bersara awal. Lantas dia bakal menghabiskan masanya di rumah tanpa banyak perkara yang perlu dilakukannya. Dalam masa yang sama, Ng Lo Tai pula telah diberi peluang untuk menjadi hos rancangan memasak di televisyen. Banyak perkara berubah semenjak itu yang bakal menguji Ng Lo Tai namun dia tetap terpaksa bersabar. Suaminya pula bagaikan kurang gembira dengan segala yang berlaku dan sering menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Mereka sering bertelingkah sehingga Lo Tai tahu bagaimana cara untuk "menguruskan" suaminya itu.

    Bukan sahaja pasangan di usia matang mengalami masalah rumah tangga namun pasangan di umur pertengahan, seperti May juga bakal terperangkap dengan cinta segitiga bekas suaminya dan Yau Kai. Pasangan muda, Charlie dan Ryan juga terpaksa bergelut dengan kisah cinta mereka apabila mereka mengambil keputusan tinggal bersama. Kisah masalah hubungan mereka yang semakin rumit pasti menarik untuk ditonton.

    Bagaimana tiga orang wanita ini akan menguruskan kerjaya dan kisah cinta mereka? Saksikan kisah menarik ini yang bakal menceriakan lagi hari anda dalam The Stew Of Life, bermula 7 Februari, setiap Isnin hingga Rabu jam 11.00 malam, tentunya di ntv7, Saluran Ceria Anda.

    Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, atau ikuti perkembangan ntv7 di laman Twitter dan Facebook.

    Fala Chen & Timmy Hung2

    Fala Chen & Timmy Hung

    Christine Ng & Evergreen Mak

    Fala Chen, Louise Lee, Christine Ng

    Louise Lee2

    Timmy Hung & Fala Chen

    Christine Ng, Fala Chen, Timmy Hung

    Christine Ng & kids

    Chung King Fai & Louise Lee

    Timmy Hung & Fala Chen2

    Fala Chen & Christine Ng

    Louise Lee

    Louise Lee & Chung King Fai

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Andrew Barton Life Can't Wait
  • Crotchets And Cloth Fashion Theatre
  • Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Dunia Glamor KIMORA: LIFE ON THE FAB LANE
  • Drive Of Life
  • Life After People on HD
  • ROOKIE BLUE Leads DIVA's Smoking Hot Mondays
  • Life Stories Trishna & Krishna
  • Build A New Life In The Country
  • Full content generated by Get Full RSS.