Adsense

Rabu, 4 Januari 2012

Zon Artis

Zon Artis


Nabil (Raja Lawak) Akan Menjadi Penyampai Baru Suria FM?

Posted: 04 Jan 2012 08:12 AM PST

NABIL RAJA LAWAK JADI DEEJAY SURIA FM

Nabil (Raja Lawak) dikhabarkan telah ditawarkan menjadi deejay atau penyampai baru di stesen radio Suria FM dan akan mengendalikan satu segmen khas pada pertengahan Januari ini. Pemilihannya itu dibuat selepas dia berjaya dalam satu sesi uji bakat yang diadakan di stesen radio berkenaan pada hujung tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Nabil yang dihubungi untuk mengesahkan perkhabaran ini masih enggan mengulas mengenainya dan meminta supaya menunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat oleh stesen radio berkenaan. Namun daripada kenyataan Nabil itu, seperti sudah jelas bahawa perkhabaran dia akan menjadi deejay itu adalah benar.

Ada juga yang mengatakan Nabil akan menggantikan penyampai segmen Breakfast@Suria iaitu Sharifah Shahira ekoran tempoh kontraknya yang akan tamat pada 24 Januari ini. Namun Nabil yang dihubungi turut menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan dia tidak akan menggantikan sesiapa di stesen itu.

Jadi, sama-samalah kita nantikan sama ada benar atau tidak Nabil akan menjadi deejay baru di Suria FM dan apakah segmen khas yang akan dikendalikannya itu. Kalau benar, tahniah kami ucapkan kepada Nabil kerana berjaya mengembangkan sayap dalam kerjaya seninya. Kalau dulu hanya berlakon, kini dah jadi deejay radio.

Psstt: 2 gambar ini sangat menyayat hati kami~

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Seekers Musim Ke-8 Lebih Seram

Posted: 04 Jan 2012 06:46 AM PST

SEEKERS MUSIM KELAPAN

Program paranormal kegemaran ramai, Seekers musim ke-8 akan dikendalikan oleh tiga pengacara baru iaitu Bil Azali, Syai dan Ixora Chern. Ia bersiaran pada setiap Khamis mulai 5 Januari ini, pukul 9 malam menerusi saluran ntv7.

Menurut penerbitnya, Aeizul Reeza Ismail, Seekers kali ini tampil penuh kejutan, seram dan suspens dengan pelbagai perkara aneh yang terpaksa dilalui oleh tiga pengacara tersebut untuk mencari jawapan kepada misteri paranormal yang ditampilkan.

"Saya pasti penonton berminat melihat sesuatu yang jarang boleh ditemui terutama apabila berjaya dirakam secara visual ataupun bunyi.

"Inilah kelainan yang kami cuba sampaikan melalui rancangan ini iaitu sejauh mana perkara paranormal boleh diterima akal atau mungkin kami boleh membuktikan sesuatu di sebalik semua peristiwa aneh,"

Tambah Aeizul, program tersebut turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti kamera infra merah, alat pandangan malam, pengesan bunyi dan haba sensitif, medan pengesan elektronik serta lampu suluh.

Bagi musim ini, kru dan ahli penyiasat Seekers akan ke Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 19 episod ia disiarkan.

Bukan itu sahaja, selebriti tempatan seperti Black (Mentor), Danny (X-Factor), Kanchana Devi, Belle Ngasri, Hamdan dan ramai lagi turut bersama penyiasat Seekers untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan mencabar perasaan takut dalam diri mereka masing-masing.

Sebelum menyelongkar misteri di lokasi yang mereka singgah, Bil Azali, Syai dan Ixora Chern akan melakukan kajian dengan menemu bual saksi di tempat kejadian yang dikatakan aneh.

Mereka juga akan mengumpul data-data yang boleh dikaitkan dengan peristiwa ganjil itu sebelum membuat persediaan dan berjaga malam untuk cuba berhubung dengan sebarang kebarangkalian aktiviti paranormal.

Rancangan itu juga akan lebih interaktif dengan memberi peluang kepada para penonton untuk berkomunikasi menerusi ruang forum dengan cara berkongsi pengalaman masing-masing, bercerita tentang lokasi mistik yang mereka ketahui selain memberi maklum balas mengenai rancangan tersebut.

Psstt: Harap-harap bila datang Melaka nanti akan ada beca macam ni~

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.