Adsense

Khamis, 5 Januari 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto Terbaru Baby Marion Caunter & Nasa

Posted: 04 Jan 2012 08:03 PM PST

Leia Rose Caunter Nasarudin, nama yang dipahatkan oleh pasangan romantis Nasarudin & Marion Caunter menjengah tengah hari anda hari ini. Foto bayi perempuan yang berusia kurang daripada sebulan ini telah dimuatnaik ke laman profail Marion Caunter sebentar tadi.

Sayangnya, foto ini terlalu kecil untuk ditatap bersama. Apapun..

Comel sangat, kan?

Full content generated by Get Full RSS.

[Trendsetter] : Gaya Kasual Ke Pejabat Memikat Mata Bos

Posted: 04 Jan 2012 07:44 PM PST

Hi 2012, azam baru, baju pun baru, ehem! Artikel Trendsetter kali ini membawa fesyen dan trend yang digayakan oleh rakan kerja OHBULAN! di pejabat yang bisa dijadikan inspirasi buat anda yang kekeringan idea. Jika selama ini anda diwarnai dengan warna-warna suram, apa kata permulaan 2012 diserikan dengan penggunaan warna-warna yang garang. Mungkin, ia bakal mengejutkan mata bos anda!

1. Ceria & menyinar

Salah seorang editor di pejabat kami berani menonjolkan sisi seksinya dengan penggunaan baju bertali berwarna cerah, dan jeans biru. Tak lupa, pencacahan tatu lekat sementara sebagai indikasi bahawa hatinya sedang berbunga-bunga!

2. Panas, uh ah!

Cuaca Malaysia memang panas. Wanita bertubuh langsing ini membuatkan suasana pejabat menjadi lebih panas dengan penggunaan skirt paras lutut berwarna kuning keemasan. Tak senang mata bos dibuatnya, fuh!

3. Hitam, biru & merah

Dikenali sebagai Ben, pakar IT kami tidak ketinggalan untuk kelihatan bergaya. Kemas & bergaya dengan kasut merah bertali gelap sekaligus mencipta fenomena Bieber di pejabat.

4. Baik tapi nakal

Preppy setiap kali dikaitkan dengan imej baik. Namun, jejaka ini bijak mengubahkan persepsi tersebut dengan stail rambut yang serabut. Aha, sedikit nakal di situ.

5. STRIPE

Baju stripe sesuai untuk mereka yang lansing kelihatan lebih berisi. Tapi awas, jangan kelihatan sama dengan dinding ofis pula ya!

6. Elegan

Kalau bos, memang inilah gayanya. Tampil garang dan elegan, namun hati tetap baik.

Full content generated by Get Full RSS.