Adsense

Khamis, 5 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Ally Iskandar Dan Fatin Farah Bakal Berkahwin 2012 ini

Posted: 04 Jan 2012 06:30 PM PST

Tahun 2012 mungkin tahun artis berkahwin kot...terbaru ZoO baca Pengacara terkenal dengan celotehnya ni khabarnya akan mendirikan rumahtangga dengan gadis berumur 22 tahun  bernama Fatin Farah dari kg.atas tol,kuala terengganu.

Beliau akan terus bernikah tanpa bertunang.ini mungkin tidak mahu pertunangan terputus sekali lagi(ZoOM rasa keputusan yang tepat, macam dalam lagu tu..."Nanti Dikebas Orang"...)


Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga hari bahagia Ally Iskanda akan tiba jua.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Farid Kamil Dan Diana Danielle Kahwin Tahun 2015

Posted: 04 Jan 2012 06:23 PM PST

Pasti ramai orang memberikan tumpuan kepada perkahwinan Yusry KRU dan Lisa Surihani yang bakal berlangsung pada 23 Februari depan. Satu lagi pasangan yang orang nantikan adalah Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Tapi ramai yang terlupa pada pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle. Mereka ni memang pasangan yang sangat rileks. Iyalah, jarang muncul berdua di khalayak ramai macam orang lain.

Kalau orang lain sibuk nak tayang pasangan masing-masing tapi Farid mahupun Diana lebih gemar buat hal sendiri. Itu yang membuatkan mereka nampak lebih eksklusif dan istimewa sebenarnya
Syed Utusan Malaysia melaporkan, baru-baru ini ada teman baik kepada pasangan ini menyampaikan cerita yang memang cukup mengejutkan.

Cerita perihal mereka yang dah merancang nak menamatkan zaman bujang tahun ini.


"Sudah ada perbincangan yang dibuat oleh mereka berdua. Cuma masih belum ada kata putus sebab semuanya masih terlalu awal. Yang penting masing-masing dah bersedia nak jadi suami-isteri," kata sumber ini lagi.

Kalau betul cerita yang disampaikan, baguslah. Kalau dah suka tu buat apa nak tunggu lama-lama. Lagi lama lagi banyak dugaan.


ZoOM : Cepat-cepatlah kahwin kalau tak macam-macam cerita, tetapi sebelum kahwin kumpullah duit banyak-banyak. Jangan jadi macam artis AF tu...sebelum kahwin megah dan tawaran merata-rata, tetapi lepas kahwin saham dah jatuh. (Cadangan Je...tau)


Sumber : Utusan Malaysia


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Juliana Evans Menangis Tinggalkan Malaysia Dan Dunia Artis

Posted: 04 Jan 2012 06:17 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon jelita Juliana Evans,23, mengakui amat sedih dan menitiskan air mata kerana terpaksa meninggalkan tanah air selama dua tahun untuk menyambung pelajarannya di University of Michingan, Amerika Syarikat.

Juliana mengakui amat sedih kerana terpaksa melupakan karier lakonannya semata-mata untuk memberi tumpuan terhadap pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di negara itu.

"Memang saya terlalu sedih sekarang ini kerana terpaksa melepaskan kerjaya lakonan buat seketika. Lebih memilukan apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan kawan-kawan karib saya.

"Rasa berat hati sangat nak tinggalkan semua dan saya masih tak boleh menerima hakikat yang saya terpaksa berjauhan dengan orang yang saya sayangi," katanya

"Kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu saya perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula.

"Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan.

"Malah saya percaya, suasana dan rakan baru akan banyak mempengaruhi saya untuk menjadi seorang yang lebih matang ," ujarnya yang akan mencari mana-mana peluang untuk bekerja sebagai model sambilan di negara tersebut.

Sementara itu, anak kacukan Melayu-Inggeris ini berharap penggiat seni dan para peminat tidak terus memadamkan namanya dalam ingatan masing-masing kerana tempoh "kehilangannya" hanyalah untuk tempoh dua tahun.

"Memang semestinya saya akan merindui dunia kehidupan artis dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang telah menaikkan nama saya sehingga ke tahap dikenali ramai. Semoga kita dapat berjumpa kembali," katanya mengakhiri perbualan untuk menaiki pesawat.
 ZoOM : Semoga berjaya membawa balik IJAZAH yang sudah pasti akan menjadi penjamin masa depan anda.

 Info : Mstar
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!