Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Aktifkan Minda Dengan BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS Posted: 04 Jan 2012 08:32 AM PST Aktifkan minda anda dengan BRAND'S® ACTIFMYNDA PLUS Kini anda mampu mencapai lebih lagi setiap hari sewaktu melakukan aktiviti seharian dengan kecergasan berpanjangan untuk tubuh dan minda anda menerusi BRAND'S® ACTIFMYNDA PLUS, minuman kesihatan terkini oleh Cerebos (M) Sdn Bhd. Persekitaran kompetitif hari ini boleh memberi kesan kepada keadaan tubuh dan minda kita, yang boleh menjejaskan prestasi kita di tempat kerja dan di rumah. BRAND'S® ACTIFMYNDA PLUS memberikan tubuh tenaga berpanjangan untuk kekal aktif sepanjang hari sambil meningkatkan prestasi mental anda. Manfaat daripada pengambilan berterusan BRAND'S® ACTIFMYNDA PLUS adalah tubuh dan minda yang cergas yang datangnya daripada kombinasi unik Vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12 untuk meningkatkan pengeluaran tenaga dan sel darah merah bagi melawan keletihan, bersama-sama SariPati Ayam BRAND'S® yang telah dibuktikan secara saintifik untuk meningkatkan tumpuan mental dan daya ingatan. BRAND'S® ACTIFMYNDA PLUS diperbuat daripada ekstrak ayam berkualiti tinggi yang kaya dengan protein semula jadi, asid amino dan peptida serta mempunyai keenakan rasa yang memenuhi citarasa anda. Diiktiraf halal, kebaikan cecair berkenaan juga bebas kolesterol dan tidak mengandungi perangsang tambahan atau bahan pengawet dan kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya. Boleh diperolehi di seluruh negara, BRAND'S® ACTIFMYNDA PLUS berharga RM25.90 untuk pek 6-botol x 42g. "BRAND'S® ACTIFMYNDA PLUS adalah satu tambahan hebat kepada rangkaian suplemen kesihatan kami yang dirumus secara unik untuk mencergaskan tubuh dan minda, membolehkan orang ramai untuk memberikan prestasi terbaik sewaktu mereka mengimbangi kerjaya serta kehidupan peribadi dan keluarga. Seperti yang kita ketahui, banyak perkara hebat yang berpunca daripada minda yang aktif justeru, penting untuk mengekalkan kesihatan mental pada tahap terbaik setiap masa," kata Encik Koh Joo Siang, Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd. "BRAND'S® terus berusaha untuk menampilkan kualiti produknya dan disebabkan kami satu-satunya pati ayam yang dibuktikan secara saintifik di pasaran, saya yakin bahawa pengguna akan berasa kelainan dan menikmati manfaat sepenuhnya apabila mereka menjadikan kami sebahagian daripada amalan untuk mengekalkan kesihatan setiap hari," tambah Koh. SariPati Ayam BRAND'S® adalah satu-satunya produk seumpamanya yang dibuktikan secara saintifik, ditunjangi oleh lebih daripada 20 tahun penyelidikan saintifk dan klinikal yang meluas dengan hasil penemuannya dicatatkan dalam 30 jurnal saintifk menerusi usahasama dengan para saintis daripada universiti-universiti di U.K, Jepun, China, Taiwan, Malaysia dan Singapura. Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Sains Perubatan & Kesihatan, Universiti Putra Malaysia mendapati bahawa pengambilan SariPati Ayam BRAND'S® selama lebih daripada 14 hari secara berterusan meningkatkan tahap ingatan dan tumpuan mental seseorang iaitu sebanyak 15% dan 22% setiap satu. Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mencergaskan minda anda hari ini, layari www.brandsworld.com.my atau hubungi Talian Pelanggan di 1-300-228-300. Tags: PromoClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Toy Story Playland Tarikan Terbaru Hong Kong Disneyland Posted: 04 Jan 2012 08:07 AM PST Salam tahun baru buat semua pembaca sekalian. Welcome 2012! Pergh! Hari ini sudah pun 5 Januari eh? Cepat sungguh! Bagaimana dengan sambutan tahun baru 2012 korang? Wah, ada yang sambut di Singapura la, kat Thailand la, mak ai, jalan sakan la korang eh. Mana tempat pun, Budiey harap korang semua happy dan enjoy ya. Pada tahun ini, Sayangnya, Budiey tak sambut kat Kuala Lumpur sebab kena travel ke Gold Coast la pulak. Hehehe, bukan Gold Coast, Australia sana tu ya, tapi Sepang Gold Coast je, kuang kuang kuang! Tapi memang kelas betul nama-nama tempat kat Malaysia sekarang ni. International sangat bunyi. Cakap pasal tahun baru, mesti masing-masing dah tanam azam, nak buat itu, nak capai ini pada tahun 2012 ni. Huh, tinggi sungguh azam korang semua. Hebat & sungguh ohsem! Ya, betul gak tu, azam kenalah hebat. Kalau tak hebat, camna nak capai target tu kan? Walaupun sebenarnya, azam tu recyle dan kitar semula je dari azam tahun lepas. Ada cita-cita tu, sampai sekarang masih tak tercapai-capai pun. Mana taknya, terlampau tinggi sangat cita-cita tu, sampai tak termampu nak capai. Azam Budiey pada tahun ni…? Mmm… banyak jugak la azam yang bermain dalam kepala ni. Tapi azam mahu travel keliling dunia macam selalu terlintas & berlegar-legar dalam kepala otak. Memang nak sangat melancong ke luar negara setiap bulan. Itu sebabnya, Budiey dah buat keputusan untuk menukar tagline blog budiey.com ini kepada blog travel & lifestyle. Jadi, selain berblog pasal dunia hiburan, kat blog ni gak, korang boleh baca juga tentang info & tempat-tempat menarik kat Malaysia mahupun di luar negara. Itu pun, bergantung pada kemampuan dan masa yang Budiey ada. Okay, bercakap pasal melancong ni, destinasi pelancongan yang akan Budiey singgah pada bulan Januari tahun 2012 ialah Hong Kong. Yeay! Ya, sekali lagi, Budiey memilih Hong Kong untuk jalan-jalan cari makan sebab kali pertama ke Hong Kong pada penghujung Julai 2011 memang tak puas. 4 hari memang rasa sekejap je, beb. Terutamanya, pada hari kedua kat sana, semasa melawat Hong Kong Disneyland tu, memang rasa sekejap sangat. Satu hari pusing-pusing kat Disneyland memang tak cukup rasanya. Jadi, Budiey buat keputusan untuk tinggal selama 3 hari 2 malam kat Hong Kong Disneyland. Baru puas hati kan? Untuk menyenangkan lagi perjalanan kali ini, Budiey memilih untuk menginap di Hotel Hong Kong Disneyland. Selain mudah nak ke taman tema yang popular tu, Budiey rasa jika kita dapat stay kat Hotel Hong Kong Disneyland, dapat lah menjimatkan lagi masa dan tenaga. Takde la nak susah-susah naik MTR. Hanya selangkah je, terus sampai kat Hong Kong Disneyland. Tak gitu? Harap-harap lawatan kali ini dapat memberikan kepuasan yang maksimum untuk Budiey. Dan Budiey akan spend masa puas-puas kat sini. Nak try semua permainan dan tengok secara lebih details untuk kali kedua. Oh ya, sebelum Budiey terlupa, dengar ceritanya, Hong Kong Disneyland sekarang ni ada satu daya tarikan terbaru iaitu Toy Story Playland. Haaa, sebab tu Budiey nak sangat ke Hong Kong ni semata-mata nak tahu dan melihat sendiri taman tema terbaru yang baru sahaja dibuka untuk pelawat. Budiey memang minat giler dengan filem dan karakter dalam filem ini. Nak tak nak, memang kena pergi gak Hong Kong Disneyland sekali lagi semata-mata nak explore dunia Toy Story terutamanya nak rasa dunia sebenar Andy, watak utama filem Toy Story. Memang tak sabar nak tengok karakter-karakter dalam filem trilogy Toy Story yang diterbitkan oleh Disney-Pixar ni. Dengar-dengarnya, penggemar filem Toy Story dari seluruh dunia berpusu-pusu ke Hong Kong. Maklum sajelah, filem ni kan global blockbuster. Untuk info pembaca, taman tema Toy Story Playland ini mula dibuka pada 18 November 2011. Kiranya bersempena dengan hari jadi yang ke 83 Mickey Mouse & Minnie Mouse yang jatuh pada 18 November. Budiey pun tak boleh cerita secara details pasal taman tema terbaru ni sebab belum memijakkan kaki ke sana. Tapi setahu Budiey, kat sana ada patung besar Woody, Rex & macam-macam lagi lah karakter dari filem Toy Story. Selain itu ada 3 tumpuan utama iaitu RC Racer, Slinky Dog Spin dan Toy Soldier Parachute Drop. Nak tahu lebih lanjut, korang jangan lupa baca budiey.com dalam masa terdekat ini. Untuk lebih faham konsep taman tema ini, apa kata korang tonton video making of Toy Story Playland. Gambar kenangan masa kunjungan pertama ke Hong Kong pada bulan Julai tahun lepas. Tags: TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |