Adsense

Rabu, 4 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Gambar Kucing kesayangan Perdana Menteri, Dato Najib Tun Razak

Posted: 04 Jan 2012 12:29 AM PST


Comelnyerrr...banyak pulak tue..hahaha

Ibu Amalina bersihkan nama anak,sangkal dakwaan fitnah sebuah blog

Posted: 04 Jan 2012 12:26 AM PST

Banyak reaksi yang diterimaa dari masyarakat Malaysia berkenaan isu Amalina yang dilihat semakin sosial dengan pakaian yang tidak menunjukkan budaya ketimuran.

Ibu Amalina tampil menjelas kan dan membersihkan nama baik anaknya yang difitnah kononnya telah gagal dalam pelajaran bahkan kembali ke Malaysia senyap-senyap oleh sebuah blog..

Ada yang mengutuk Puan sabariah kerana menyebelahi anaknya,namun hati ibu mana yangg sanggup mendengar anak yang dikandungnya 9 bulan di caci oleh masyarakat.


Berikut ialah reaksi Puan Sabariah:
  • Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu saya juga tentu tidak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya.
  • Saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama-sama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu saya sendiri yang beli.
  • Anak saya bukan seorang gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Kami berhubung hampir setiap malam. Saya juga sudah 13 kali ke sana sejak dia menuntut di UK.
  • Mengenai tuduhan anaknya dah buang tudung, ibunya menjawab. " Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memeng bertudung ke sekolah".
  • Amalina kini sedang menuntut dalam dua bidang sekali gus iaitu jurusan perubatan dan juga sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland.
  • Tuduhan anaknya mewarnakan rambut dan gemar bersosial pula di jawab dengan…"ia hanya fitnah yang sengaja mahu mencemarkan anama baik anaknya"
  • "pelajaran anak saya tidak terjejaspun, dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunaka oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
  • Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalankan praktikal di Oxford bermula novenber depan.
  • Berita Amelina tersebut telah berjaya menyebabkan seramai 800 orang memohon untuk menjadi 'Rakan' dalam Facebooknya.
  • Ditanya apa reaksi Amalina terhadap isu gambar dirinya tersebut…"Dia hanya ketawa sahaja"

Rumusannya Amalina tak ada apa-apa. Semua gambar yang terdedah tersebut direstui ibunya. Pergaulan dengan rakan-rakan seperti yang dilihat dalam gambar tersebut ibunya sendiri yng rakam. Fesyen pakaian yang Amelina pakaipun ibunya sendiri yang belikan.

Kes tudung pula memang Ibunya sendiri tak kisah. Tudung hanya satu pakaian pergi sekolah sahaja dan bukan pakaian peribadi Amalina. Sebagai bukti bahawa Amalina masih berada di jalan yang lurus adalah dia masih lagi hebat dalam pelajarannya.

Credit to wartashubhi blog




SABARIAH  menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.
SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.