Adsense

Jumaat, 27 Januari 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Perniagaan masa depan

Posted:

Perniagaan masa depan

Perniagaan masa depan

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Mohd Naim Aziz


Bunkface bakal menerjah Indonesia dengan muzik mereka tidak lama lagi. Dari kiri Shamsul Annuar Mohd Baharom, Ahmad Farhan Hashim dan Mohd Farouk Jaafar.


SETELAH tujuh tahun bersama, akhirnya Bunkface kini mampu tersenyum apabila impian untuk membuka Bunkface Rock Station akhirnya tercapai.

Mengambil masa sehingga dua tahun untuk merangka pembukaan kedai tersebut, Bunkface Rock Station merupakan hadiah sulung untuk perjuangan muzik tiga anak muda ini.

Bermodalkan RM200,000, Bunkface Rock Station menjanjikan sesuatu yang berbeza buat peminat yang hadir ke lokasi ini. Ini kerana, selain studio jamming, kedai itu juga menyediakan pelbagai barangan cenderamata daripada kumpulan punk rock tersebut.

Salah seorang anggota Bunkface, Paan atau nama sebenarnya Ahmad Farhan Hashim memberitahu, yang lebih membanggakan mereka adalah pembukaan Bunkface Rock Station menggunakan wang simpanan titik peluh mereka selama ini, tanpa perlu membuat sebarang pinjaman.

"Kami sudah lama mahu membuka sebuah pusat sehenti buat kumpulan kami.

"Bunkface Rock Station juga merupakan pejabat serta lokasi utama untuk kami berjumpa dan berbincang," katanya kepada S3.

Kedai yang terletak di Subang Jaya, Selangor itu mempunyai dua pekerja yang akan membantu anggota kumpulan tersebut menguruskan Bunkface Rock Station.

Menurut Shamsul Annuar Mohd Baharom atau lebih dikenali sebagai Sam yang juga vokalis, dia percaya pembukaan kedai tersebut merupakan langkah awal buat mereka bertiga dalam membina sebuah empayar.

"Mengikut perancangan kami mahu melebarkan sayap dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah untuk mempunyai label sendiri.

"Bagaimanapun buat masa ini kami akan memberi tumpuan kepada muzik terlebih dahulu agar nama kumpulan kami cukup kuat dalam industri dan seterusnya secara perlahan-lahan membina empayar sendiri suatu hari kelak," katanya.

Walaupun kini mereka sibuk dengan pembikinan album kedua yang bakal menemui peminat pada pertengahan tahun ini, namun mereka tetap meluangkan masa untuk berada di Bunkface Rock Station bagi memastikan kelancaran perniagaan pertama itu.

"Kami akan memperuntukkan tiga atau empat hari seminggu untuk datang ke sini bagi melihat perkembangan perniagaan.

"Memandangkan studio rakaman ini masih lagi dalam pengubahsuaian, kami terpaksa melakukan rakaman di luar buat sementara ini. Bagaimanapun setelah semuanya lengkap nanti kami pasti akan berada lebih kerap di Bunkface Rock Station," katanya.

Mengakui bukan mudah untuk mendapat persetujuan memandangkan mereka juga mempunyai pendapat berbeza mengenai sesuatu perkara, seorang lagi anggota kumpulan itu, Mohd Farouk Jaafar atau Youk menjelaskan bahawa ia tidak pernah merunsingkan mereka memandangkan Bunkface mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul.

"Kami sering mengambil masa untuk berbincang malah konsep untuk kedai ini juga hadir melalui idea kami bertiga.

"Dan melalui pembukaan Bunkface Rock Station ini kami percaya ia akan membantu kami untuk membawa Bunkface untuk pergi lebih jauh," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jiwa 'ganas' Nabil

Posted:

Jiwa 'ganas' Nabil

Jiwa 'ganas' Nabil

Tajaan baju dan kasut Vans


MULA berjinak dengan sukan papan luncur sejak berusia 15 tahun.


Tidak hanya sekadar suka-suka, Nabil mempunyai cerita tersendiri bagaimana dia boleh terjebak dengan sukan tersebut. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini mula berjinak-jinak dalam aktiviti riadah berkenaan seawal umur 15 tahun lagi.

"Ketika itu, saya dan kawan- kawan tidak tahu nak buat aktiviti apa untuk mengisi masa lapang. Namun, selepas melihat sukan papan luncur ini, kami jatuh hati dan mula mempelajari selok belok sukan ini.

"Tapi bila saya sudah mula bekerjaya tetap seperti sekarang ini, jarang dapat meluangkan masa untuk aktiviti ini.

"Namun, sekiranya betul-betul ada masa, saya akan melepaskan perasaan di Ekstrem Park Shah Alam atau pun di Mont Kiara," jelasnya yang kini menjadi penyampai radio Suria FM dalam segmen Ceria Pagi di Suria bersama Kencana Dewi dan Halim Othman.

Menceritakan mengenai pengalaman bermain sukan papan luncur, Nabil bersyukur kerana dia tidak pernah mengalami kecederaan teruk sepanjang terlibat dalam sukan tersebut.

"Kawan-kawan saya pernah mengalami kecederaan seperti terkehel dan patah kaki serta pelbagai lagi kecederaan lain.

"Tapi saya pernah jugalah terjatuh ke dalam longkang, itu perkara biasa tetapi tidak parah," jelasnya sambil ketawa kecil kecil.

Selain itu, sebagai bukti kesungguhan dalam sukan tersebut, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad juga pernah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan sukan papan luncur tersebut.

"Seingat saya pertandingan sukan ekstrem tersebut diadakan pada tahun 2004 dan berlangsung di Pulau Pinang.

"Saya memang buat betul-betul pada masa tersebut. Walaupun tidak menang sebarang tempat, pengalaman dapat menempatkan diri sudah cukup bermakna bagi saya," jelas Nabil sambil mengikat tali kasutnya yang terlucut, sebelum mula menunjukkan aksi meluncur depan kamera.

Rezeki terpijak

Memiliki ratusan papan luncur, Nabil juga sangat menggemari barang-barang yang berkaitan dengan sukan tersebut.

Jadi, ke mana sahaja anak ketiga daripada tujuh beradik ini pergi, sudah pasti ada sahaja pakaian berkaitan sukan tersebut akan ada di tubuhnya.

"Hendak dijadikan cerita, ketika saya mengadakan persembahan ketika Maharaja Lawak dahulu, saya memakai kasut jenama Vans.

"Tapi saya tidak sangka pula, bermula daripada situ, pihak Vans berminat untuk menaja saya.

"Selain itu, dalam masa yang sama juga saya menjadi duta produk tersebut, kiranya rezeki terpijak," jelasnya ketika ditemui di Petaling Jaya baru-baru ini.

Nabil kini bukan sahaja sibuk dengan bidang penyampai radio yang baru diceburinya itu, malah turut sibuk dengan pelbagai lagi peluang seni yang datang.

Tuah semenjak bergelar suami orang pada Oktober tahun lalu, benar-benar terlihat.

"Saya amat bersyukur dengan kehadiran rezeki sepanjang terlibat dalam industri ini.

"Tapi apa yang lebih penting ialah setiap perkara yang saya lakukan, saya akan lakukannya dengan baik dan memuaskan hati semua pihak," katanya.

Nabil kini mula sibuk dengan latihan persiapan untuk persembahan Lawak Ke Der yang akan diadakan Februari di Istana Budaya.

Full content generated by Get Full RSS.