Gosip Artis Malaysia |
- Benarkah Ana Raffali Nikah Pada 25 Februari 2012?
- Tatu Boy Clifford (Projek Pistol) dibuat sebelum memeluk Islam
- Artis Perdaya Suami Isteri Hampir RM 1 Juta
Benarkah Ana Raffali Nikah Pada 25 Februari 2012? Posted: 26 Jan 2012 11:57 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan. mStar Online difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim Abdullah itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi. Ana yang dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini. "Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua. "Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini," katanya. Kecil hati Sementara itu Ana menyifatkan tuduhan kononnya dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak adil buat dirinya dan keluarga. Dia mengakui berkecil hati dengan dakwaan tersebut, berkata pihaknya memang sudah merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu. Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila berita perkahwinan itu sudah tersebar dalam ruangan gosip sehingga disalah ertikan oleh segelintir pihak. "Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan. "Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai. "Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu," katanya. Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini, berkata kesan daripada dakwaan itu memberikan gambaran yang tidak manis kepada dia sekeluarga. "Apabila timbul cerita saya tidak jemput media dan rahsiakan perkahwinan, ia memberikan impak yang tidak baik kepada kami sekeluarga. "Sampai hati pihak yang menyebarkan dakwaan itu. Ia seolah-olah menggambarkan yang kami tiada adab dan teruk sangat sehingga menyembunyikan berita baik ini daripada masyarakat," katanya. Dalam pada itu, Ana kini sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacaran nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, malam Ahad ini. |
Tatu Boy Clifford (Projek Pistol) dibuat sebelum memeluk Islam Posted: 26 Jan 2012 11:43 PM PST "Tatu yang ada di badan saya ini saya buat sebelum memeluk agama Islam. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa saya tidak membuang tatu ini kerana ia dilarang oleh Islam. Tapi, ingin saya jelaskan bahawa tatu yang ada di badan saya ini bukannya sedikit tetapi boleh dikatakan hampir seluruh badan. Untuk membuang tatu ini, selain menelan kos yang tinggi, ia juga sangat menyakitkan. Dalam masa yang sama, Boy juga menafikan dia memeluk Islam semata-mata ingin berkahwin. Sebaliknya memberitahu dia sudah lama dekat dengan ajaran Islam kerana mempunyai keluarga angkat yang beragama Islam. "Masa kecil dan zaman remaja, saya masih tidak tahu agama mana yang ingin dianuti, tetapi lama-kelamaan saya benar-benar terpikat dengan ajaran agama Islam dan akhirnya pada tahun 2009 saya nekad memeluk Islam. Sebagai saudara baru, memang banyak perlu saya pelajari. Sebab itu saya cakap tadi, saya tidak rasa mempunyai tatu itu satu masalah besar untuk menjadi seorang Islam. Saya percaya dan yakin, Yang di atas sana tahu isi hati saya dan hanya Dia yang layak menjatuhkan hukum," ujar Boy berterus-terang. Sebelum memeluk Islam jejaka ini menggunakan nama Clifford Hugh Joseph. Sebagai seorang muslim, Boy memilih nama Abdullah Omar. |
Artis Perdaya Suami Isteri Hampir RM 1 Juta Posted: 26 Jan 2012 11:30 PM PST KESAL...Abang Yusuf (kiri) dan isterinya, Noor Maszura bersama Khiarul ketika sidang media. Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002. "Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat," katanya ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, di sini, semalam. Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama. |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |