Celebrity News |
- Anne Ngasri Nak Kahwin Lagi !!
- Artis Hollywood : Restoran Jay Z ditutup kerana tak bersih
- Gambar Pertunangan Anis Aneesa Dengan Jejaka Iran, Ali Hedayati
- Bot Bakal Suami Atilia Yang pemalu | Perkahwinan Atilia dan Bot 2012 ?
- Penyanyi Terkenal menipu hampir 1 Juta
Anne Ngasri Nak Kahwin Lagi !! Posted: 26 Jan 2012 08:07 PM PST SEMAKIN kecil dan nampak muda daripada usianya, itulah ungkapan pertama yang terkeluar daripada mulut penulis saat bertemu dengan aktres Naszriah Ngasri atau nama pentasnya Anne Ngasri pada penggambaran drama muzikal Antara Kita, baru-baru ini. Anne mengakui dia kini sedang berkawan dengan seseorang dan tidak menolak andai jodohnya untuk menamatkan zaman janda datang dalam masa yang terdekat. Kosmo!: Mengapa badan semakin mengecil, berdiet atau ada masalah? Anne: Ya, saya sedang berdiet, bukan makan hati ya. Sebelum ini berat saya bertambah dengan banyak selepas melahirkan anak ketiga, jadi saya tekad untuk kuruskan badan. Anne bergelar janda pada usia 26 tahun, sudah tiga tahun hidup bersendirian, bila mahu menamatkan zaman janda? Tipulah kalau saya cakap saya tidak berkawan dengan sesiapa, memang ada tetapi masih dalam peringkat berkawan. Andai, jodoh datang dalam masa terdekat saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak serik dengan perkahwinan tetapi setakat ini belum ada perancangan ke arah itu (perkahwinan). Ada sebarang syarat untuk lelaki yang ingin menyunting Anne sebagai isteri? Saya bukanlah orang cerewet tetapi lelaki itu haruslah seorang bertanggungjawab dan bersedia menerima diri saya seadanya kerana saya datang dengan pakej tiga orang anak. Saya tidak mahu minta lebih-lebih atau berkata saya tidak mahu lelaki seperti itu dan ini kerana selalunya yang tidak mahu itu yang akan kita dapat. Jadi, saya tidak kisah dan tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk menamatkan zaman janda. Bagaimana dengan kehidupan Anne kini dan hubungan dengan bekas suami? Alhamdulillah, saya bahagia dengan anak-anak. Walaupun kami sudah bercerai tetapi hubungan kami masih baik kerana anak. Saya yang menghantar anak saya Abdul Warits, 6, dan Abdul Wafri, 4, ke tadika setiap pagi, dan ayah mereka Wafi yang akan mengambil mereka pulang dari tadika setiap hari. Jika saya ada penggambaran drama, saya ada pembantu rumah yang akan menjaga anak, ibu saya dan bekas ibu mertua juga turut membantu untuk menjaga anak bongsu saya, Naszhara Afroza yang kini berusia dua tahun. Info :Kosmo Online ZoOM : Alhamdulillah semoga hari bahagia itu akan tiba, namun apa yang menarik perhatian ZoOm mengenai kisah hubungan kekeluargaan yang masih teguh walaupun sudah berpisah. Samada daripada pihak bekas mertua dan bekas suami yang ikhlas dan sering berhubung mengenai penjagaan ketiga-tiga anak Wafi dan Anne. Inilah yang kita inginkan apabila terjadi perkara yang telah ditakdirkan. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Artis Hollywood : Restoran Jay Z ditutup kerana tak bersih Posted: 26 Jan 2012 06:46 PM PST BARU 24 jam dibuka, restoran Club 40/40 milik suami Beyonce Knowles, Jay Z sudah diperintah tutup! Perintah tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan New York City atas alasan ia melanggar piawaian kesihatan. Menurut laporan Aceshowbiz, pemeriksa telah menemui 69 kesalahan yang dilakukan oleh restoran milik Jay Z itu. Ini termasuklah cara pengolahan makanan yang dianggap mampu mengancam kesihatan pelanggan mereka, suhu pendingin hawa yang sepatutnya 42 darjah celsius dinaikkan kepada 60 darjah celsius serta penyimpan makanan panas dengan suhu yang terlalu rendah yang telah membuat kebanyakan daging yang disimpan hampir busuk. "Jika anda membiarkan ini terjadi, maka anda akan membahayakan banyak orang. Satu pakej makan malam dan tarian mewah tidak boleh sejajar dengan penyakit yang mungkin timbul akibat makanan itu," ujar salah seorang pemeriksa yang memeriksa restoran tersebut. Arahan penutupan restoran itu nyata bertentangan dengan gaya mewah yang diwar-warkan Jay Z sebelum ini. Ia telah menelan belanja mencecah RM40 juta hanya untuk diubah suai dalam tempoh 10 bulan. Malah satu acara perasmian yang baru dijalankan sehari sebelum ia diarah tutup merupakan majlis perasmian buat kali kedua selepas ia pernah diarah tutup pada bulan Mac 2010 kerana melanggar piawaian kesihatan dengan 39 kesalahan. Info : Kosmo Online ZoOM : Baru nak memulakan perniagaan dah kena bala sehingga menyebabkan restoran kena tutup, semoga ia menjadi pengajaran kepada sesiapa yang ingin membuka perniagaan makanan diluar sana terutamanya artis kita ye :) sebab sekecil zarah pun kaki gossippp kat luar sana akan hebahkan. Fikir-fikirkanlah..... Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gambar Pertunangan Anis Aneesa Dengan Jejaka Iran, Ali Hedayati Posted: 26 Jan 2012 06:41 PM PST KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2012: Penyanyi, Anis Aneesa selamat mengikat tali pertunangnnya bersama jejaka yang berasal dari Iran, Ali Hedayati, 32, di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Jumaat lalu. Meskipun baru berkenalan sejak enam bulan lalu dengan tunangnya yang juga seorang ahli perniagaan di Malaysia, Anis Aneesa atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 25, berkata sikap Ali yang bersifat pelindung telah membuat dia tidak teragak-agak untuk menerima lamarannya. "Kami mula berkanalan dan saling kenal mengenali sejak pertama kali berjumpa di majlis ulang tahun rakan kami. "Selepas berkenalan, kami tidak mengambil masa yang lama untuk meneruskan hubungan cinta. Bagi saya dia seorang lelaki yang sangatcaring dan penyayang. Malah saya akan rasa begitu selamat bila bersamanya. "Soal berlainan bangsa dan asal itu tidak menjadi masalah besar, kerana apa yang penting dia beragama Islam," katanya. Pasangan tersebut bagaimanapun telah merancang untuk tidak mengikat ikatan pertunangan dengan agak lama kerana bakal mendirikan rumah tangga dalam masa enam bulan lagi. "Kami sudah merancang untuk berkahwin selepas enam bulan mengikat tali pertunangan. Namun tarikhnya belum ditetapkan lagi," katanya lagi. Diraikan dalam majlis yang sederhana, pertunangan tersebut hanya dihadiri oleh saudara terdekat dari kedua belah pihak serta sahabat handai. Sementara itu, Ali pula tidak melepaskan peluang untuk meluahkan rasa bahagianya apabila memiliki Anis yang kini sudah menjadi tunangnya. "Bagi saya Anis seorang perempuan Islam yang baik dan menjaga tingkah lakunya kerana dia masih tinggal bersama ibu bapanya walaupun sudah dewasa. "Saya yakin saya hanya sayangkan dia seorang untuk selamanya," luahnya. Selain sanak saudara, majlis yang bertamakan warna merah itu turut dihadiri oleh rakan artis seperti Ayati Tasrip, Yantzen dan ramai lagi. Anis pernah merakamkan album Kompilasi - Lagenda Cinta & Dang Dang Dut 3 dan mempunyai sebuah album mini berjudul Anis Aneesa yang telah menggunakan khidmat Ajai sebagai penerbit album serta komposer. Info : Murai ZoOM : Sekarang ni dah menjadi trend gadis-gadis memilih wajah hendsome daripada luar negara, kesian dekat jejaka-jejaka tampan kat Malaysia ni nak kahwin dengan artis...tapi tak semualah dalam 5 % je...5% lagi kahwin dengan bekas laki orang..opsss laser...gurau je jangan terasa ye :) Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Bot Bakal Suami Atilia Yang pemalu | Perkahwinan Atilia dan Bot 2012 ? Posted: 26 Jan 2012 06:31 PM PST TATKALA ditanya tentang perancangan yang sudah diatur sepanjang 2012, dengan spontan Atilia memberitahu salah satu agenda dalam diari hidupnya adalah untuk menamatkan zaman janda. Mendengarkan pengakuan itu, Hits terus mendalami soal perkahwinan itu yang dijawab dengan penuh terbuka oleh penyanyi genit berusia 37 tahun itu. Namun, syarat yang ditetapkan oleh Atilia adalah untuk tidak mendedahkan nama bakal suaminya dan hanya mahu dikenali sebagai Bot. Kata Atilia, arjuna hatinya itu seorang yang pemalu. Tanpa selindung, Atilia menjelaskan pintu hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas dia dan Bot sudah mula memperkatakan tentang perkara tersebut. Mula berpacaran secara serius hampir tiga tahun lalu sebaik sahaja sah bercerai dengan bekas suami, Ariff Johan Abdul Aziz, Atilia mengaku cukup selesa berdampingan dengan Bot. Walaupun jejaka itu muda tiga tahun, bagi Atilia, jurang usia bukan satu masalah besar. Apa yang penting adalah kematangan lelaki itu dalam perhubungan mereka. "Ketika saya berhadapan dengan masalah, Bot ada di samping saya. Dia banyak mengambil berat tentang diri saya dan kami juga banyak berkongsi minat dan cita rasa yang sama. Dalam usianya yang sudah dipenghujung 30-an, memang sudah layak untuk Atilia kembali berumah tangga dan menjadi seorang isteri. Apabila memperkatakan tentang kesediaan untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ujar Atilia, dia sememangnya menanti masa yang sesuai untuk berbuat demikian. Apatah lagi hampir tiga tahun menjalani kehidupan seorang diri, dia menikmati kelebihan itu dengan penuh bebas terutama masa bersama teman-teman wanita rapatnya. "Sebagai seorang yang solo dan tidak terikat dengan komitmen, saya dapat melakukan banyak perkara yang jarang dilakukan ketika berkahwin dulu. "Daripada perbincangan dengan Bot, kemungkinan besar, perkahwinan akan berlangsung sama ada selepas Aidilfitri atau pun penghujung tahun ini," kata satu-satunya puteri kesayangan penghibur malar segar, Salamiah Hassan ini lagi. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Penyanyi Terkenal menipu hampir 1 Juta Posted: 26 Jan 2012 06:22 PM PST Yusof dan isteri yang ditipu penyanyi terkenal Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002. "Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat," katanya ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, di sini, semalam. Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama. Info :Metro Online ZoOM : Apa nak jadi dengan penyanyi tu...kesian dengan pasangan ni sampai di istihar muflis dibuatnya, anda rasa siapa yer ? sama-sama kita tunggu dan lihat siapa yang pakai kereta mers dan Toyota estima.. Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Cerita Artis | Isu Semasa | Tutorial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |