Adsense

Khamis, 15 Disember 2011

Zon Artis

Zon Artis


Isteri Suka Berjudi Dan Merokok – Jimmy Shanley

Posted: 15 Dec 2011 11:31 PM PST

ISTERI JIMMY SHANLEY SUKA BERJUDI DAN MEROKOK

Mungkin ramai yang ingin tahu apa sebenarnya masalah antara Jimmy dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sehingga menyebabkan rumahtangga yang mereka bina baru setahun jagung sudah mula goyah.

Hari ini kami berikan jawapannya kepada anda dimana puncanya adalah disebabkan sikap isteri Jimmy yang yang suka berjudi dan merokok. Kenyataan ini bukan kami sesaja reka, tapi ianya kenyataan yang keluar dari mulut Jimmy sendiri ketika menjawab pertanyaan peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakilinya dalam perbicaraan permohonan perintah kembali taat dan nusyuz yang difailkan pada Januari lalu.

Menurut Jimmy lagi, disebabkan keengganan Nursuhaila meninggalkan tabiat itu menyebabkan Nursuhaila tidak mahu tinggal bersamanya dan masa mereka untuk bersama sebagai suami isteri semakin terhad.

Seperti kata Jimmy:-

"Dia bukan sahaja berjudi menggunakan daun terup, tetapi turut berjudi menerusi Internet ketika di rumah mertua.

"Isteri enggan tinggal bersama saya kerana sukar hendak meninggalkan aktivitinya itu disebabkan di rumah saya tidak ada internet"

Sedikit imbasan, Jimmy menfailkan permohonan untuk kembali taat pada 3 Januari 2011, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari 2011. Ianya dibuat selepas Jimmy dan Nursuhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober 2010.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.