Adsense

Khamis, 15 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Isteri Tahi Judi Punca Rumahtangga Jimmy Shanley Punah?

Posted: 15 Dec 2011 10:42 PM PST

Tak habis dengan isu perang mulut yang dilancarkan oleh Suhaila atau Nursuhaila Eliani Suhaimy, kini Jimmy Shanley sudah mula membuka pekung Suhaila pula.

Tidak menyalahkan Jimmy Shanley, tetapi perbicaraan hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah mendedahkan beberapa perkara yang tidak diketahui umum. Suhaila, isteri kepada pengacara, Jimmy Shanley adalah kaki judi!

Menurut Kosmo, perbicaraan yang berlangsung semalam ini telah mendedahkan dimana Suhaila telah menunjukkan belang seawal hari kedua pernikahan mereka lagi apabila Suhaila dikatakan bertaruh judi di internet ketika mereka masih berada di rumah keluarga wanita.

Dakwaan ini dikuatkan lagi apabila Suhaila memberi alasan yang dia bermain judi untuk menghilangkan tekanan di hari lahir bapanya pada 11 Oktober 2010. Pada 11 Oktober, dia sepatutnya pulang awal dan membeli kek, tetapi, sebaliknya pula yang berlaku.

Selain itu, sikap Suhaila yang lebih suka melayan Facebook dan Blackberry Messenger (BBM)  bersama rakan-rakannya turut menjadi punca rumah tangga mereka goyah.

"Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami," dakwa Jimmy Shanley lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

“Keluarga Terima baik Hubungan Saya Dan Shila Amzah” – Sharnaaz Ahmad

Posted: 15 Dec 2011 10:38 PM PST

Kalau sebelum ini kita sudahpun mendapat respon gosip Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad Bercinta daripada si dara pujaan ramai, Shila Amzah berhubung status hubungannya dengan jejaka berbadan sasa yang semakin meningkat naik, Sharnaaz Ahmad.

Kali ini OHBULAN! berjaya mendapatkan respon aktor drama 'Kasih Alia' ini yang ditemui di majlis pelancaran drama 'Bicara Hati di Ampwalk, petang semalam.

"Saya mula berkawan rapat dengan Shila selepas terlibat dalam klip video, 'Patah Seribu', Saya mengakui tertarik dan selesa berkawan rapat dengan dia (Shila Amzah) kerana dia memiliki ciri-ciri wanita idaman yang layak dijadikan calon isteri,"

"Apa yang membuatkan saya selesa berkawan dengannya, adalah kerana Shila ini memiliki kriteria 'gila-gila' yang lebih kurang sama dengannya namun dalam masa yang sama seorang yang fokus dan mempunyai perancangan masa hadapan,"

"Walaupun berada di bidang yang berbeza, namun matlamat kami adalah sama. Apabila saya bercerita tentang keterujaan saya dalam lakonan, dia pula berkongsi cerita tentang kerjayanya dan itu yang membuatkan kami lagi serasi bersama. Selain itu juga saya kagum dengan cara didikan Shila yang sangat mementingkan kekeluargaan, " tutur Sharnaaz lagi.

Menurut Sharnaaz, masih terlalu awal untuk menjalinkan hubungan cinta kerana baik dirinya dan Shila masing-masing punya matlamat sendiri dalam mengejar cita-cita.

"Alhamdulillah, Hubungan rapat kami diterima baik dan direstui kedua-dua pihak keluarga kami. Tapi hubungan kami belum sampai ke tahap bercinta lagi,"

"Apalagi Shila masih muda dan semestinya banyak perkara yang perlu dia laksanakan untuk mengukuhkan kerjaya nyanyiannya itu," ujar aktor berusia 26 tahun ini diiringi senyuman penuh makna.

Jelas Sharnaaz lagi, meskipun berkawan rapat dengan Shila, dia mengakui belum pernah keluar berdua-duaan dengan Shila sebaliknya jika keluar bersama anak gadis penyanyi ND Lala itu, mereka sering ditemani ibu atau salah seorang daripada keluarga Shila.

Menyentuh tentang perkembangan kariernya, terbaru Sharnaaz akan bergandingan bersama christina Suzanne, Marsha londoh dan Lash Mokhtar menerusi sbuah drama adaptasi daripada sebuah novel, 'Bicara Hati' arahan pengarah filem 'Ombak Rindu', Osman Ali yang kini masih dalam penggambaran.

Drama 26 episod yang akan bersiaran setiap hari Selasa, 9 malam mulai 3 Januari depan di saluran Astro Prima (105) mengisahkan tentang kisah cinta dua insan yang terjalin kerana wang dan kuasa di mana Tengku Shahran (Sharnaaz) terpaksa mengahwini Zahlia (Christina) secara kontrak.

Full content generated by Get Full RSS.