Adsense

Khamis, 15 Disember 2011

Sensasi

Sensasi


Angelina Jolie makin kurus mcm lidi.....kenapa?

Posted: 14 Dec 2011 11:10 PM PST

Angelina Jolie yang dulu dikaitkan dengan simbol sekss kerana keseksian dirinya ditambah dnegan bibir menggoda kini dah tinggal tulang ...Kurus kering..

Angelina semakin kurus hari demi hari kerana enggan makan.tapi ini bukanlah disebabkan angelina mahu diet...

Menurut Angelina Jolie sediri dia enggan makan kerana teringatkan kanak-kanak yang kelaparan seluruh dunia...kata Duta U.N goodwill ini,dia berpuasa untuk membuka mata pihak2 lain selagi kanak-kanak di dunia berlapar dia juga akan berlapar...omaigosh..

Brad Pitt amat risaukan kesihatan Angie dan membawanya berjumpa ramai doktornamun semuanya mengatakan yang Jolie nie sehat je..


P.Diddy dan Cameron Diaz bercinta?

Posted: 14 Dec 2011 10:49 PM PST





Aktres "Charlie's Angels", Cameron Diaz dan penyanyi rap, Sean 'Diddy' Combs dilihat mesra dan intim di sebuah kelab malam di kota New York baru-baru ini.

Dipetik daripada Page Six, Diaz telah makan malam bersama rakan-rakannya sebelum bertemu dengan Diddy di kelab malam PH-D sekitar jam 1.15 pagi. Selepas memesan beberapa jenis minuman beralkohol, sumber melihat Diaz dan Diddy tidak berenggang dan bermesra sepanjang malam.

"Mereka sentiasa berada di sisi masing-masing sepanjang malam dan bercium. Malah mereka kelihatan intim ketika menari bersama," kata sumber itu.

Pasangan 'teman tapi mesra' ini pernah dilihat bersama pada Oktober lalu. Selepas itu, mereka dilihat berpelukan ketika makan tengahari di restoran Scarpetta yang terletak di Beverly Hills pada bulan lepas.

Walaubagaimanapun kedua-dua jurucakap kepada selebriti Hollywood ini menafikan bahawa mereka mempunyai hubungan cinta, sebaliknya menegaskan mereka hanya berkawan dan sedang berbincang tentang satu projek filem.

Kisah Perkenalan Chef Riz dan Ana Dahlia

Posted: 14 Dec 2011 10:32 PM PST


lapan bulan sudah memadai buat heroin filem Mantra, Ana Dahlia dan Chef Riz mengenal hati budi masing-masing seterusnya menyimpul mati.

Perjalanan cinta singkat Ana Dahlia dengan juri program realiti pencarian tukang masak selebriti, Masterchef Malaysia itu bernoktah sudah pada Ahad lalu.

Dengan sekali lafaz, pemilik nama Diyana Mastura Jaafar, 28, tersebut sah menjadi suri kepada Chef Riz, 29, atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada pukul 12.25 tengah hari.

Pasangan berkenaan dinikahkan Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Nawi Osman di rumah pengantin perempuan di Kampung Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

"Keputusan untuk mengahwini Ana Dahlia sebenarnya telah diputuskan pada minggu pertama perkenalan kami lagi," jelas Chef Riz yang ditemui Kosmo! pada majlis persandingan mereka di Dewan Banquet Menara Kamalbina, Taiping pada sebelah malam.

Rombongan pengantin lelaki yang segak dan anggun berbusana biru firus diketuai bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 53.

Beberapa rakan artis seperti Farhan AF, Adam Corrie Lee, Wan Sharmila dan Zarynn Min turut memeriahkan majlis resepsi yang bermula pukul 8.30 malam itu.

Cukur muka dengan krim

Mengakui perkenalan dirinya dan isteri hasil inisiatif adik perempuannya, Serina, Chef Riz tidak pernah melupakan detik-detik awal perkenalan mereka.

Ujarnya, adik perempuannya yang menemui jodoh kira-kira dua tahun lalu itu adalah individu yang rajin menjadi pencari jodoh 'tanpa gaji' buat dirinya.

"Serina sering memperkenalkan kawan-kawan perempuannya yang masih bujang kepada saya namun semuanya tidak menjadi.

"Sehingga pada suatu hari dia menunjukkan sekeping foto saya kepada kawan baiknya, Ana Dahlia," beritahunya.

Namun jelas Chef Riz: "Foto itu gagal menarik minat Ana Dahlia yang menyifatkan wajah Chef Riz terlalu 'jambu'."

Serina yang tidak putus asa kemudiannya menunjukkan pula foto terbaharu abangnya itu yang kebetulan ketika itu berjambang dan berkumis.

Penampilan maskulin itu juga gagal menarik perhatian bekas peserta program realiti Pilih Kasih yang membuat persepsi Chef Riz kelihatan sebagai seorang yang garang dan perengus pula.

Begitupun setelah dipaksa Serina, Ana Dahlia pergi juga ke restoran On The Table milik chef muda itu di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur beberapa hari kemudian.

"Kali pertama menatap wajah Ana Dahlia semasa dia mahu melangkah masuk restoran, saya terkesima dengan keayuannya.

"Cepat-cepat saya berlari ke dapur dan secara spontan menyapu krim masakan di muka lalu mencukur misai dan jambang dengan pantas sebelum bertemunya," beritahu Chef Riz sambil tergelak mengingatkan momen yang menggelikan hati itu.

Pertemuan kedua

Ana Dahlia yang anggun di sebelah suaminya dengan berbusana gaun ungu rekaan Fendi dari butik Syarakim menyampuk, detik itu kemudian membawa kepada pertemuan kedua di restoran sama selepas itu.

"Sebenarnya, hati saya masih berbelah bahagi lagi pada masa itu tapi mengenangkan kesungguhan Serina, saya pergi juga.

"Sampai di restoran, Chef Riz menghidangkan saya beberapa hidangan istmewanya dengan memberi layanan kelas satu. Di situ baru timbul keserasian," katanya.

Jelasnya, akibat terlalu rancak bersembang di meja makan, mereka tidak perasan temu janji kedua itu berlarutan selama 10 jam dan sedar-sedar sudah dinihari.

Chef Riz yang mewarisi kemahiran kulinari daripada bapanya juga bersyukur hasrat untuk mengahwini wanita yang mahir memasak termakbul jua.

"Rakan-rakan sering mengusik sebagai tukang masak, saya pasti bertemu jodoh yang isteri yang kekok beraksi di dapur.

"Alhamdulillah telahan mereka itu terbukti salah. Bagi saya segah mana pun saya di dapur, air tangan isteri tetap menjadi pilihan semasa di rumah," katanya yang turut mengimpikan salah seorang daripada zuriatnya bakal mengikut jejak langkah menjadi chef.

Mengakui air tangan Ana Dahlia menyelerakan, Chef Riz mengiktiraf kecekapan isterinya itu di dapur setaraf peserta Masterchef.

Menurutnya, secara purata, wanita yang kini bertakhta di hatinya itu mampu memasak empat jenis menu yang lazat dalam jangka masa sejam sahaja.

"Sehingga kini masih terkenang-kenang kesedapan masakan rendang ayam, kangkung goreng belacan, sambal tumis petai dan ayam goreng berempah yang merupakan menu pertama dimasaknya untuk saya," katanya.

Gambar terbaru Serina Redzuan mengandung anak kedua bersama keluarga

Posted: 14 Dec 2011 08:32 PM PST

Comelnya Tristan Tareef ,anak sulung Serina dan cucu sulung Chef wan.

Serina kini mengandungkan anak perempuan iaitu anak keduanya.mesti coel sangat maklumlah darah campuran mat salleh dengan melayu.

Gambar ini diambil ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan adik Serina iaitu Chef Riz dan ana Dahlia.


Photobucket


Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Paris Jackson,anak bongsu Micheal Jackson jadi pelakon Filem

Posted: 14 Dec 2011 08:14 PM PST



Paris Jackson yang merupakan anak bongsu kepada MJ kini sudah berumur 13 tahun,bakal membintangi sebuah Filem aksi dan animasi bertajuk " Lundon's Bridge and the Three Keys" yang diadaptasi dari buku bersiri Dennis H. Christen.

Paris akan melakonkan watak seorang yang terselamat dari di hasut oleh Jellyfish (obor-obor) Queen.


Filem ini dijangka bakal ditayangkan pada tahun 2013...

Fasha bakal Kahwini Jejai tahun depan?

Posted: 14 Dec 2011 08:05 PM PST

Gossip kedengaran terbaru mengenai Fasha Sandha yang sibuk merancang perkahwinan dan mencuba pakaian pengantin kerana bakal berkahwin dengan Jejai pada tahun hadapan ,kemungkinan besar pada hari Jadi Fasha sendiri dalam bulan March.

Sebelum nie gossip putus cinta Fasha dan Jejai hanya sementara sahaja,selepas itu Fasha tetap meneruskan percintaan dengan Jejai tapi dengan "Low Profile" .Maklumlah bila hubungan cinta mereka diketahui umum , macam-macam cerita berkaitan Nora Danish dikaitkan untuk mengganggu hubungan Fasha dan Jejai..

Percintaan mereka nie memang penuh dengan naik turun,kene attact media,Nora Danish dan peminat.

Suatu ketika dulu Fasha disukai ramai semasa berlakon drama Natasya.Tapi kerana bercinta dnegan Jejai Fasha dah dicop sebagai artis kontroversi.Bahkan hubungan Fasha dengan wartawan media suatu ketika dahulu keruh kerana isu Jejai jugak..haha

Apapun,semoga Fasha berbahagia disamping insan terayang dan cepat-cepat kahwin y.

Fizo Omar Dianiaya ,hutang 2.5 juta boleh diisytihar Muflis

Posted: 14 Dec 2011 07:56 PM PST

Kesian Sensasi dengar cerita pasal kes bank mengejar Fizo Omar kerana hutang 2.5 juta yang dilakukan oleh kenalannya dnegan menggunakan nama Fizo sebagai penjamin.

Apa yang penting dalam segala urusan yang meilbatkan wang haruslah ada black and white sebenarnya.Kalau Fizo dha keluar dr syarikat Sensasi harap adalah black n white document untuk support kenyataan Izo.Tanpa hitam putih dokument semuanya boleh di tipu dan dianiaya..

Kalau Fizo diisytihar muflis,memang naya je tak boleh ada pape harta semua dirampas bank..
huhu..

Sensasi harap masalah Fizo dapat diselesaikan dengan baik.

"Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa," kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.

"Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.

"Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.


Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.