Adsense

Khamis, 15 Disember 2011

Celebrity News

Celebrity News


Nafsu Seorang Wanita Berkahwin

Posted: 15 Dec 2011 07:46 AM PST

Nama ku julia.. aku seorang pekerja swasta.. Seperti biasa aku akan balik kerja pd pkl 5 ptg ... Semasa kerja badanku dingin semacam.. Aku inginkan sesuatu yang dapt memuaskan nafsuku.. 


Apabila aku sampai je ke rumah aku dapati suamiku sedang menonton tv.. Aku segara mendapatnya.. Aku tidak dapat menahan nafsuku lagi... aku pun minta dari suamiku.. selalunya memang ia susah untuk memberi tetapi pada hari tu dia memberiku satu kebahagian yang amat sangt... 


Ini peluang baik untuk aku lepaskan nafsuku. Maklumlah dari offisku lagi,aku menahannya... Aku mencapai tangannya dan perlahan memengang........ Wah besarnya.. agak luar biasa kepadatannya.. Aku memengang lagi.. Aku dapati panjangnya juga agak luar biasa.. kira-kira 10 cm panjangnya.. 


Serius aku x percaya panjangnya sepanjang itu... aku pun meraba dari hujung hingga ke pangkal... Memang licin kulitnya.. aku dengan gopohnya membuka smua bahagian luarnya . terserlahlah bahagiaan dalamnya didepan mataku.... ermMM!!. geramnya aku melihat isi yang terserlah.... aku tidak mahu gelojoh, untuk mendapat kenikmatan aku masukkannya kedalam mulutku... huh!! Memang rasa besar..Sampai kerahang itu pun x habis masuk..


Kemudian aku menjilat kepalanya dahulu.. setelah puas menjilat aku pun mengigit kepalanya... PERGHHH!! memang sedap a... serius x tipu.. sedap gila buah pisang raja nie.. memang dapat puaskan nafsu makan aku.. Aku memang lapar giler.. nasibla suamiku memahami kelaparan ku...

HAHAHAAHA!!!! reader jgan marah yer.. just NAKAL2 ...

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Himpunan Cerita Sedih : Kisah Seorang Ayah

Posted: 15 Dec 2011 07:31 AM PST

Sekadar Hiasan (Dewi & Husband)

Kehidupan yang memeritkan sudah lama bermula. Aku kini keseorangan. Cuma bertemankan kenangan yang indah dan menyayat hati. Isteri dan anak aku telah pergi. Kembali kepada-Nya. Aku akur. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya lah jua kita akan kembali. Titisan air mata aku kian meluncur laju di pipiku. Apakah ini sudah menjadi suratan takdir bagiku? Aku harus menerima dengan kerelaan hati yang sentiasa merindui kedua-dua insan yang amat aku sayangi.

'Aiman, sayang. Buat apa tu?'
'Aiman fikir ibu, papa.'
'Oh!!'
'Aiman rindu sangat dengan ibu, papa. Ibu pergi mana, papa?'

Aku terdiam sejenak. Aku telah kehilangan teman sehidup sematiku yang amat kusayangi dalam satu "pertempuran" yang sungguh menyayat hati. Isteriku yang disayangi telah pergi disebabkan kanser hati yang tidak sempat diubati. Pemergian ini menyebabkan anakku seolah-olah tidak keruan. Aku tidak tahu apa yang terlintas di fikirannya. Sejak isteriku 'pergi' , aku dan anakku bukan diri yang masing-masing. Aku lebih banyak mendiamkan diri. Anakku pula kelihatan mencari-cari sesuatu yang aku tidak pasti apa yang dicarinya. Tetapi aku masih tidak dapat meneka apa yang difikirkannya. Adakah dia tertanya-tanya ke mana ibunya telah pergi? Mungkin benar tekaan aku, tetapi bagaimana tekaan aku meleset sama sekali.

'Papa.'
'Ya, sayang.'
'Kenapa, papa'
'Tak ada apa-apa, sayang.'

Hatiku terasa sebak. Air mataku ini tidak dapat ditahan lagi. Arghhh!!! Aku tak boleh menangis depan Aiman. Aku mesti kuat. Arghhh!!!! Aku terus pergi bilik bacaan meninggalkan Aiman yang masih dengan fikirannya yang masih memikirkan ke mana ibunya telah pergi. Air mataku mengalir umpama tiada hentinya.

"Ya ALLAH, ya Tuhanku. Kau lah tempat ku berlindung dan Kau lah juga tempatke memohon redha dan kekuatan. Kau kuatkanlah aku, ketabahanku untuk menerima segala ujian dan dugaanMu, Ya ALLAH ! Kau berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini tanpa penyeri kehidupanku dan rumahtanggaku yang bernama isteri. Kau tempatkanlah dia di kalangan para salihin dimana tempat dia sepatutnya berada. InsyaAllah. Kau tenangkanlah hati anakku, Aiman untuk menghadapi hari-harinya yang mendatang. Amin Yarabbal Alamin."

Air mataku mengalir lagi. Aku bagai hilang punca untuk menghentikan tangisan ini. Aku tidak mampu… Arghhhh!!!!!! Dahulu, isteriku yang menceriakan aku ketika aku bersedih. Tapi kini, siapa? Adakah pengganti bagi isteriku, Maisarah? Tapi perlukah aku mencari penggantinya? Menggantikan tempat dihatiku yang telah diduduki oleh Maisarah setelah sekian lama. Adakah Aiman akan menerima sekiranya aku mencari pengganti bagi ibunya? Arghh!!!!!!!!! Aku tak perlu berbuat demikian. Aku yakin aku akan mampu menjaga Aiman bersendirian tanpa bantuan sesiapa pun. Kecuali aku pergi kerja, tentulah aku hantar ke rumah mak aku kan? Apalah kau ni, Rasyim?
Dua bulan telah berlalu...

Aku mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu untuk meluangkan masa dengan Aiman. Lagi pun Aiman cuti juga. Cuti pertengahan semester selama seminggu. Aku nak ajak Aiman pergi bercuti. Tapi di mana tempat paling sesuai? Nanti jer aku tanya Aiman sendiri mana dia nak pergi. Aduh.. Laparnya.


"Papa!"

"Apa yang Aiman buat pagi-pagi buta ni?"

"Tak ada apa-apa."

Aku terhidu sesuatu yang pelik datang dari arah dapur.

"Aiman ada buat apa-apa kat dapur?"

Aiman hanya mendiamkan diri.

"Papa pergi tengok dapur dulu. Kalau ada apa-apa kat dapur, Aiman sedia dengan alasan Aiman. Ingat tu.


Tiba-tiba....


"AIMAN!"

Darah aku meluap-luap bagai mendidih dan bagai gunung berapi yang bakal meletus dan mencurahkan laharnya.

"Aiman buat apa kat dapur ni? Kenapa Aiman ni? Tak ada masalah, jangan cari masalah."

"Aiman tak dapat tidur. Aiman lapar. Aiman teringat 'pancake' yang Aunty Nazirah beri semalam. Aiman nak panaskan. Tiba-tiba sahaja perut Aiman memulas. Jadi Aiman pergilah tandas. Tak dapat tahan dah. Lepas tu, Aiman hidu apa yang papa terhidu juga. Aiman panik. Aiman 'spray' guna 'spray bottle'. Papa, Aiman minta maaf. Aiman tak sengaja. Papa jangan marah."



"Macam mana papa tak marah? Macam mana kalau ada apa-apa yang berlaku pada Aiman? Siapa yang susah? Papa juga yang susah dan Aiman turut susah. Lain kali kalau Aiman lapar, makan saja Koko Krunch dalam kabinet tu. Kan papa dah beli banyak untuk Aiman. Kalau tak pun, kejutkan papa."

"Aiman memang nak kejutkan papa. Tapi, Aiman takut papa marah Aiman ganggu tidur papa."

Aku menjadi buntu apabila Aiman memberi alasan yang boleh diterima akal. Bagi aku, aku tidak kisah tidurku diganggu hari ini kerana aku cuti. Tidak mengapalah. Aiman masih kanak-kanak lagi. Aku tidak kisah. Dalam usianya yang masih berusia enam tahun, pemikirannya masih belum matang.

"Papa! Papa!"
"Ya, Aiman? Ada apa-apa lagi?"

Jauh sungguh aku mengelamun. Alangkah baiknya kalau Maisarah masih ada di sisi untuk mengurus semua perkara ini. Dia tidak sama sekali pernah merungut. Malah, sepanjang perkahwinan aku dengannya, dia tidak pernah meninggikan suara kepada aku malah anaknya, Aiman yang nakal itu. Sungguh pun dia sedang marah, Maisatah isteriku yang solehah itu masih mampu tersenyum. Arghh!! Aku makin kemaruk memikirkan isteriku yang dah pergi untuk selama-lamanya. Hurh!!!

"Aiman, dengar pesan papa ni. Kalau Aiman lapar, Aiman kejut jer papa. Papa janji papa tak marah punyer. Papa meradang jap. Hehe. Gurau jer. Papa ada sediakan Koko Krunch untuk Aiman. Banyak lagi tu. Boleh katakan penuh kabinet bawah dapur tu. Aiman jangan nak memandai lagi tau nak masak sendiri. Nanti benda buruk jadi macam mana? Aiman saja waris papa sekarang. Papa dah tak ada sesiapa kat dunia ni kecuali Aiman dengan nenek . Aiman dengar cakap papa k. Aiman sajalah harapan papa. Aiman jangan nakal-nakal tau. Aiman mesti dengar cakap papa."
"Baik papa. Aiman janji Aiman tak akan ulang lagi perkara tadi. Papa, Aiman lapar."
"Papa pun lapar jugak. Aiman nak makan apa? Nanti papa belikan."
"Aiman nak makan roti canai lah. Dah lama tak makan roti canai. Papa nak beli kat mana?"
"Kat tempat biasala. Aiman nak ikut papa?"
"Nak ikut."
"Cepat pergi tukar baju. Papa tunggu kat ruang tamu. Jangan lambat sangat."
"Baik papa."

************


Hari ini hari terakhir aku bercuti. Esok aku akan mulai bekerja dan Aiman turut mula bersekolah. Sepanjang cuti ini, aku meluangkan banyak masa dengan Aiman. Aiman cukup gembira sepanjang cuti ini. Masa Aiman banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti yang disukainya lebih-lebih lagi apabila aku membawanya dan mak pergi melancong ke destinasi yang diidam-idamnya iaitu Disneyland. Wajah Aiman menampakkan kegembiraannya. Tetapi aku tidak tahu akan isi hati. Adakah dia sentiasa mengingati ibunya? Bukan aku melarang Aiman untuk sentiasa mengingati ibunya, isteriku , aku cuma bimbang ia akan mengganggu kehidupan Aiman.


Keesokan harinya.

"Aiman. Bangun, nak. Sekolah."
"Baik, papa."
Kebingungan. Aku tidak tahu nak hantar Aiman ke mana nanti lepas habis masa sekolah. Mak balik kampung nak melawat Mak Ngah. Aku pula terpaksa kerja lebih masa hari ini. Nak ditinggal Aiman keseorangan kat rumah, aku tak boleh. Nanti macam-macam perkara boleh berlaku.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." jawab aku.
Ohhh. Rupa-rupanya Nazirah.
" Ada apa, Nazirah?"
"Ni. Mak saya ada buatkan nasi lemak. Dia pesan suruh berikan kat anak awak. Buatkan bekal ke sekolah."
"Terima kasih, Nazirah. Boleh saya bertanya sedikit?" tanya aku dengan sedikit rasa keberatan.
"Boleh. Tak ada masalah. Tanya jer."kata Nazirah.
"Tengah hari ni awak sibuk tak?" aku bertanya.
"Tengah hari ini? Tak rasanya. Kenapa?" Nazirah hairan.
"Sebenarnya, hari ini saya terpaksa kerja lebih masa. Kemungkinan balik pun waktu malam. Almaklumlah. Saya bercuti panjang minggu lepas. Kerja berlambak-lambak. Jadi, saya nak tinggalkan Aiman kat rumah awak untuk hari ini. Boleh ke?"
"Ohh... Ingatkan apa tadi. Hehe. Boleh. Awak pun sibuk. Tak apa. Nak saya jemput dia pulang dari sekolah jugak ke? Kebetulan saya nak pergi sekolah tu jugak nanti."
"Kalau Nazirah tak keberatan, boleh jugak. Tapi... Tak menyusahkan awak ker??"
"Takder lah."
"Kalau begitu, nanti saya beritahu Aiman. Terima kasih banyak-banyak."
"Tak mengapa. Saya ikhlas membantu."

Malam waktu sudah menjelang. Aku balik ke rumah setelah seharian bekerja. Menyelesaikan semua kerja yang tertunggak sebelum aku bercuti. Alhamdulillah, semua beres. Aku segera ke bilik Aiman.

"Aiman." Kataku sambil mengetuk pintu.

Pintu terbuka. Bilik anakku gelap gelita. Aku hidupkan lampu. Alangkah terkejutnya aku melihat sesuatu yang aku tak sangka akan berlaku di rumah aku. Aku terus ke bilik aku. Alhamdulillah. Semua barang peribadi aku masih selamat. Tapi, di manakah anak aku?

" Kenapa tabung dia saja yang pecah sedangkan barang lain yang lebih berharga tidak dicuri? Aku kehairanan.

" Assalamualaikum." Ucapku.
" Waalaikumsalam. Ada apa, Wan?" tanya ibu Nazirah, Mak Cik Rozita.
" Mak cik, Aiman masih ada kat sini tak?" tanya aku. Keresahan.
"Tak ada, Wan. Dia dah balik petang tadi dah." Ujar Mak Cik Rozita.
"Ye ker?? Tak apa lah, mak cik."
"Ada papa yang tak kena, Wan?" tanya mak cik Rozita. Naluri orang tua sememangnya begitu. Sentiasa dapat mengagak sesuatu yang tak kena.
"Aiman tak ada kat rumah, mak cik. Tabung dia pecah berderai. Tapi barang-barang saya yang lain tak terusik. Saya takut apa-apa terjadi kat Aiman, mak cik. Dia saja lah anak saya."
"Betul ker??"
"betu..........

Telefon bimbit aku berdering. Nombor yang tertera tidak ada dalam senarai. Aku jawab dengan penuh curiga dan kerisauan.

" Hello. Ini Encik Rizwandi?" tanya suara yang aku tak kenali.
"Ya, saya. Ada apa?" tanya aku dengan berhati-hati.
"Saya pekerja dari Hot Cross Bun hendak memberitahu bahawa anak Encik, Aiman ada di kedai kami. Kalau boleh, kami minta encik segera datang ke sini. Terima kasih." Kata suara itu.

Aku bernafas lega. Tapi, rasa hairan aku semakin meningkat. Apa Aiman buat di Hot Cross Bun malam-malam begini? Aku segera ke kedai itu.

" Papa." Panggil Aiman.
" Aiman buat apa kat kedai ni malam-malam macam ni? Aiman pergi dengan siapa?" tanya aku tergesa-gesa kerana bimbang akan anakku.
"Aiman pergi sorang-sorang. Aiman nak beli kek." Jawab Aiman.

" Buat apa nak beli kek? Aiman tahu tak. Bahaya kalau Aiman jalan sorang-sorang. Nanti macam-macam boleh berlaku. Nasib pekerja sini ada telefon papa. Kan papa sudah pesan, kalau lapar makan saja Koko Krunch dulu. Papa balik dari kerja, papa masak. Kenapa degil sangat ni?" kata aku dengan nada marah.

Aiman mula menangis. Aku risau bercampur marah. Kenapa Aiman semakin berani tidak mendengar kata aku.

" Papa tak ingat apa-apa ka hari ini?" kata Aiman teresak-esak menangis.
" Ingat akan apa?" kataku.
"Hari ini adalah hari paling istimewa bagi Aiman. Hari yang Aiman tunggu-tunggu. Papa langsung tak ingat ka? Hari ini hari jadi ibu, papa. Sebab itu Aiman pergi kedai ni. Aiman nak beli kek untuk sambut hari jadi ibu. Walau ibu sudah pergi, Aiman tetap akan sambut hari jadi ibu, papa. Sampai hati papa lupakan hari jadi ibu."

Aiman terus lari keluar dari kedai dan tiba-tiba...............


"AIMANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN...... Jangan tinggalkan papa, nak. Papa dah tak ada sapa-sapa. Aiman saja lah waris papa. "
" Telefon ambulans." Kataku meminta pertolongan.
Tidak lama selepas itu, ambulans datang. Aiman masih kaku. Tidak bergerak. Aku yakin Aiman akan selamat. Aku yakin. Tangisan aku sudah tidak dapat dibendung lagi. Aku melihat anak aku terbaring kaku di atas katil ambulans.

"Aiman mesti kuat. Jangan mengalah. Aiman pasti selamat nanti. Papa yakin Aiman selamat." Bisikku kepada Aiman sambil menenangkan hati ini yang kebimbangan akan kehilangan seorang lagi insan yang sungguh bermakna bagiku.
Aiman dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Aku menunggu dengan penuh rasa bimbang dan sedih atas apa yang telah berlaku sebentar tadi. Aku tidak sepatutnya memarahi Aiman tanpa usul periksa. Semua ini salah aku. Salah aku. Kalau aku tak memarahi Aiman tadi, pasti perkara ni tidak berlaku. Bodohnya aku. Titisan air mata membasahi pipiku. Laju meluncur.

"Encik Rizwandi" seorang doktor memanggil aku.
"Ya saya. Macam mana dengan anak saya, doktor? Dia tak apa-apa ker, doktor?"
"Saya minta maaf, Encik Rizwandi. Saya dah cuba sedaya upaya saya untuk menyelamatkan anak encik. Tapi tak berjaya. Kecederaan yang dialami anak encik amat kritikal. Dan sekiranya anak encik selamat sekalipun, dia mungkin akan koma untuk tempoh masa yang lama. Kemungkinan koma untuk sepanjang usianya. Encik mesti tabah. Ini semua ujian dari ALLAH SWT. ALLAH lebih sayang dia. Encik mesti terima hakikat ini. Sekali lagi saya nak meminta maaf." Jelas doktor itu.

Tidak. Ini tak mungkin terjadi. Ini semua mustahil. Semua ini salah aku. Kalau aku tak kerja lebih masa hari ini, semua ini tidak akan berlaku.

"Encik Rizwandi. Encik Rizwandi." Kedengaran suara doktor itu memanggil aku sebelum semuanya menjadi gelap-gelita.


Kini aku keseorangan. Cuma bertemankan kenangan yang indah dan menyayat hati. Isteri dan anak aku telah pergi. Kembali kepada-Nya. Aku akur. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya lah jua kita akan kembali. Titisan air mata aku kian meluncur laju di pipiku. Apakah ini sudah menjadi suratan takdir bagiku? Aku harus menerima dengan kerelaan hati yang sentiasa merindui akan kedua-dua insan yang amat aku sayangi. Aku mengharungi hari-hariku kini dengan penuh tabah. Semua ini berlaku pasti ada himahnya. Frasa ini yang sering aku gunakan untuk menenangkan hatiku. Ya ALLAH, tempatkanlah isteriku, Maisarah dan anakku, Aiman di tempat yang telah Kau janjikan. InsyaAllah. Suatu hari nanti, kita pasti bersua semula dalam syurga yang kekal abadi. Amin yarabbal alamin.

Dari karya: Shukri/Nama Samaran
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

ZoOM Tips : 8 Tips Menjadi Isteri Solehah

Posted: 15 Dec 2011 07:33 AM PST



Wanita dan isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap suami di dunia ini. Ajaran Islam telah pun menggariskan panduan dan peraturan iaitu menjauhi larangan dan mematuhi segala perintah Allah agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati.

Begitu juga dalam kehidupan berumahtanggan dan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan itu akan terus kekal abadi jika pasangan suami-isteri tersebut menjalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Oleh itu, pada blog post kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tips-tips yang boleh anda amalkan sebagai seorang isteri untuk menjadi seorang isteri solehah.

Berikut adalah tips-tips tersebut:


  1. Jangan sesekali anda meninggikan suara anda kepada suami anda.
  2. Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami anda sedang berbicara dengan anda.
  3. Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
  4. Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.
  5. Tidak mengaibkan atau "membuka pekung di dada" tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi anda dan suami dengan rakan-rakan anda.
  6. Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.
  7. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami anda terlebih dahulu.
  8. Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami anda untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar. 
















Selamat beramal..InsyaAllah kekal bahagia

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Himpunan Cerita Sedih : Penyesalan

Posted: 15 Dec 2011 07:36 AM PST


Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kami bersama. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Berkahwin kerana paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.

Walaupun berkahwin secara paksa, aku tidak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya, setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas isteri. Aku terpaksa melakukan semuanya kerana aku tidak ada pilihanlain. Beberapa kali muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tidak ada sumber kewangan lain dan

sokongan sesiapa. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku kerana menurut mereka, suamiku adalah lelaki paling sempurna untuk satu-satunya anak perempuan mereka.


Selepas berkahwin, aku menjadi isteri yang teramat manja. Aku lakukan apa-apa sesuka hatiku. Suamiku juga memanjakanku sedemikian rupa. Aku tidak pernah benar-benar menjalani tugasku sebagai seorang isteri. Aku telah menyerahkan hidupku padanya sehingga semua perkara dia uruskan membuatku bahagia dengan menuruti semua keinginanku.

Di rumah kami, akulah ratunya. Tidak ada seorangpun yang berani melawan. Jika ada sedikit saja masalah, aku selalu menyalahkan suamiku. Aku tak suka tualanya yang basah yang diletakkan di atas katil, aku tidak suka melihat dia meletakkan sudu bekas susu di atas meja dan meninggalkan pinggan di atas meja, aku benci ketika dia memakai komputerku meskipun hanya untuk menyelesaikan tugasnya.

Aku marah kalau dia menggantung bajunya di almari bajuku, aku juga marah kalau dia memakai ubat gigi tanpa memincitnya dengan rapi, aku marah kalau dia menghubungiku berkali-kali ketika aku sedang bersenang-senang dengan kawan-kawanku.

Aku memilih untuk tidak punya anak. Meskipun tidak bekerja, tapi aku tidak mahu mengurus anak. Pada mulanya dia bersetuju dan akupun mengambil pil perancang. Tapi rupanya dia menyembunyikan keinginannya sehingga satu hari aku terlupa memakan pil dan dia walau pun dia tahu tapi dia membiarkannya. Aku mengandung dan menyedarinya setelah lebih dari empat bulan, doktor pun menolak untuk menggugurkannya.

Itulah kemarahanku terbesar padanya. Kemarahan semakin bertambah ketika aku mengandung sepasang anak kembar dan harus mengalami kelahiran yang sukar. Aku memaksanya melakukan vasectomy supaya aku tidak mengandung lagi. Dengan patuh ia melakukan semua keinginanku kerana aku mengancam akan meninggalkannya bersama kedua anak kami.

Waktu berlalu sehingga anak-anak kami berusia lapan tahun. Seperti pagi-pagi sebelumnya, aku bangun paling lambat. Suami dan anak-anak sudah menungguku di meja makan. Seperti biasa, dialah yang menyediakan sarapan pagi dan mengantar anak-anak ke sekolah. Hari itu, dia mengingatkan bahawa hari itu adalah hari lahir ibuku. Aku hanya menjawab dengan anggukan tanpa mempedulikan kata-katanya yang mengingatkan peristiwa berikut di tahun sebelumnya, semasa itu aku pergi shopping dan tidak hadir di majlis ibu. Yaah, kerana merasa teraniaya kerana di paksa kahwin, aku juga membenci kedua orangtuaku.

Sebelum ke pejabat, biasanya suamiku mencium pipiku saja dan diikuti anak-anak. Tetapi hari itu, dia juga memelukku sehingga anak-anak mengejek ayahnya. Aku berusaha mengelak dan melepaskan pelukannya. Meskipun akhirnya ikut tersenyum bersama anak-anak.

Dia kembali mencium hingga beberapa kali di depan pintu, seakan-akan berat untuk pergi.

Ketika mereka pergi, aku ke spa. Menghabiskan masa di spa adalah hobiku. Aku tiba di salon kegemaranku beberapa jam kemudian. Di spa aku bertemu salah satu rakanku iaitu rakan yang aku tidak berapa suka.Kami berbual dengan asyik termasuk saling menunjuk-nunjuk kehebatan kami.

Semasa untuk bayar spa, namun betapa terkejutnya aku ketika menyedari bahawa dompetku tertinggal di rumah. Meskipun aku membawa beg tangan tetapi dompetku tiada di dalamnya. Sambil berusaha mengingati apa yang terjadi hingga dompetku tiada aku menelefon suamiku dan bertanya.

"Maaf sayang, kelmarin Farhan meminta duit saku dan aku tidak ada duit kecil masa itu, maka kuambil dari dompetmu. Aku lupa menaruhnya kembali ke dalam beg tangan, kalau tidak salah aku letakkan di atas meja." Katanya menjelaskan dengan lembut.

Dengan marah, aku membebel dengan kasar. Kututup handphone tanpa menunggu dia selesai bercakap. Tidak lama kemudian, handphoneku kembali berbunyi dan meskipun masih geram, akupun mengangkatnya dengan separuh membentak.

"Apalagi??"

"Sayang, aku pulang sekarang, aku akan ambil dompet dan mengantarnya kepadamu. Sayang sekarang ada dimana?" tanya suamiku cepat , khuatir aku menutup telefon kembali.

Aku menyebut nama spa dan tanpa menunggu jawapannya lagi, aku kembali menutup telefon. Aku bercakap dengan kasar dan mengatakan bahawa suamiku akan datang membayar bil spa. Tuan punya spa yang juga kenalanku sebenarnya tidak kisah dan mengatakan aku boleh membayarnya kemudian. Tapi rasa malu kerana "musuh"ku juga ikut mendengarku tertinggal dompet membuatku malu untuk berhutang dulu.

Hujan turun ketika aku melihat keluar dan berharap kereta suamiku segera sampai. Minit berlalu menjadi jam, aku semakin tidak sabar sehingga mulai menghubungi handphone suamiku. Tidak ada jawapan meskipun sudah berkali-kali aku telefon. Padahal biasanya hanya dua kali berdering telefonku sudah diangkat. Aku mulai merasa tidak selesa dan marah.

Teleponku diangkat setelah beberapa kali mencuba. Ketika suara bentakanku belum lagi keluar, terdengar suara asing menjawab telefon suamiku. Aku terdiam beberapa saat sebelum suara lelaki asing itu memperkenalkan diri, "selamat tengahari, cik. Apakah puan, isteri kepada Encik Ismadi?"

"Ya..!"

Lelaki asing itu memperkenalkan dirinya ialah seorang anggota polis. Dia memberitahu bahawa suamiku mengalami kemalangan dan sedang dibawa ke hospital.

Masa itu aku hanya terdiam dan hanya menjawab terima kasih. Ketika telefon ditutup, aku tertunduk dan bingung. Tanganku menggenggam erat handphone yang kupegang dan beberapa pekerja spa mendekatiku dan bertanya ada apa hingga wajahku menjadi pucat seputih kertas.

Entah bagaimana akhirnya aku sampai di hospital. Entah bagaimana juga tahu-tahu seluruh keluarga hadir di sana menyusulku. Aku yang hanya diam seribu bahasa menunggu suamiku di depan bilik ICU. Aku tidak tahu nak buat apa kerana selama ini dialah yang melakukan segalanya untukku.

Akhirnya setelah menunggu beberapa jam, tepat ketika berkumandang azan maghrib terdengar seorang doktor keluar dan menyampaikan berita – Suamiku telah tiada.

Dia pergi bukan kerana kemalangan tadi tetapi penyebabkan kematiannya ialah serangan stroke.
Selepas mendengar kata-kata doktor itu, aku sibuk menguatkan semangat kedua orangtuaku dan orangtuanya yang terperanjat. Sama sekali tidak ada airmata setitispun keluar di kedua mataku. Aku sibuk menenangkan ayah ibu dan mertuaku.

Anak-anak yang terpukul memelukku dengan erat tetapi kesedihan mereka sama sekali tak mampu membuatku menangis.
Ketika jenazah dibawa ke rumah dan aku duduk di hadapannya, aku termangu menatap wajah itu. Kusedari baru kali inilah aku benar-benar menatap wajahnya yang kelihatan tidur nyenyak. Kudekati wajahnya dan kutatapi. Masa itulah dadaku menjadi sesak teringat apa yang telah ia berikan padaku selama sepuluh tahun kami bersama.

Kusentuh perlahan wajahnya yang telah dingin dan kusedari inilah kali pertama kali aku menyentuh wajahnya yang dulu selalu dihiasi senyum hangat. Airmataku tiba-tiba berderai dengan deras, mengaburkan pandanganku.

Aku mencuba mengusap agar airmata tidak menghalangi tatapan terakhirku padanya, aku ingin mengingat semua bahagian wajahnya agar kenangan manis tentang suamiku tidak berakhir begitu saja. Tapi bukannya berhenti, airmataku semakin deras membanjiri kedua pipiku. Peringatan dari imam masjid yang mengurus pengebumian tidak mampu membuatku berhenti menangis. Aku berusaha menahannya, tapi dadaku sesak mengingat apa yang telah aku buat padanya terakhir kami berbicara.


Credit : Himpunan Cerita Sedih
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Payudara Ifa Raziah Dijangkiti Virus

Posted: 15 Dec 2011 06:33 AM PST

Kesian ZoOM baca kisah akak Ifa Raziah kita yang kini mengalami penyakit dan ketika membuat persembahan pada program Maharaja Lawak Musim ke 8 (MLM8), beliau dikejarkan ke Hospital Pantai Bangsar malam semalam.


Menurut berita daripada akhbar Ifa Raziah terkena jangkitan virus dipayudara beliau dan perlu menjalani pembedahan. Namun beliau
mengenepikan kesihatan beliau demi untuk menjayakan program MLM8 yang disertainya.


Semoga beliau tabah menghadapi dugaan darinya dan marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan akak Ifa Raziah kita ni.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!