Adsense

Rabu, 28 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Faizal Tahir di Sidang Media Mentor 6

Posted: 28 Dec 2011 11:11 PM PST

Budiey ada terbaca satu artikel di Portal GUA bertajuk : Faizal Tahir Enggan Jadi Mentor?

Ketika nama penyanyi popular, Faizal Tahir diumumkan sebagai salah seorang Mentor bagi musim ke-6 pada majlis pengumuman yang berlangsung di Sri Pentas TV3, petang semalam, Faizal telah mengejutkan hadirin yang datang apabila memberitahu yang dia masih cuba untuk mempertimbangkan mengenai tawaran yang diberikan.

Malah, ketika ditemubual oleh pengerusi majlis, Ally Iskandar, Faizal juga memberitahu yang dia tidak mahu menjadi mentor dan mahu menjadi juri. Ramai yang terkejut dan tertanya-tanya adakah Faizal berseloroh dengan kata-katanya itu. Selesai saja majlis pengumuman, GUA telah mendapatkan Faizal untuk memgetahui kebenaran di sebalik kenyataannya itu.

"Mereka dah tawar lama kepada saya, tapi saya tidak menerima kerana sibuk dengan perkara lain. Sebenarnya, saya tak nak buat, tapi saya tak nak lah cakap yang saya terpaksa buat program ini. Saya tak setuju untuk buat Mentor ini sebab saya rasa saya masih lagi bertatih dalam industri ini," ujar Faizal membuka bicara.

"Secara jujur, tak ada siapa yang tahu saya akan buat Mentor. Saya sendiri pun tak tahu saya akan buat sehinggalah nama saya diumumkan oleh pengerusi majlis. Buat masa sekarang, saya tak boleh nak fikir apa-apa lagi, kalau boleh saya nak kena bertenang dulu.

"Kepala saya banyak dengan perancangan seperti pembikinan album dan sebagainya. Saya tak nak jadikan ia sebagai alasan untuk saya tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. Saya nak pikul amanah ini dan menang atau kalah, itu bukan isu untuk saya kerana saya nak didik protege saya supaya dia boleh pergi jauh dalam industri selepas ini," jelas Faizal sambil mengakui risau untuk mencari protegenya.

"Bagi saya, benda yang paling saya risau ialah nak cari protege yang sesuai. Saya tak tahu saya boleh jumpa atau tidak protege saya ini. Lagipun, saya sendiri susah dengan diri saya. Ini kerana saya meletakkan tahap yang tinggi untuk diri saya. Saya juga senang kecewa dengan diri saya jika tidak bagi yang terbaik. Jadi macam mana pula saya nak ada protege sendiri yang saya nak kena bawa dalam industri ini. Walau bagaimanapun, InsyaAllah, saya akan cuba buat yang terbaik." – Portal GUA

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Faizal Tahir

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Gambar Ella di Sidang Media Mentor 6
  • Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini
  • Gambar Faizal Tahir di Konsert Satu Suara
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Shiha Salma Iqa Mentor Duet Nyanyi Beribu Sesalan
  • Gambar Faizal Tahir Lemas Ketika Shooting Video Klip Sampai Syurga
  • CJ7 Stephen Chow Meet Fan, Faizal Tahir OVER, Jomstar.com, Gambar Zarina Bogel
  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Full content generated by Get Full RSS.

    TV3 Umum Senarai Mentor Musim Ke-6

    Posted: 28 Dec 2011 07:51 PM PST

    Selepas kejayaan mencatat rating 3 juta (setiap minggu) pada musim lalu, program realiti pencarian bakat, Mentor kembali! Memasuki musim ke-6, program yang sinonim dengan tagline 'Tunjuk Ajar Ku Sifu' kali ini menampilkan barisan mentor terdiri daripada artis hebat tanah air. Menariknya, mereka di kalangan penghibur otai dan anak seni tanah air dengan profil-pengalaman-spektrum genre yang berbeza. Rasanya tidak perlu di perkenalkan lebih-lebih kerna mereka ini sedia di kenali…

    Apa yang pasti, ke enam – enam mentor ini bakal menyahut cabaran! Dengan berbekal pengalaman dan bakat masing-masing, mereka kini bersiap siaga melaksana misi serta menyusun strategi untuk menjadi sifu- kepada protoge-protoge yang bakal menyinari dunia hiburan tanah air, tak lama lagi.

    Mentor 6

    "Inilah barisan enam yang terbaik yang kami dapat kumpulkan untuk musim ini. Ada banyak faktor kami memilih mereka sebagai mentor. Berdasarkan kualiti yang dimiliki dari segi berpengalaman luas dalam bidang nyanyian. Serta, komitmen yang ditunjukkan mereka menjadikan mereka seorang yang berkaliber sebagai tenaga pengajar", ujar Penerbit Eksekutif /Penerbit Mentor 6, Muhamad Sufian Isa di sidang media bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

    Seperti mana lima musim terdahulu, peranan ke enam-enam mentor ni memberi tunjuk ajar kepada para protoge berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Selain, inilah masanya untuk mereka menunjukkan kemampuan sebenar bergelar sifu setelah berjaya dalam perjalanan karier masing-masing.

    Apa kata mentor-mentor musim ke-6 ni? Kriteria protoge yang bagaimanakah yang mereka cari? Dan paling mustahak, korang dah bersedia nak sahut cabaran mereka?! Siapa yang nak jadi protege Ella, Faizal Tahir, Fauziah Ahmad Daud aka Ogy, Ramlah Ram, Adam dan Ferhad, persiapkan diri anda dengan ciri yang di tetapkan ini, sebelum ke ujibakat.

    Mentor 6

    ELLA

    "Saya tak kisah lelaki ker perempuan. Janji dia mempunyai suara yang unik (yang Ella tak pernah dengar katanya).Punya penampilan menarik dan bergaya dan… boleh bermain alat muzik tak kisah apa pun. Tak kisah calon yang datang tu dia Rock ker balada ker etnik kreatif pun tak per. Lagi bagus kalau dia pandai main alat muzik, sebab atleast dari situ kita boleh tahu apa yang dia boleh buat dan mampu buat". – Ella

    Mentor 6

    RAMLAH RAM

    "Saya bukan nak cari orang yang boleh jadi macam saya. Tapi seorang yang saya nak asah bakatnya menjadi seorang penyanyi profesional yang hebat. Tak kisah lelaki atau perempuan. Rupa paras tu tak penting tapi kalau dia datang dengan pakej yang baik itu bonus lah. Dia mesti memiliki vokal yang bagus. Ada kesungguhan yang tinggi. Paling penting, dia tak klon mana-mana penyanyi dan ikhlas nak berkerja (mendapat bimbingan) dari saya" – Ramlah Ram

    Mentor 6

    OGY AHMAD DAUD

    "Akak tak kisah dik, lelaki ok. Perempuan pun ok. Akak mencari seorang yang boleh bermain alat muzik dan lagi bagus kalau dia pandai membaca notasi muzik. Seorang yang sukakan cabaran. Tak mahu klon mana-mana penyanyi. Seorang yang menpunyai mental dan fizikal yang kuat. Kesungguhan yang tinggi. Dan… boleh menyanyikan lagu wajib "Macarthur's Park oleh Richard Harris, dengan baik", – Kak Ogy

    Mentor 6

    ADAM

    "Saya mencari seorang yang pandai menari dan menyanyi. Kerana misi saya adalah untuk mencari pelapis-seseorang yang boleh menjadi seperti saya. Sekaligus dapat meneruskan apa yang saya perjuangkan selama ini iaitu genre Pop dance. Tak kisah lelaki atau perempuan. Tapi saya prefer lelaki. Dia mestilah mempunyai disiplin yang tinggi" – Adam (AF)

    Mentor 6

    FERHAD

    "Saya mencari seoranga yang versatil- boleh menyanyi lagu moden, tradisional, rancak dan balada dengan baik. Boleh menari. Berbangsa Melayu. Boleh bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik. Seorang yang berkeyakinan tapi rendah diri. Boleh berbahasa Inggeris. Dan saya mencari seorang protoge lelaki" – Ferhad

    Mentor 6

    FAIZAL TAHIR

    Faizal Tahir @ FT, menyatakan dia sangat terkejut di pilih sebagai mentor musim ini. Malah ketika Ally Iskandar selaku hos mengumumkan namanya, pelantun lagu Coba ni muncul dan terus mengatakan "Sebenarnya saya tak nak jadi mentor, saya nak jadi juri". Apapun dia menerima pemilihan ini dan akan cuba yang terbaik. Serta yang pasti, dia mahu cari seseorang yang lebih daripada seorang juara.

    Sementara itu, sesi uji bakat akan bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

    Bersambung pada bulan Februari, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 mulai jam 10 pagi hingga 5 petang iaitu Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari). via Malaysian Digest

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Siapa Mentor Musim Ke-6
  • Sesi Memperkenalkan Protege Mentor Musim Terbaru
  • Rakaman Mentor Raya 2011 Musim 5
  • Gambar Ella di Sidang Media Mentor 6
  • Ujibakat Bersama Jaclyn Victor dan Mas Idayu Untuk Mentor Musim ke-3
  • Shiha Salma Iqa Mentor Duet Nyanyi Beribu Sesalan
  • Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010
  • Mentor Mas Idayu, Mus, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Azmeer & Joe Flizzoe
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Full content generated by Get Full RSS.