Adsense

Rabu, 28 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Menarik, OHBULAN! Bakal Muncul Di Rancangan Hip TV Malam Ini!

Posted: 28 Dec 2011 10:59 PM PST

Buat pertama kali selepas sekian lama, wartawan dari OHBULAN! bakal muncul di rancangan istimewa, Hip TV, dan kami pasti anda sendiri masih tertanya-tanya siapakah salah  seorang dari kami dalam gambar di atas, kan?

Dijemput sebagai panel bersama satu lagi laman hiburan tempatan, Rotikaya, topik bualan rancangan Hip TV Edisi Khas ini bakal mengetengahkan 5 Selebriti Paling Berpengaruh Sepanjang 2011 OHBULAN! pasti anda sedang tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi topik perbualan malam ini?

Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, pastikan pada jam 9.30 malam ini anda sudah bersedia di depan televisyen dan tukar ke saluran TV9. Pastikan anda tidak terlepas walau seminit pun ya!

Full content generated by Get Full RSS.

Ramlah Ram Bela ‘Anak Ikan’?

Posted: 28 Dec 2011 09:00 PM PST

Lebih 20 tahun pembabitannya sebagai anak seni belum ada lagi mana-mana cerita kontroversi mahupun gosip panas menghimpitnya. Meski dulu dia dilabel 'artis kampung', sedikitpun persepsi 'sinis' masyarakat itu tidak dibiarkan menjadi kudis dalam diri.

Namun bila pelantun lagu hits, 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' ini dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pengurusnya peribadinya yang berusia 20-an atau lebih senang bela 'anak ikan', terjentik juga sedikit amarah Ramlah Ram atau mesra disapa Kak Melah.

Berkesempatan bertemu empat mata dengan Ramlah sewaktu sidang media Mentor musim keenam semalam, penyanyi berusia 46 tahun ini nyata terkejut dengan laporan akhbar baru-baru ini yang menyatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pengurus peribadinya, Hafiz.

Malah dia turut menyifatkan dakwaan liar ini sebagai gosip 'busuk' dan secara tidak langsung telah menjejaskan reputasi bersih sepanjang lebih 20 tahun dia berada dalam industri hiburan.

"Semua itu fitnah. Sebenarnya saya malas nak ulas gosip ini panjang kerana ia telah memalukan diri saya dan keluarga. Saya telah berjumpa dengan penulis artikel tersebut dan menjelaskan situasi yang sebenar," ujarnya kepada pihak media.

Jelasnya lagi, memang benar Hafiz sudah dua tahun bekerja untuknya sebagai pengurus peribadi dan mereka bekerja secara profesional tidak langsung menjalin hubungan istimewa seperti yang didakwa.

"Lagipun usia saya semakin meningkat, malu dibuatnya apabila gosip mengarut seperti ini disebarkan kepada masyarakat umum.

"Saya tahu siapa dalang yang menyebarkan fitnah ini. Cuma tidak pasti dan bagaimana dan apa puncanya cerita tersebut boleh tiba-tiba muncul. Barangkali orang tersebut tidak berpuas hati dengan saya dari soal kerja. Walaubagaimanapun saya tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut kerana tidak mahu memperbesar-besarkan hal ini lagi," jelasnya lagi.

"Perkara ini memang memalukan. Cukup-cukuplah. Tolong hentikan fitnah ini. Penulis itu pun telah meminta maaf. Cuma sebagai manusia kita ini tidak sesempurna mana, memang kita sudah memaafkan tapi dalam hati saya masih rasa geram lagi," ujarnya yang juga merupakan salah seorang mentor untuk program realiti Mentor musim keenam.

Full content generated by Get Full RSS.