Adsense

Selasa, 15 November 2011

Sensasi

Sensasi


Kim Kardashian mohon maaf dari Kris (suaminya) dan keluarga mertua

Posted: 14 Nov 2011 11:26 PM PST


Selebriti sensasi Hollywood, Kim Kardashian memohon maaf kepada suaminya, Kris Humphries dan keluarga mentuanya selepas media mengeluarkan beberapa laporan yang menyinggung perasaan mereka selepas berita penceraian diketahui ramai.

Dipetik daripada US Magazine, Kim yang telah menfailkan penceraian daripada suaminya selepas 72 hari berkahwin telah ke Minnesota selepas pulang dari siri promosi di Australia untuk berbincang dengan Kris dan keluarganya secara peribadi tanpa kamera televisyen mengekorinya.

Sebelum ini bintang NBA berusia 26 tahun ini dikatakan kecewa dan tidak mengetahui dengan tindakan isterinya yang akan memfailkan penceraian.

Walaubagaimanapun menurut satu sumber, Kim menyedari perkahwinan itu satu kesilapan tetapi tetap meneruskannya kerana tidak mahu mengecewakan orang sekelilingnya.

"Dia merasakan dia tidak mampu untuk berpatah balik. Dia menyedari melakukan kesilapan besar tetapi tidak mampu berbuat apa-apa" jelas sumber itu kepada US Magazine.

Kim, 31, sebelum ini pernah memberitahu di blognya dia tersepit di antara perkahwinan dan penggambaran program televisyen popular sedangkan dia seharusnya menamatkan hubungannya itu.

Pasangan ini telah berkahwin dalam satu majlis resepsi mewah pada 20 Ogos 2011 selepas enam bulan bercinta.