Adsense

Selasa, 15 November 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Quote of The Day: It’s All Bullshit – Zarina An Jolie

Posted: 14 Nov 2011 05:08 PM PST

Petikan dari Portal GUA

"It's all bullshit!" Begitulah kata-kata yang dilontarkan artis kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah apabila diminta memberi komen mengenai isu tetek atau lebih tepat lagi tentang isu gambar 'berani mati'nya dalam majalah FHM Indonesia keluaran Oktober.

Seperti gambar-gambar seksinya yang 'berani mati' itu, pelakon berusia 24 tahun ini juga dilihat 'berani mati' ketika memberikan komen mengenai isu kontroversi yang melanda dirinya sekarang. Zarina begitu lantang dalam menyuarakan haknya seolah-olah beliau tidak rasa bersalah dengan perbuatannya itu.

"Saya berani kerana benar. Jika buat ke tak buat, tak ada beza pun. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi. Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," ujar Zarina mengulas mengenai kontroversi gambar seksinya itu.

"Sesi fotografi ini dibuat pada dua bulan lepas dan kalau diikutkan, sudah dua kali saya tolak pelawaan dari pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi ini, mereka bagi saya baju lebih seksi lagi iaitu bikini, namun saya minta mereka tukar baju lain. Saya hanya jadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya."

Apabila ditanya apakah perasaannya apabila dihentam dan dikritik oleh masyarakat, Zarina menjawab, "Saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya rasa dah macam 'Stone Cold' saja sebab dah tak rasa apa-apa lagi. 'It's all bullsh*t!'. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.

"Saya dah minta maaf sebelum ini, namun bila saya minta maaf, saya pula yang kena hentam balik dan kena pijak. Jadi, lebih baik saya balas dan hentam mereka balik. Bagi saya, ini dah asam garam kehidupan dunia artis, jadi jika tak boleh terima dengan kritikan semua ini, jangan jadi artis. Lepas dah lalui dan biasa dengan dunia artis ini, saya dah kalis dengan segala kritikan," jelas Zarina sambil mengakui terkilan dengan penulisan dari pihak media.

"Wartawan selalu tulis masyarakat kutuk dan benci saya. Saya terfikir, betul ke masyarakat bencikan saya. Tapi, bila pergi ke acara mana-mana, mereka okay saja dengan saya. Mana yang mereka cakap masyarakat tak suka saya, mana? Bawa pada saya. Saya rasa tak ada pun. Jangan salahkan masyarakat.

"Jika wartawan cakap apa yang mereka fikir, cakap saja. Tak perlu gunakan masyarakat. Nak cakap saya sundal, cakap saja tak perlu nak cakap masyarakat yang cakap saya sundal. Saya tahu ada sesetengah peminat yang sokong saya dan sesetengah lagi membenci saya. Namun, saya sedar yang orang Malaysia ini, cakap saja benci, tapi mereka masih baca cerita tentang saya."

Menyentuh mengenai filem terbaru lakonannya, 'Khon Malay', Zarina memberitahu, "Alhamdulillah, tawaran berlakon masih ada. Walaupun saya jarang terima tawaran sebab sedang sibuk belajar, namun ada pihak yang masih sudi memberi tawaran kepada saya.

"Ini kali pertama saya membawa watak utama. Saya memegang watak sebagai Chintya, seorang peninju yang berbakat. Saya rasa teruja sebab watak yang saya dapat ini, memang itu yang saya nak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong saya selama ini dan pada yang lain itu, saya tak kisah," jelasnya mengakhiri perbualan.

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

ZARINA AN JOLIE

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Quote of The Day: Nora Danish Stress
  • Gambar Anak Zarina Zainuddin
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Gambar Terbaru Zarina An Julie Bersosial
  • The Tourist starring Angelina Jolie & Johnny Depp
  • Gambar Zarina An-Julie Anak Pontianak Liar Hisap Dada Kaki Disco?
  • Gambar Zarina AF2 Seksi Pakai Skirt Pendek?
  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Zarina Ann-Julie Hina Awal Ashaari di Twitter
  • Zarina An-Julie Ditahan Sah Positif Dadah
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Farahdhiya Dah Bertudung Kahwin Dengan Remy Ishak?

    Posted: 14 Nov 2011 04:41 PM PST

    Budiey dah banyak kali tonton drama TV yang menampilkan Farahdhiya bertudung. Tapi boleh bilang dengan jari rasanya. Namun, ramai peminat kat luar sana mendoakan terbaik untuk pelakon jelita ni. Budiey pun rasa macam tu gak, alangkah baik juga kalau Farahdhiya benar-benar bertudung. Sejuk jugak mata memandang.

    Namun, tak mustahil, suatu hari nanti di masa depan, pelakon berkulit gebu ni akan bertudung litup, mana kita tahu kan? Itu semua hidayat dan kudrat dari Allah. Kita pun tak pasti, cuma kita doakan sahaja.

    Cakap pasal Farahdhiya bertudung ni, Budiey terdengar khabar angin yang mengatakan Farahdhiya dah terbuka hati nak pakai tudung betul-betul. Samada betul atau tidak, kenalah tengok buktinya dulu. Maklumlah, sekarang kan, orang main cakap je bila tengok benda tu di depan mata. Entah-entah, korang jumpa Farahdhiya kat set lokasi pengambaran drama tak? Mmm, boleh jadi jugak ni.

    IMG_5152

    Dua hari lepas, Budiey menerima beberapa keping gambar dari pembaca setia. Terima kasih sebab sudi berkongsi cerita dan gambar. Cun-cun semua gambar yang korang hantar tu.

    Tengok pada gambar, memang terkejut gak la. Ni biar betul ni, Farahdhiya bukan sahaja bertudung malah dah kahwin dengan Remy Ishak secara senyap-senyap. Ni sah-sah adegan dalam drama ni. Kalau betul scene dari drama, nak tahu gak drama apa, sebab Budiey nak tengok drama ni. Kalau korang ada yang tahu tajuknya, kasi tahu Budiey ya. Excited nak tengok.

    Ni nak kena risik-risik kawan-kawan yang kerja kat produksi la ni. Tak mungkin Farahdhiya dan Remy Ishak ni kawin betul-betul sebab tak dengar pun diorang kawin. Yang dengar Remy Ishak bercinta dengan Tiz Zaqyah tu adalah. Kalau diorang ni kawin dah lama kecoh dah.

    Apa-apa pun, korang layan gambar kat bawah ni dulu ya.

    IMG_5496

    IMG_5519

    IMG_5547

    IMG_5558

    IMG_6752

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Remy Ishak di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Remy Ishak Bergaduh Dengan Ummi Nazeera
  • Remy Ishak Si Koboi Jahat
  • Gambar Remy Ishak di Karnival Inspirasi TV3
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Drama Nur Kasih Lakonan Remy Ishak
  • Siti Nurhaliza Janji Akan Bertudung Selepas Naik Haji?
  • Siti Saleha & Remy Ishak di Roadshow Enchanteur Paris & Dashing
  • Biodata Farahdhiya
  • Full content generated by Get Full RSS.